Bahaya TROSOL Otak

Bahaya TROSOL Otak

Antara jargon yang sering di sebut di Hospital adalah TRO SOL. Benda apa la SOL ni?

TRO – To Rule Out
SOL – Space occupying lesion

Disebabkan tengkorak adalah satu ruang (space) yang terhad, apa-apa bengkak yang asing akan mengakibatkan tekanan dalam otak meningkat. Ia di sebut sebagai increased intracranial pressure (ICP).

Untuk kes-kes akut (berlaku dengan pantas), gejala ICP meningkat lebih jelas dan biasanya mengakibatkan sawan atau tak sedar (loss of consciousness). Tu sebab kalau lepas kemalangan yang melibatkan tidak sedar diri atau hentakan kepala yang teruk, doktor akan pantau rapi untuk sebarang gejala sakit kepala, muntah dan sawan. Doktor risaukan ada pendarahan yang teruk di ruang tengkorak yang boleh menyebabkan ICP meningkat.

Untuk kes kronik, ia berlaku dengan lebih perlahan. Apabila dah besar atau teruk, gejala dan tanda akan lebih jelas. Walaubagaimanapun, tak perlu risau sangat jika sakit kepala. Jumpa doktor dahulu. Ada 1001 lagi sebab lain yang boleh mengakibatkan sakit kepala seperti tekanan darah tinggi dan migraine.

Boleh kita belajar suatu terma perubatan harini. Semoga bermanfaat.

Dr Ahmad Firdaus
Penasihat dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: