10 Cara Menghadapi Anxiety

10 Cara Menghadapi Anxiety

10 Cara Menghadapi Anxiety. Macam mana mahu cakap eh . Orang yang tak rasa dia takkan paham . Sakit dia lagi perit . Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat . Rasa dia memang rasa nak mati . Memang sakit dia tidak ada luka , tidak ada lebam ,tiada apa apa pon .

Hadapi Anxiety

Bila pergi jumpa doktor ,check memang tak ada apa . Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah , gila lah mental lah . Sebab tak rasa kan ? Kalau dah rasa barulah tahu ye . Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint . Sesiapa je boleh kena sebenarnya .

Sy terangkan dengan ringkas dan mudah faham . Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab , sukar bernafas ,jantung berdegup dengan cepat , tak boleh tidur , terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa , pikiran kacau bilau , yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian . Yang kena gestrik ,gerd pon akan camni .

Dengar memang orang akan ketawa .tak dinafikan .klau cerita pada orang pon orang akan cakap gila . Gila itu lain , tekanan itu lain . Rata rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan .dan banyak faktor juga .

Anxiety ni nak pulih memang ambil masa . Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa . Ada yang hidap bertahun tahun . Ada yang meninggal dunia . Ye . Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa . Memang kalau dilihat dengan mata kasar , penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk . Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas .

bila nak tidur takut , semua takut .keluar rumah takut . Senang cerite semua takut dan cemas . Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering . Tidak keluar rumah seolah olah merasakan ada ssuatu akan terjadi padahal tidak . Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku . Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku .

Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih .tapi dia takkan pulih 100% . Bergantung pada seseorang itu jugak . Yang menentukannya ialah MINDSET . Tak ada seorang pon yang mahukan jadi macam ni kan malah sy juga .

Ada yang tak paham mereka akan cakap macam2 kurang iman lah , kurang agamalah dan memacam lah. Salah . Sy bagithu sikit ye . Apabila pesakit anxiety mahu solat ,solatnya pon memang tidak akan khusyuk . Macam mana sy tahu ? Sy juga pernah alami anxiety jadi sy sangat memahmi .

Disini sy nyatakan cara mengubati anxiety secara umum . Kalau ada yang nak tambah pon boleh .

1)dekatkan diri dengan tuhan .banyakkan istighfar ,selawat ,zikir .inshallah

2) tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti . Bila berkawan dengan orang yang negatif ,minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety

3) mindset . Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat ,tak takut ” . Kadang sebab mindset kita lemah . Betulkan mindset .

4) jangan berseorangan . Selalulah bergaul ,berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya . Luah segalanya ,mesti lega .

5) buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan , suami ,anak anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas . Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu .

6) jangan tidur keseorangan .sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini .contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas ,atau mungkin sesak nafas . Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan .

7)jika perlu , dapatkan nasihat doktor psy . Anxiety bukan gila . Jangan takut . Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mreka lagi memahami .dapatkan nasihat mereka .

8) makan maknan yang sihat . Banyakkan minum air masak .

9)cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut .contohnya takut untuk keluar rumah . Cabar diri untuk keluar dan yakin . Tukar mindset .inshallah boleh .

10) sokongan moral mental dan fizikal . Skongan dari Keluarga ,suami ,isteri , kawan kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety . Sentiasalah bagi dorang support .

Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety ?” . Hmm seperti apa yang sy tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat ,lemah , kerap berfikir , stress sebab jaga anak , kerja , bisnes , stress pasal orang , dan sebagainya (sila rujuk pakar) .

Kalau benda nak datang kita pon tidak akan jangka . Sesiapa akan kena . Artis pun kena apetah lagi kita orang biasa ?

Akhir kata , anxiety ni datang tanpa kita jemput .Dan tak semestinya macam apa sy nyatakan diatas . Mungkin sebab gastrik , gerd dan sebagainya . Ini sy ceritakan apa yang berlaku kepada sy dan macam mana sy atasi semuanya sy nyatakan diatas . Jika ada cadangan lain ,terserah mahu ikut atau tidak . Setiap orang berbeza dan sy nyatakan cara cara diatas adalah umum . Im not doctor , but im sharing my experince only .

Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ni . Bagi support each other dan inshallah semua akan jadi sedia kala .

Anxiety and panic attack berbeza . Sila tanya yang lebih arif .

Spread love

kredit : Shehnaz Khan

Penyakit mental ialah sesuatu yang real.

Untuk merawatnya, pergilah berjumpa ahli terapi yang real. Bukan yang mengaku pakar terapi, walhal tidak ada kelayakan melakukan terapi.

Be real.

Please please please please please.

Berhati-hatilah memilih terapi dan juru terapi.

Ada antara mereka berniat baik, tapi tiada/kurang kemahiran dan pengetahuan yang berkenaan.

Ada antara mereka yang bersungguh-sungguh nak menolong orang lain. Tapi kesungguhan saja tidak cukup sebagai rawatan. Kalau salah rawat macam mana?

Ada antara mereka yang terikut-ikut sifu, founder, master practitioner, dan pseudo-gelaran lain, tapi masih mentah ilmu dan kemahirannya.

Ada antara mereka yang taksub dengan testimoni, dan tidak memahami isu kesihatan mental secara lebih meluas.

Ada antara mereka yang beranggap ‘agama boleh menjawab/merawat semuanya’ dan menidakkan ilmu aqli untuk urusan dunia.

Ada antara mereka yang merasakan common sense dan pengalaman hidup mereka sudah cukup untuk jadi bekalan membantu orang lain.

Ada antara mereka yang promosikan terapi psikologi, tapi pada masa yang sama menjual produk overclaim (cth: Essential Oils untuk merawat Anxiety, ADHD, Autisme, dll). Iklan perubatan bagi penyakit mental adalah dilarang.

Ringkasnya, ada antara mereka ini yang tidak cukup real.

Anda yang real lagi hensem/cantik, jauhilah penjual perkhidmatan psikologikal yang tidak real.

Doa Susah Tidur Sebab Resah Anxiety

Susah nak tidur, atau kerap terjaga dari tidur? Bila terjaga dari tidur rasa berdebar, resah, takut. Ini antara tanda orang ada anxiety atau keresahan berlebihan.  penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.

Gejala insomnia:

  • Mengantuk pada sebelah siang.
  • Keletihan.
  • Mudah marah.
  • Sukar memberi tumpuan dan memori.

Langkah atasi insomnia:

  • Tidur pada waktu tetap setiap malam.
  • Bangun pada waktu sama setiap pagi.
  • Elakkan tidur di siang hari.
  • Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
  • Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
  • Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
  • Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.

Sekiranya tidak boleh tidur:

  • Baca buku.
  • Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.

Ini adalah antara apa yang saya amalkan dalam 3 bulan untuk sembuh

Alhamdulillah berkesan selain jaga pemakanan yang boleh trigger anxiety

Ini doa yang saya amalkan sebelum tidur. Selain doa ini saya amalkan

1. Al Fatihah

2. Ayat Kursi

3. Doa tidur

4. 3 Qul

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply