Beras Untuk Diet Supaya Mudah Kurus Sihat Cantik

beras untuk diet

Seperti kita semua tahu, beras untuk diet ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.

Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?

Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang. Antara khasiat beras rebus ialah :

1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah

Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah. Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.

2. Mempunyai kalori yang rendah

Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

3. Kaya dengan vitamin B

Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.

4. Mineral yang tinggi

Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang mencukupi juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.

Memang banyak kebaikan serta nutrient yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.

kelebihan nasi putih

Kelebihan Makan Beras Rebus

Sedap Ke Makan Beras Rebus ? Beras RebusEat Clean ? Sedap Ke Makan Beras Rebus ? Alhamdulillah, hari ni isteri saya masak beras rebus, parboil rice cap bombei, alamak sekali warna dia lain macam sikit. Aku mula-mula risau pula takut budak-budak ni rasa tak sedap nak makan, aku pun rasa lain macam je beras nih Hahha. Wife kata bagus untuk kesihatan, ok takpa, aku cuba jelah, mana tahu leh jadi sihat. Oklah, hari ni je wife berjaya masak beras nih bersama dengan ikan kembung masak pedas.

SEkali aku kena hantar anak aku yang first tuh pergi sekolah, boleh pulak dia lupa pakai kasut sekolah, hadoi, takpalah, lepas tuh wife dah whatsapp suruh balik cepat rasa, sebab katanya Maryam makan habis kekenyangan, oklah, takpa. Aku pun lekas balik, apa lagi perut aku dah laparkan kejayaan. Oklah, sekali bedal sambal dengan ikan, beras rebus ni memang sedap, tak pelik sangat rasanya berbanding beras biasa Jalaludin Hassan.

Wife aku pilih beras ni pun rasanya sebab ada pengaruh Cikgu nurul jugak. katanya bagus, jadi apa yang bagusnya ? Oklah untuk memudahkan korang melihat kebagusan beras nih, aku senaraikanlah kebaikan beras rebus. Ni aku ambil dari blog haji Md Said Salleh.

  • Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.Dengan kata lain sesuai untuk pesakit kencing manis.
  • Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
  • Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.Kesan jangka panjang, boleh kekalkan saiz pinggang.
  • Mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
  • Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.Bahan anti pengaratan ni aku tak berapa faham.Nanti kena cari maklumat lebih lanjut.
    Menjaga jantung dan darah tinggi.
  • Umur makin meningkat jadi memang patutlah kena jaga jantung dan darah tinggi.
  • Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.Yang ni aku tak berapa pasti.
  • Kalau betul, tentu bagus untuk tulang.
  • Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser. Maknanya dengan makan beras rebus ni, dapatlah kurangkan risiko kanser.

Alhamdulilah bagus untuk amalkan eat clean. Wife aku pun dia buat eat clean masa anak kedua, boleh lak dia kurus, lepas tuh dia boleh terberanak baik punya. Hahha dapatlah baby dahlia yang terbaru. Oklah, nampak tak ? Nak kesuburan tahap tinggi, kena amalkan permakanan yang sihat. Oklah, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, korang contactlah wife aku untuk diet yang hebat.

beras untuk diet

Air Basuhan Beras Untuk Diet

Hai Ladies! Anda selalu lupa asing kan air basuhan beras kan? Tahu kah anda, air basuhan beras mempunyai banyak khasiat ? Rugi sangat jika para ibu di rumah buang air basuhan ini begitu sahaja. Jom kita selongkar ilmu mudah tentang air basuhan beras.

Air basuhan beras pertama berguna untuk :

  • Dijadikan air siraman pokok untuk membaja tanaman anda di rumah. Hasilnya tanaman seperti pokok čili berubah dengan lebat.
  • Membuang ulat dan kotoran pada sayuran sebelum dimasak.
  • Menghilangkan bau hayır pada ayam dan ikan.

Air basuhan beras kedua pula untuk :

  • Menaikkan seri wajah. Selawat 3 kali sebelum basuh muka ansa dengan air beras ini.
  • Hilangkan panas badan. Sıram seluruh badan dan ianya sangat mujarab.
  • Pulihkan kulit kering, kusam dan gatal badan. Gunakan sebagai mandian setiap hari. InsyaAllah berjaya pulih.

Jadi, jangan lupa asingkan air basuhan beras ya! Guna secara konsisten setiap hari.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply