Cara Buat Bubur Bayi

cara buat bubur bayi

Cara Buat Bubur Bayi ? Berapa usia bayi anda sekarang? Entry ini kongsikan cara buat bubur bayi 6 bulan, cara buat bubur bayi 7 bulan, cara buat bubur bayi 8 bulan, cara buat bubur bayi 9 bulan atau berapa pun usia bayi anda sekarang yang masih diberi makan bubur. 

Cara ini amat mudah, menjimatkan masa dan ianya adalah homemade! Tiada perasa, pewarna mahupun pengawet tambahan.

HOMEMADE CERELAC TEKNIK SANGAI BERAS. Sangai adalah satu kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Dah cuba buat homemade cerelac ini guna beras biasa (putih), kali ini nak buat untuk beras perang pula. Ada pendapat kata beras perang perlu direndam dulu sebelum dimasak. Tapi tak rendam. 

Cara Sangai Beras Bubur Bayi

1) Cuci bersih beras dan toskan airnya. Tujuan toskan untuk memendekkan lagi tempoh menyangai. Toskan lebih 3 jam sampai beras tu “kering” seperti sebelum dicuci. 

2) Sangai dengan api perlahan sehingga air air kering dan bertukar warna menjadi keperangan. 

3) Sangai hingga beras masak supaya waktu masak bubur nanti tak perlu tunggu lama untuk beras masak. Boleh ambil sebutir dua beras dan rasa samada masih jelantah atau beras sudah masak. 

Proses menyangai ni mudah. Gunakan api yang perlahan, jadi tak perlu kerap kacau beras. Tapi jaga-jaga jangan sampai hangit!

4) Bila dah yakin beras dah masak boleh padam api, pindahkan ke bekas lain untuk disejukkan. Hati-hati kalau sejukkan dalam kuali. Walaupun api dah padam tapi haba dari kuali panas mampu merentungkan beras anda. 

5) Kisar guna pengisar kering. 

6) Ayak untuk dapatkan tekstur beras yang halus. Ulang proses kisar – ayak hingga semua beras melepasi lubang penapis anda. 

Bayi yang sudah mula tumbuh gigi mungkin tidak memerlukan tekstur beras yang terlalu halus. Jadi ibu-ibu yang bayinya sudah tumbuh gigi boleh campurkan beras sangai kisar halus dan beras sangai yang sedikit kasar. 

7) Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya dalam peti sejuk untuk ia tahan lebih lama. Jangan lupa letak label dan tarikh penyediaan cerelac ini. 

Cara Bancuh Homemade Cerelac

1) Ambil 3/4 sudu besar (guna sudu bersih dan kering) cerelac, masukkan ke dalam periuk. Ini kuantiti untuk 2 kali hidangan bayi.

2) Tambahkan air ikut kepekatan yang nuha mahu. Kalau terlebih air masa memasak akan jadi lebih lama untuk biar air kering dan cerelac memekat. 

3) Kacau rata sebelum panaskan di atas dapur.

4) Biar mendidih seketika, padam api apabila nuha dapat kepekatan bubur cerelac yang mahu. 

5) Asingkan cerelac untuk 2 kali hidangan. Tambahkan puri yang bayi “dah lulus”. 

Semoga usaha ibu-ibu untuk memberikan makanan yang kurang pengawet, pewarna, dan perasa tiruan ini dipermudahkan. Selamat mencuba!

Bubur Labu

Salah satu manisan yg orang melayu is bubur. Bahan-bahan asas bubur ni lebih kurang sama je semuanya, iaitu santan & gula. Betul kan? Kalau salah tolong tunjukkan. Ahad lepas, for the first time dalam hidup dah berjaya masa bubur labu.

Perasaan? Impressed dgn diri sendiri. Hahaha. Terpekat.. tapi nuha suka bubur yg nuha berjaya masak ni. Less gula dan santan. tak suka desert yg manis2 sangat. Good try. Next time boleh buat lagi. InshaAllah.

Peringatan buat semua pembaca dan dirisendiri. Gula adalah makanan kpd kanser. Mintak dijauhkan . Makan dan minumlah dgn sederhana. Kurangkan manis dlm makanan, tambah manis dalam senyuman.

Minuman Barli Untuk Masalah Kencing Kotor

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Cara masak barli ni pun mudah.

  1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
  2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
  3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
  4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
  5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
    Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.

Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits. Semoga bermanfaat.

5 Sebab Susah Kawal Makan

Saya Pernah Jadi Hebat lagi Bab makan Dari awak semua…Pernah satu tahap Sampai Buasir Teruk dan sampai tahap makan sampai sesak nafas..Anda nak tahu kenapa anda rasa susah untuk control pemakanan anda??

1. Sebab anda telah Program satu PROGRAM KHAS dalam pemikiran anda yang menyebabkan anda terbiasa menjadi HABIT..satu program KALAU TAK MAKAN RUGI MEMBAZIR REZEKI..itu contoh.

2. Anda Rasa sebelum mati inilah nikmat anda perlu nikmati rugi.Anda telah Set Di MINDSET anda Selagi Hidup Kita makan.Tapi Bila anda sakit berhadapan saat Anda mati sibuk pula nak rasa hidup lama dan menyesal.

3.Anda sebenarnya tak faham Makna SYUKUR banyak Meluahkan sahaja tapi tak faham Pengertian Kesyukuran..Bila sakit makan bubur nasi pun terima dan telan..tapi bila anda sihat dan rasa diri hebat bubur nasi buang dalam tong sampah.

4. Kebanyakkan yang Gagal kawal nafsu makan selalunya Tak mulakan dengan DOA MAKAN…ramai nampak makanan tak sabar serta terus masukkan makanan dalam mulut tanpa fikir apa2…

5. Tiada Ilmu yang cukup tentang Pemkanan KEPERLUAn atau Anda tak pasti mana satu kehendak hati anda..di situlah kecelaruan pemikiran anda tentang DIET.

mudahan 5 perkongsian ini menjadi sesuatu yang bermanfaat buat semua…sebenarnya ada 100 lagi saya mampu tulis tapi cukuplah 5 ini untuk kita betulkan MINDSET kita.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply