Apa Itu Coenzyme Q10 ?

coq10

Apa Itu Coenzyme Q10 ? Coenxyme Q10 atau secara ringkasnya, CoQ10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita.

CoQ10 ini sangat sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri, agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi (kalau tak berfungsi, matilah kita) Oleh itu ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghasilan tenaga, di mana CoQ10 berperanan sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat. Cuba bayangkan kalau CoQ10 tidak mencukupi dalam tubuh kita?Mampukah sel-sel tubuh kita berkerja dengan efisyen? Sudah tentu tidak!

CoQ10 ini ditemui kebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja, seperti jantung, hati, buag pinggang dan pankreas.

Paras CoQ10 di dalam tubuh kita akan berkurang dengan usia dan aktiviti senaman yang kita lakukan. Semakin kita berusia, dan semakin kita aktif, semakin kurang paras CoQ10 dalam badan kita.

Apa Itu Coenzyme Q10

KELEBIHAN COENZYME Q10

  • mengukuhkan otot-otot jantung.
  • menyokong keupayaan mengepam darah.
  • melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
  • menyumbang dalam pengekalan paras tekanan darah yang sihat atau normal.
  • satu antioksidan yang kuat, maka ia memainkan peranan dalam mengekalkan awet muda
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

JUMLAH COENZYME Q10 yang diperlukan oleh badan

Badan kita memerlukan 10mg CoQ10 sehari. Berdasarkan sumber Journal Food Comp Anal. 2001; 14(4):409-417, berikut merupakan kandungan CoQ10 dalam beberapa jenis makanan:

  • 2.6mg CoQ10 dalam 85gm daging
  • 1.4mg CoQ10 dalam 85g ayam
  • 0.8mg CoQ10 dalam 28g kekacang panggang
  • 0.5mg CoQ10 dalam 0.5 cawan brokoli rebus yang dipotong dadu

Kalau ikutkan, untuk dapatkan 10mg CoQ10 sehari, kena makan 0.33kg daging atau 0.61kg ayam. Wow!

Keupayaan tubuh kita untuk menghasilkan CoQ10 pula menurun apabila usia kita meningkat. Tambah lagi dengan diet yang tidak seimbang, tertedah pula kepada radikal bebas boleh mengurangkan paras CoQ10 di dalam tubuh kita.

Sebab itu lah, orang yang meningkat usianya, jika tidak menjaga pemakanan akan mudah terkena penyakit jantung.

Enzim CoQ10 ni sangat penting yer dalam badan kita.

Pendek cerita, setiap sel dalam badan mesti menghasilkan tenaganya sendiri utk berfungsi. Apa Itu Coenzyme Q10 ?

Proses penghasilan tenaga sel melalui pembakaran gula & lemak memerlukan kehadiran CoQ10. Jadi CoQ10 ni ditemui dalam setiap sel tetapi ia lebih banyak ditemui dalam organ yg bekerja keras & memerlukan tenaga selular yg tinggi seperti organ jantung, hati, buah pinggang & pankreas (organ yg tak berhenti bekerja walaupun kita tidur).

Walaupun keperluan CoQ10 sentiasa tinggi, sebaliknya keupayaan badan utk hasilkan CoQ10 pula menurun dengan peningkatan umur. Ikut graf, selepas umur 20 tahun, pengahasilan CoQ10 dah menurun.

Sesetengah sel – tisu – organ masih boleh berfungsi dgn baik walaupun mengalami kekurangan CoQ10, tetapi ada ada juga yg sensitif terhadap paras CoQ10 yg rendah (jantung, sistem imun, otak). Dan organ yg paling sensitif kpd paras CoQ10 yg rendah ialah jantung! Logik juga sbb jantung ialah satu organ yg terdiri dari otot kardiak yg tidak pernah berehat & penat.

Jadinya masalah jantung bukan hanya terhad kpd yg biasa kita dengar spt masalah kolestrol tinggi. Keupayaan jantung utk berfungsi spt yg sepatutnya bergantung kpd otot kardiak (otot yg hanya terdapat pada jantung). Bila sel otot ini “kurang daya upaya”, jantung kita mula tidak berfungsi spt biasa. Dlm bahasa mudah yg ditulis contohnya – simtom keletihan, nafas pendek, dengup jantung tidak teratur & banyak lagi yg biasa kita dengar.

Jomlah top up enzyme coq10 ni dengan Coq Trol. Satu hari satu kapsul jer dah cukup untuk keperluan harian Kak Soffi.

SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN KITA

Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Bagaimana nutrient ini membantu pesakit jantung?

“Salam doctor. Saya mudah mengalami keletihan dan mudah mengantuk. Rasa macam tiada bertenaga. Saya sudah buat pemeriksaan doctor, dan doctor mengesahkan tekanan darah saya normal, saya tidak mengalami diabetis dan tahap kolestrol juga normal.

Pemeriksaan ECG juga normal. Cuma degupan jantung saya agak perlahan walaupun doctor kata ia normal. Nadi saya antara 60-70 beat/minit. Doktor mencadangkan agar saya mengambil suplemen CoQ10. Cuma dia tidak menerangkan bagaimana saya dapat manfaat dari pengambilan CoQ10. Mohon pencerahan. Terima kasih”

Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.

CoQ10 adalah nutrient yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan system kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam “mitochondria” (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel.

Jadi CoQ10 sangat perlu sebagai antioksida dan juga nutrient yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan meningkatkan fungsi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung.

KAITAN UBAT KOLESTEROL STATIN DAN COQ10

Semalam kami discuss pasal CoQ10. CoQ10 ialah nutrien yang larut lemak yang kerjanya macam spark-plug. Iaitu mencetuskan tenaga. CoQ10 ni memang dibuat sendiri dalam badan kita, tapi bila usia makin meningkat dan faktor persekitaran yang lain, pembuatannya akan berkurang.

Sebab tu, kita tengok budak-budak, remaja aktif semacam je berbanding orang-orang tua yang lebih cepat penat. Sebab CoQ10 orang2 muda masih banyak berbanding orang tua.

Zaman sekarang ni apa masalah kesihatan paling banyak berlaku? Baik orang tua, muda, kurus ke, berlebih berat badan ke..

Iaitu kolestrol tinggi.

Ada banyak sebab kolesterol tinggi. Selalunya dia datang dengan pakej lain. Ada kencing manis dan tekanan darah tinggi jugak.

Tapi, ada jugak kes yang tinggi kolesterol saja.

Kolesterol ni dia diperlukan oleh badan kita. Sebab itu dia dibuat oleh hati.

Tapi, selalunya kita terlebih makan kolesterol. Jadilah kolesterol tinggi dalam badan kita. Dan ditambah pula proses pengoksidaan yang berlaku dalam badan. Kolesterol yang baik pun dah jadi jahat.

Bila kolesterol tinggi, antara pilihan ubat yang utama ialah kumpulan statin. Statin ni dia kerja dengan kurangkan penghasilan kolesterol dalam hati.

Selalu tak langsung dia dah mengacau fungsi hati untuk buat kolesterol.

Dan memang diketahui bahawa statin mampu beri kesan kepada fungsi hati. Namun, dikatakan jenis statin yang lebih mempunyai kesan yang lebih baik kepada hati.

Tapi, statin juga menghalang pembentukan CoQ10. Bila CoQ10 makin kurang, seseorang tu cepat penat, otot pun cepat sakit dan lenguh dan jugak yang paling dirisau ialah masalah jantung.

Tapi, kalau memang dah ada kolesterol tinggi, perlu juga bantuan statin untuk kolestrol.

Jadi, berbalik kepada asasnya. Sebelum anda dapat kolesterol tinggi tu jaga diri, jangan bagi ada penyakit. Amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, bersenam yang sederhana dan juga makanan tambahan. Sebab memang hampir mustahil untuk dapatkan nutrisi yang cukup daripada makana semata-mata walaupun kita memang dah jaga makan kita. Apa lagi kalau tak jaga makan dan tak aktif.

Kalau nak dapat CoQ10 daripada daging lembu, kena makan 3kg daging sehari. Wow..karnivor kah? Apa Itu Coenzyme Q10?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply