Air Untuk Kurus

Air Untuk Kurus

6 Resepi Air Detox untuk “kuruskan” badan.

Ramai yang telah sedar untuk kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus. Ini saya kongsikan resepi air detox khas buat korang nak kuruskan badan. Harap dapat membantu memberi inspirasi kepada anda untuk kuruskan badan dengan sihat tanpa berbelanja besar.

1. Timun + Limau + Lemon
detox timun lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
detox teh hijau untuk kuruskan badan
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
detox1 timun lemon untuk kuruskan badan
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4. Lemon + Daun Pudina
detox lemon daun pudina untuk kuruskan badan. Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

5. Oren + Lemon + Limau Nipis
detox oren lemon untuk kuruskan badan
sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

6. Strawberi + Oren +Daun Pudina
detox strawberry untuk kuruskan badan
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

CARA BUAT
1. Air masak / mineral
2. Potong buah
3. Masukan dalam satu botol besar. Boleh tengok kat sini.
https://shp.ee/pa9dvkd
https://shp.ee/2z3wkyd
4. Simpan dalam peti dalam 6 jam sebelum minum.

‼️ Jangan ngade nak letak gula pulak ye.‼️

Kebaikan air detox sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan dalam air tesebut.

1- baik untuk yang sedang diet
2-baik minum air detox dari air bergula
3-tambah metabolism badan
4-kulit lebih cantik,muda dan tak berminyak

Jom kurus dengan #jimatcarabijak.
Kongsi cara bijak dan jimat anda di Jimat Cara Bijak .

#1212BONUS

Leave a Reply

%d bloggers like this: