Bahaya Obesiti

bahaya obesiti

bahaya obesiti ? Bahaya wooo, jangan buat main main. Dah lama saya tak update blog nih. Takpalah, jangan lupa, ye, gambar di bawah khas untuk anda faham bagaimana obesiti ini membahayakan kesihatan.

Risiko Obesiti Semasa Hamil

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati. bahaya obesiti

risiko obesiti ketika hamil

RISIKO

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.

Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diuruskan, dan dalam kes-kes tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara normal.

Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda. Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.

BERDIET

Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.

Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis ? Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.

sumber: utusan

Tips Penurunan Berat Badan dari KKM

Hari ini saya cuma bercerita tentang suatu info menarik dari KKM, jom kita baca di bawah, semoga memberi manfaat kepada kita semua. Kena amalkan budaya yang sihat, walaupun kita amalkan produk shaklee.

tips berat badan sihat

Pengurusan Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan

  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan

asal dalam masa 6 bulan.

  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan berisiko tinggi mendapat batu hempedu, elektrolit tidak normal, kekurangan nutrien, peningkatan asid urik, kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan . bahaya obesiti

Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan

  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori.

Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur

  • Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
  • Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi-ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
  • Kurangkan pengambilan kalori dengan ;

a. menggunakan sedikit minyak semasa memasak

b. mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.

c. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.

d. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat 

Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak . Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25. bahaya obesiti

BMI = Berat (kg)

___________________________

Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda adalah Anda adalah:

Kurang daripada 18.5 = Kurang Berat Badan

18.5 hingga kurang 25 = Normal

25 hingga kurang 30 = Berlebihan Berat Badan

30 atau lebih = Kegemukan / Obesiti 

Tak Perlu Sexy Masa Workout

Assalamualaikum…

Sy tertarik nak menulis mengenai wanita islam yg pg ke fitness center dan apa mereka pakai.

Pesan sy…..

Jgn terpengaruh.

tak perlu sexy ketika workout di hadapan public

Jgn fikir org menutup aurat x bole workout di fitness center.

Sy pernah join fitness 1st dan join class drg hari2 masa lps pregnant aaron,dan masa tu sy fully tutup aurat dan ya,mmg x nmpk stylish & stylo like other aweks….but who cares????

Yg penting kasut sy kacak.

spring blade tu…hehhehhehehe….

Then,sy mula rs,xsesuai pula wanita islam workout bercampur dgn lelaki ajnabi,walau menutup aurat tp lenggok tubuh waktu workout tu mungkin buat ada yg terpandang…walau tiada niat kita.

Apatah lagi waktu itu sy da join zumba,body balance dan mcm2 kelas yg fitness 1st buat.

Kita tiada niat,tp….lebih baik elak.

Wanita,sumber fitnah dan lebih baik kita jaga diri kita dr terlibat.

Bukan suruh jgn workout….

Kene faham ni.

Tp better cari yg khas utk perempuan sj dan jika punya motivasi yg kuat,Do it at home.

I do follow micheal jillians workout at home.download,letak kt tv..follow….best!

Nak pakai apa,sexy mana,nobody cares…yg penting,AURAT terjaga.

Badan kita,utk yg layak lihat sj.

Bukan sapa2 bole tgk,itu hak kita,kebebasan dlm Islam…kita bebas memilih siapa yg bole tgk,siapa yg x bole.

Yg penting,fikir lah dosa tidak menutup aurat tu apa…

apa yg nabi kita nampak sewaktu peristiwa israj mikraj…

Seksa wanita yg tidak menutup aurat sewaktu di dunia.

Jika berima pd Allah dan percaya pd hari akhirat,tutup lah aurat.

Selamatkn diri kita,suami kita,ayah kita,adik beradik lelaki kita dpd diseksa diakhirat kelak akibat kedegilan kita tidak mahu mnutup aurat.

Yg bole ditunjuk kn ialah: muka dan kedua telapak tgn.

Utk lebih info…buka surah an nur.

Jom….insyaAllah…hari ni selangkah ke arah menutup aurat yg sempurna. bahaya obesiti

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply