Bila Nak Diet ?

Bila Nak Diet ?

Bila Nak Diet ? Nak masuk 2 hari berpuasa, badan masih tak biasa lagi, adui, tapi haritu dah berangan nak diet, diet, diet, hoo, nampaknya, semua orang pasti nak diet dengan best bila berpuasa. Soalannya, boleh ke berat badan turun masa berpuasa ? Jawabnya , memang pun turun, tapi kenalah jaga-jaga sikit, sebab ada benda yang kekadang kita terlepas pantang. Jom kita tengok sikit apa yang menarik tentang diet ini.

Bila Nak Diet ?

Bila nak diet je, nak puasa sunat je, mulalah kawan kata macam-macam, nak jimatlah apalah, sebenarnya kita dah syok nak kurangkan makan. Tapi tulah, takut mula-mula dah ok, tapi time kawan ajak makan, barulah menggelupur nak ikut, hahaha, time gaji, member ajak makan, semuanya laju je.

Yang ni macam biasalah, siapa yang suka diet berlapar, mula-mula tu turun, tapi lepas tu makan balik, naik balik. Yang nilah orang kata diet YOYO, sebab masa lapar tu, bukannya lemak yang terbakar, tapi jisim otot yang berkurang. Tak bagus macam tu, kalau nak bagus, kenalah kekalkan jisim otot tu, sebab tu orang bina badan pentingkan otot. Walaupun BMI dia lebih, tapi dari segi sihat, diorang lebih sihat.

Antara sukatan badan paling penting, perut lah jawabnya, aku pun dah terasa sikit, perut dah boroi ni, memang nak kena jaga. Bak kata pakar, perut boroi lagi bahaya, sebab boleh menyebabkan sakit jantung. Sebab tu, pakar senaman cakap kena buat senaman kardio bila nak kuruskan badan, hmmm, nampak macam ada kaitan, walaupun senaman tu takdalah seratus peratus tumpu kepada perut. Jadi rajin rajin angkat dumbell lepas ni. Buat yang rajin, jom pergi gym, lepas tu pergi masjid.

Hehe, semangat dah tuh, beli kasut baru dan pelbagai, lama-lama tu semangat hilang. Adui, tak boleh jadi ini, nak kena semangat balik. Aku tengok member aku, malam-malam pun sempat lagi main basikal, hoo, memang tegar. Nampaknya , nak beli basikal, duit tak cukup lagi. Tapi takpa, basikal anak aku ada, boleh tolak dia kayuh, bakar kalori jugak tu. Hooo, itu jelah, setakat ni. Aku sebenarnya harini nak meluahkan perasaan je. Hoo, kena bersemangat ni, jom kita , jaga Diet !!!.

Pernah tak sebelum ni Diet makan Biskut?

Igtkan makan biskut boleh kurus kan? Jgn Tertipu! Ada sebab kenapa biskut tak sesuai utk mereka yg mahu menurunkan berat badan dengan betul dan sihat. Pernah tau tak bahan bahan asas bagi buat biskut adalah seperti gandum, garam, marjerin, gula, pewarna, perasa, pengawet, sodium, akan membuatkan perjalanan turun berat badan anda akan TERGANGGU! Selain drpd yg atas td, biskut juga mempunya Lemak yg Tak Sihat.

Biskut juga adalah makanan PROSES yg ada byk tambahan garam, gula, perasa, pengawet, pewarna & lemak utk bg sedap dan tahan lama yg sememangnya tidak OK! Utk empat keping biskut empat segi biasa tu bersamaan 200 kalori bersamaan hampir sama dgn kalori utk secawan nasi. Nampak tak rugi di bahagian kalori? Empat keping tak bg kita kenyang pun. Tambahan dalam biskut kering yg kita makan tu ada Lemak Tepu.

Purata dalam 20-30g lemak kita makan dari 4 keping biskut tu. Kalori satu hal dah tinggi, lemak lg tu makan. Lg satu, tu baru 4 keping yg kita makan. Kalau makan lebih tambah cicah dengan milo pula, biskut yg ada krim cheese lah, oren lah, ada coklat chip lah, memang byk sgt lah lemak setiap hari kita ambil. So nampak tak kenapa sebenarnya nak turun berat badan kita terganggu. Sebab faktor mcm ni.

Lagi baik makan nasi sekurangnya nasi tiada lemak tinggi macam biskut. Ha, ada masa sy akan kongsikan lebih lg nanti. Share dan tag kawan-kawan yg nak loseweight dan kurus dengan betul.
Like fb page: Wan Hafiz Hamdzan

Benda yang paling senang dan powerful tapi ramai orang tak nak buat No 15 WIN

1. Tukar air manis dan minum air kosong.
2. Tukar nasi goreng makan nasi putih.
3. Tukar jajan makan buah.
4. Tukar biskut makan roti wholemeal.
5. Tukar fast food makan nasi putih + lauk.
6. Tukar goreng goreng makan rebus/steam/bakar.
7. Tukar dari sayur goreng makan ulam
8. Tukar dari bihun sup / koeyteow / mee makan nasi.
9. Tukar dari jus buah tanpa gula makan buah atau minum air kosong.
10. Tukar dari kerepek makan buah chip. Beli buah epal dan potong mcm potato chip.
11. Tukar dari pinggan besar makan pinggan kecil.
12. Tukar dari makan bebola nugget sosej makn ayam / ikan.
13. Tukar dari simpan kerepek kat meja kerja, letak buah / roti
14. Tukar dari jem ke peanut butter tanpa gula.
15. Tukar dari asyik sebut “ susah nak cantik ” cakap “ Saya boleh dan saya konsisten”

Semua tips ni tak perlu keluarkan duit. Free of charge. Nak atau tidak kena tepuk dada tanya hati masing masing. SHARE JIKA BERMANFAAT

MINUM BANYAK AIR KOSONG PENTING UNTUK NAK TURUN BERAT⠀

50-65% badan kita ialah air. Kalau badan tak cukup air, banyak sistem badan akan terganggu antaranya sistem penghadaman dan sistem pembuangan air kita. Maksudnya, kalau badan tak cukup air, salah satu masalah yang akan berlaku ialah kita akan jarang nak buang air besar.

Makanan yang kita makan akan terkumpul pada usus. Bila lemak dan toxin dari makanan tak dikeluarkan oleh badan, ia akan mengeraskan usus, seterusnya buatkan penyerapan nutrisi dari makanan yang kita makan berkurangan. Bila penyerapan nutrisi tak efektif, badan tak dapat cukup nutrisi untuk berfungsi dengan baik.

Kesannya? Anda rasa lemah dan lesu, berat badan makin naik, kulit kusam dan berjerawat. So, minumlah air kosong 3 L sehari!

BERAT BADAN TURUN SEKEJAP BILA MULA DIET, LEPASTU TAKAT TU JE, KENAPA YE?

Ianya dikenali dengan fasa ‘plateau’. Masalah berat badan ‘plateau’ atau statik sering dialami oleh individu yang ingin mengurangkan berat badan. Ramai yang kecewa dan berputus asa apabila sampai di tahap ini. Anda rasa walaupun makan dengan berhati-hati dan bersenam secara teratur, berat badan anda tetap tidak berganjak. Kenapa?

Penjelasannya begini, semasa beberapa minggu pertama anda mula diet, berat badan akan menurun dengan cepat, dan ianya adalah normal. Penurunan ini terjadi apabila anda mengurangkan kalori, badan mendapat tenaga yang diperlukan pada mulanya dengan melepaskan glycogen, sejenis karbohidrat yang terdapat pada otot dan hati.

Glycogen sebahagiannya diperbuat daripada air, jadi apabila glycogen dibakar untuk tenaga, ia menyingkirkan air dan mengakibatkan penurunan berat badan yang kebanyakannya daripada air. Walaubagaimanapun, dalam cubaan anda menurunkan berat badan, anda turut kehilangan sedikit jisim otot bersama-sama dengan lemak. Kebolehan membakar kalori(metabolisme), bergantung kepada jisim otot.

Jadi, apabila anda menurunkan berat badan, metabolisme anda menurun. Bermaksud pembakaran kalori turut menurun dan tak banyak macam sewaktu mula-mula berdiet (iaitu waktu jisim otot anda masih banyak dan tak terkesan dengan diet). Jadi setakat ni anda faham? Atau masih kurang jelas?

Metabolisma yang perlahan akan melambatkan penurunan berat badan. Oleh itu, jika anda mengambil kalori seperti keadaan metabolisma badan sebelum ini iaitu sewaktu permulaan diet, anda tidak akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih lagi, dan terjadilah fasa ‘plateau’.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menambah aktiviti fizikal supaya ada peningkatan metabolisma badan, atau anda boleh mengurangkan kalori yang anda makan, atau kedua-duanya sekali.
Sila kira jumlah pengambilan kalori seharian mengikut berat badan yang TERKINI dan basal metabolic rate (BMR) yang TERKINI. Semoga bermanfaat. Kredit: Jomsayheart Nutrition Consultancy

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply