BMI Yang Bagus ?

bmi yang bagus

BMI yang bagus ? Indeks Jisim Badan (BMI) adalah penunjuk yang digunakan untuk mengukur bahagian berat badan seseorang dengan ketinggian mereka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa BMI bukanlah ukuran yang sempurna untuk menentukan tahap kesihatan seseorang kerana ia tidak mengambil kira faktor lain seperti komposisi badan (lemak vs otot), taburan lemak, atau tahap kecergasan fizikal.

Secara umum, kategori BMI biasanya ditafsirkan seperti berikut:

  • Kurang daripada 18.5: Kurang berat badan
  • 18.5 – 24.9: Berat normal
  • 25.0 – 29.9: Berat badan berlebihan (berat badan berlebihan)
  • 30.0 atau lebih: Obesiti

Walau bagaimanapun, kerana BMI tidak mengambil kira faktor lain yang penting untuk kesihatan, seperti kecergasan fizikal dan komposisi badan, adalah penting untuk tidak bergantung kepada BMI sahaja. Adalah lebih baik untuk melihat kesihatan secara holistik, termasuk mempertimbangkan gaya hidup aktif, diet seimbang, dan perundingan dengan profesional kesihatan.

MAF Kawal Gula Diabetes ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Gais..1st posting kat sini… Dah dekat 3 tahun masuk sini… silent reader jer…Seorang pesakit kencing manis Type 2 sejak 09/2020 yg dulunya malas bersenam… sekarang dah 3 tahun setengah… Umur 46tahun. Tinggi 176cm. BMI 23.9.

Atas nasihat doktor kena mulakan bersenam secara berkala utk melawan penyakit seumur hidup ni… mula dengan briskwalk 05/2021…

Selepas 2bulan briskwalk.. teringin nak berlari.. cuba berlari kemudian terinjured bahagian MCL dikedua-dua belah lutut… terpaksa rehat 10 hari…

Kemudian search la kat facebook “running for beginner” terjumpa group ni… bagus group ni… byk saya timba ilmu melalui pembacaan posting admin dan ahli…

Saya buat MAF takdela clean sangat..

selama 3 bulan 08/2021 sampai 12/2021… sampai dapat HM sbyk 3 kali… Tapi setakat ni saya tak pernah masuk mana-mana event walau byk kali kawan racun.. hahaha.. just solo run.. utk kesihatan diri sendiri jer..

Masih aim utk FM walau komplikasi kebas tapak kaki masih jadi penghalang utk lari lebih jauh… Kawan kata masuk jer event.. mesti kena racun FM nyer…Apa yg saya boleh katakan MAF method ni ternyata sangat bagus. Utk pesakit kencing manis type 2 menurun bacaan gula darah. Disamping diet low carbohidrat yang betul… apatah meningkatkan endurance dan pace larian…

Insya Allah next saya sambung lagi mengenai MAF dan kawalan gula darah dlm pesakit diabetes. Kalau pagi-pagi dalam pukul 7-9 ada jumpa mamat berlari terkedek-kedek. Sorang-sorang di sekitar Mydin jasin tu.. tegur ler.. saya la tu…Salam perkenalan dari Bemban Jasin Melaka. MAF 124-134.

Puasa Bagus Kawal BMI ?

Esok dah mula puasa Ramadan. Saya nak kongsi sikit manfaat puasa dari sudut sains.

1. Kajian mendapati berpuasa dapat mengawal paras gula dalam darah dan memperbaiki tindak balas insulin dalam tubuh. Pesakit diabetes tahap 2 menunjukkan penurunan paras gula apabila berpuasa menurut satu kajian.

Tindak balas insulin yang bagus membolehkan sel-sel kita mudah menyerap glukos (dari gula) yang kita ambil dan ditukarkan menjadi tenaga .

2. puasa juga dapat menjadi alternatif untuk mengawal berat badan, sekaligus mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang datang daripada berat berlebihan dan obesiti.

Malah, berpuasa sebenarnya lebih berkesan dan cekap menurunkan berat badan berbanding mengamalkan kaedah mengurangkan pengambilan kalori. Selain itu, pengurangan berat badan daripada aktiviti berpuasa dapat meningkatkan metabolism.

3. Berpuasa juga dapat memperbaiki kesihatan jantung kita. Untuk pengetahuan anda semua, penyakit jantung merupakan punca utama kematian di seluruh dunia. Pada tahun 2019, seramai sekitar 18 juta orang mati disebabkan oleh penyakit jantung.

Terdapat kajian menunjukkan penduduk di Utah mempunyai penyakit jantung yang rendah

kerana amalan berpuasa yang dianjurkan oleh kepercayaan mereka. Bukan setakat itu, berpuasa dapat mendisiplinkan diri daripada makan berlebihan, seterusnya dapat mengurangkan pengambilan kalori. Kajian menunjukkan berpuasa dapat menurunkan kadar kolestrol, berat lemak dan BMI.

4. Kajian ke atas tikus menunjukkan berpuasa dapat memperbaiki fungsi dan struktur otak. Berpuasa dapat melindungi kesihatan otak dan meningkatkan penjanaan sel saraf untuk meningkatkan fungsi kognitif. Kognitif yang baik dapat menjadikan kita dapat memahami, merenung, mengingati, memproses dan berfikir sesuatu dengan baik .

Sintesis beberapa kajian mencadangkan berpuasa dapat melindungi kita daripada penyakit Parkinson dan Alheizmer. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada lagi kajian ke atas manusia dibuat untuk mengesahkan kesan berpuasa ke atas fungsi otak dalam kalangan manusia.

5. Sebenarnya kita ini banyak dapat penyakit sebab banyak sangat makan. Makanan itu pula tidak semuanya sihat dan seimbang. Jadi, kalau fikir logik pun, kurang makan lebih baik tapi tidaklah sampai tidak makan beberapa hari. bmi yang bagus ?

Kurus Boleh Dapat Bagus ?

Ramai salah sangka, kalau badan nampak kurus tu sihat. Lepas tu cek pula BMI, hurmmm, normal. Haa, sihat lah tu. Kita pun maintain macam biasa makan itu dan ini tak ingat dunia. Manis. Lemak. Tak seimbang. Overeat. Dan bermacam lagi tabiat pemakanan tak baik.

Hakikatnya tak begitu. Memang ada je kes orang yang kurus, BMI normal yang tahap kolestrolnya tinggi, diabetik, dll. Err, kenapa jadi begitu? Sebab berkemungkinan berat badannya tu tadi sebenarnya dicontribute oleh body fat yang berlebihan. Manakala muscle nya pula sikit.

Jadi, orang yang sebegini (walaupun kurus & BMI normal), sebenarnya mempunyai tahap obesiti yang tak sihat juga. Analoginya kita nampak satu kereta secondhand ni cantik. Cat badan pun ok. Dalamnya pun bersih. Tayar pun baru.

Tapi adakah kereta tu dalam condition bagus?

Belum tentu. Mungkin ada part-part tertentu dalam kereta tu dah uzur. Sebab tu bahaya tau kalau siapa-siapa yang kurus fikir dirinya adalah sihat. Nanti mungkin ianya misleading kita. Dan membuatkan kita still maintain lifestyle sedia ada yang mungkin tak baik.

So, walaupun kurus & BMI normal, saya selalu nasihatkan pergi lah buat pemeriksaan kesihatan berkala. Tak rugi pun. At least, bila kita tau status badan sendiri, kita boleh ambil apa tindakan yang patut untuk menjaganya. Mahal tau badan kita ni. Once broken, mana nak cari replacement kan.

Ni gambar saya ambil body composition analysis hari ni. Kali terakhir saya buat adalah 3 bulan lepas. Saya suka nak buat sebab nak tengok progress. Mahal ke? Saya buat ni percuma saja. Nak tahu macam mana, boleh roger-roger saya. Saya ada kabel boleh dapatkannya bmi yang bagus ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply