Air Gas Punca OBESITI

air gas punca obesiti

Air Gas Punca OBESITI ? Saintis biologi, Doktor Hans-Peter Kubis yang membuat kajian mengenai kesan minuman ringan kepada manusia mendapati, minuman berkarbonat boleh menghasilkan keputusan yang sangat mengejutkan.

Malah beliau percaya keputusan yang diperolehnya itu akan menyebabkan mereka yang gemar minuman berkarbonat tidak akan menyentuhnya lagi.

Menurut kajian Kubis, walaupun hanya meminum minuman ringan dengan jumlah yang sedikit iaitu satu tin sehari atau dua tin seminggu, ia tetap akan mengubah tahap metabolisme yang akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah.

Bagi kanak-kanak pula, minuman ringan akan menyebabkan ketagihan dan mengubah nafsu makan mereka kepada makanan ringan.

Kajian itu turut mendapati, meminum minuman berkabonat setiap hari juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan masalah penyakit dalam jangka panjang.

Ubah Kadar Metabolisme

Penyelidikan oleh Universiti Bangor itu yang diterbitkan di Jurnal Pemakanan Eropah menyatakan, minuman ringan sebenarnya mengubah kadar metabolisme, di mana otot menggunakan gula untuk tenaga berbanding lemak.

Kajian itu mendapati, cecair gula menyebabkan gen di bahagian otot berubah fungsi dan ia mungkin berkekalan.

Menurut penyelidikan itu, minuman berkarbonat bukan sahaja menyebabkan berat badan meningkat, tetapi juga menyebabkan tahap metabolisme menjadi tidak efisien dan kurang berupaya menahan peningkatan gula dalam darah.

“Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan risiko mengidap diabetis tahap dua,” kata Kubis yang merupakan saintis dan pakar pemakanan yang mengetuai penyelidikan itu.

Sebenarnya, penyelidikan itu adalah untuk kajian terbaru mengenai amaran bahaya minuman berkarbonat dan kaitannya dengan penyakit serius. – AGENSI

sumber:utusan

air gas punca obesiti

Mati Manusia Kerana Gula

Pepatah melayu ada menyebut, “Mati semut kerana gula”. Malah sering kita mendengar istilah dan ungkapan negatif tentang gula iaitu “Gula itu racun”, “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik”, “Gula itu memudaratkan kesihatan”. Namun, sejauh mana bahaya gula ni terhadap kesihatan kita?

Sejarah Gula

Menururt Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam yang biasa digunakan.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar gula terbesar mengikut Wikipedia ni ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimppan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengn sukrosa ini, gula dihasilkan.

Gula Itu Adalah Racun!

Pada tahun 1929, Sir Fredick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisma glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazin dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sebaliknya pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk pribumi Panama tidak mengidap penyakit kronik tersebut.

Kenapa ini Berlaku? Ini kerana pemilik tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak, sedangkan pemototng tebu sekadar mengunyah keratan tebu.

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan yang gula putih halus sebagai “racun“. Dr. Martin membuat takrifan ini dari segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasikan ke dalam tubuh, ditelan atau diproses dalam tubuh akan menyebakan atau berkemungkinan besar menyebakan penyakit.

Beliau tururt mengklasifikasikan gula ni sebagai racun keranakandungan vitamin dan galiannya yang rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan “melahap” vitamin dan galian yang berhargadaripada tubuh manuasia, dan antaranya adalah untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor akan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Ledakan Penyakit Diabetes

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat telah menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Cihi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar telah mengidap Diabetes Jenis 2, tidak termasuk rakyat negera itu yang disahkan sebagai pesaktit diabetes.

Tu negara Vietnam yang kebanyakan rakyatnya kurus-kurus, bayangkan kat Malaysia ni yang ramai penduduk terlebih berat badan dan obes. Oh, tidak!

Diabetes Jenis 2, paling lazim berlaku disebabkan oleh paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman/aktiviti fizikal. Ia antaranya boleh menjadi punca kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsamenganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang pengidap diabetes berusia 60 tahun tau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah pengidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17% daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan21% rakyat mengalami kegemukan dan 6.2% lagi obesiti.

sumber: myliferia

gula putih

Gula Putih Penyebab Utama Kanser ?

time sihat, happy je. Siap upload gambar bangga dengan saiz badan berkali ganda, lepas tu letak status ‘’Ya, aku gemuk. Ada aku kisah apa kau nak kata?’.. aduii.. Jangan cam tu kak, bahaya! Kena la kisah sebab badan kita ni bukan kita punya, Allah bagi pinjam je. Benda yang dipinjam, kena la pulang balik dengan sempurna. Betul?

Kanser sekarang ni tak mengenal usia. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyumbang utama. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!

Kenapa Kanser berlaku?

Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks. Ia bermula dari DNA sel yang rosak dan menyebabkan ia membesar tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain.

Senang kata macam ni, analogi DNA kita ni macam computer juga, dia ada kod tertentu untuk kawal on, off, program etc. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca.

DNA ni pun computer dalam badan kita, bila rosak sistem, dia mula la hasilkan ntah apa-apa protein pelik yang menyebabkan sel tu boleh membesar, merebak dan menggangu sistem yang lain. Mula di ovari, tapi lepas tu merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka.

Persoalannya?

Apa yang menyebabkan DNA kita boleh rosak?

Kata kunci di sini ialah ‘INFLAMMASI’ atau ‘KERADANGAN’.

Apa benda tu?

Contohnya ada kena gigit dengan semut api . Perasankan tempat tu akan jadi merah, gatal, bengkak dan sakit. Itu la inflammasi atau radang.

Ia adalah satu tindakbalas sistem badan semulajadi kita terhadap pelbagai anasir luaran dan dalaman yang mengganggu badan kita contoh macam – luka, toksin, stress, cedera, . Ia adalah satu protective mechanism atau respons sistem imun yang normal untuk membaikpulih badan kita.

So, apa yang bahayanya?

Bahayanya kalu inflammasi ni berlaku secara berterusan dan keadaan ‘senyap’ atau tidak kita sedari. Chronic inflammation yang paling merbahaya, The Silent Killer! air gas punca obesiti

Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan inflammasi kronik dan merosakkan DNA sel adalah :

1. Stress yang kronik – beban kerja, boss, stress dengan suami, anak-anak etc.

2. Makanan yang tidak sihat – mengandungi banyak pengawet, kimia, kalori berlebihan.

3. Gaya hidup yang tak aktif – banyak duduk dari bergerak

4. Merokok

5. Toksik – dari pencemaran air, udara dan pelbagai ubat-ubatan, supplements yang tidak mempunyai ujian klinikal, kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.

6. Obesiti – sel lemak adalah ‘inflammatory organ’

7. Jangkitan kuman – terutamanya ‘recurrent infection’.

8. Alkohol

Inflammasi kronik akan merosakkan kestabilan DNA dan menyebabkan sel membiak dan merebak tanpa kawalan.

Sel kanser sekarang ni semakin ‘pandai’ dan resistant terhadap rawatan. Lebih cerdik dan bijak kerana Ia mampu membentuk saluran darah baru (Angiogenesis) untuk supply lebih banyak oksigen dan nutrient ‘makanan’ yang diperlukan untuk dia membesar.

Dan dalam approach atau pendekatan baru untuk mengawal dan membunuh sel kanser ini ialah kita perlu fokus atau attack kepada saluran darah yang mengalir kepada sel kanser tersebut – STOP pembentukan saluran darah baru dan hentikan semua nutrient yang menyumbang kepada ‘kegemukkannya’.

Kita bukan hanya target pada sel kanser tapi pada akar umbinya! Hentikan semua supply oksigen dan makanan untuk dia dan koloninya, dan biarkan mereka terbantut pertumbuhannya! air gas punca obesiti

Dan tahukan anda bahawa GULA adalah makanan kegemaran sel-sel kanser?Taking sugar means you are FEEDING your cancer cells!

Kajian menunjukkan dalam sel badan badan manusia mempunyai microtumour yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Samada ia akan aktif atau tidak – bergantung pada diri seseorang itu, gaya hidup, diet dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keradangan atau inflammasi yang kita bincangkan sebelum ini.

Gaya hidup kita, pemakanan kita semuanya menyumbang samada mikrotumour itu akan aktif atau dorman. We have a choice and it can be prevented!

Dalam pendekatan Nutrition therapy – kita fokus untuk pada berikan natural ‘anti-canser phytochemical’ melalui diet harian setiap hari. Walau sedikit, tapi setiap hari ia akan memberi impak fdalam jangka masa panjang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang mempunyai banyak bahan yang mempunyai sifat anti-kanser ini. air gas punca obesiti

sumber : Dr Malinda

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply