Cara Omad Diet

cara omad diet

Cara omad diet ada banyak, tapi boleh gabungkan dengan pelbagai diet yang berkesan. Saya kumpulkan beberapa cara dan testimoni terbaik orang buat IF dan sebagainya.

Diet Keto OMAD Cara Apek

Semalam apek berbuka dengan beberapa biji kurma, kopi brew secawan dan sedikit sup kosong dari masakan kambing dan sebiji mangga.

Tulang daging seketul kambing (MYR35 sekilo) dibeli dari kedai Bangla kawasan industri Sg. Buluh yang ramai pekerja kilang yang dibawa apek oleh kawan Bangla yang kerja syarikat sama rakan apek.

Kerana saya tukang drebar mereka bawa balik dari tapak kerja tersesak dalam halangan sejam lama di Lebuhraya Guthrie, mereka hadiahkan saya garam, bawang dan cili.

Sup dimasak, diminum sedikit semasa berbuka, dan dibiar panas sepanjang malam.

Tahajud ini apek hidupkan masak, dan berfikir apakah hanya minum sup sahaja untuk tinggikan detoks sel badan atau makan dan biarkan tulang untuk berbuka seterusnya. Mungkin ditambahkan tulang lain nanti jika terjumpa di The Store.

Itulah diet Keto OMAD cara apek. Makan kurang, sekali sehari, penuh lemak, tiada gula atau nasi putih demi kesihatan yang ditunjuk Allah menerusi berpuasa dan halalan thayiban.

Badan rasa ringan, kempis perut, jiwa tenang semasa mengingati Allah. Tiada juga penyakit kronik yang bisa difitnah oleh wakil Ad-Dajjal seolah mereka lah yang hidupkan dan mematikan. Hanya Allah. Itu agama ku.

Testimoni IF

Sempena Hari Obesiti Sedunia, Pokcik dan Puan Suhaila Kusairi nak berikan sedikit testimonial. Harap dapat sedikit ilmu dan dorongan dari post ini.

Statistik Permulaan Pokcik –

Umur: 39

Tarikh Mula: 1.1.2018

Berat Mula: 104kg

Tinggi: 170cm

Ukuran Pinggang Mula: 44 inch

Ratio Tinggi/Pinggang: 0.66 (Highly Obese)

Komplikasi Perubatan: Prediabetic, PreHyperTension, Hypercholestrolemia, Chronic GERD.

Statistik Terkini Pokcik –

Umur: 40

Berat: 76

Tinggi: 170

Ukuran Pinggang Kini: 34

Ratio Tinggi/Pinggang: 0.51 (Healthy)

Perubahan Status Kesihatan: Tiada. Disahkan bebas dari sebarang tanda dan simptom penyakit kardiovaskular atau endokrinal.

Statistik Permulaan Puan Suhaila –

Umur: 34

Tarikh Mula: 15.1.2018

Berat Mula: 94kg

Tinggi: 167cm

Ukuran Pinggang Mula: 40 inch

Ratio Tinggi/Pinggang: 0.61 (Highly Obese)

Komplikasi Perubatan: Prediabetic, PreHyperTension, Hypercholestrolemia, Asthma

Statistik Terkini Puan Suhaila-

Umur: 35

Berat: 67

Tinggi: 167

Ukuran Pinggang Kini: 30

Ratio Tinggi/Pinggang: 0.46 (Healthy)

Perubahan Status Kesihatan: Tiada. Disahkan bebas dari sebarang tanda dan simptom penyakit kardiovaskular atau endokrinal.

Protokol IF Pilihan Kami:

– Bermula dengan IF plan 16:8 dan 18/6 sehingga kini

– Sekali sekala dalam sebulan, OMAD atau EF

– Sekarang melakukan IF 16:8 bersama program FMD (with meal replacements)

Cara Diet Kami:

– Weekdays: Simple Ketogenic meal + FMD meal replacements

– Weekend: 12:12 with moderate OH MAD plan + FMD meal replacement

Pelan Senaman Kami:

– 3000 step sehari termasuk waktu kerja

– Cycling 40km sekali sekala sebulan

– Breastfeeding (Puan Suhaila)

– Kemas rumah hari hari tanpa bosan.

Mengapa Ia Berkesan:

Sebab kami faham dan mengetahui bahawa IF ialah satu sistem yang mampu dilakukan setiap hari secara konsisten, walaupun melakukan rejim IF yang mudah, benefit tetap akan datang kepada kita. Tidak perlu pening kepala.

Lagipun orang dulukala walaupun tidak memanggil berpuasa berkala dengan nama IF, tetap melakukannya sejak beribu tahun tanpa sebarang masalah, dan itu ialah kunci kesihatan mereka.

Makan 6 kali sehari ialah satu doktrin yang dibawa oleh mereka yang berkepentingan dan mahu melindungi perniagaan makanan serta perubatan mereka. Ia tidak normal sama sekali. Atas kesedaran ini, kami sekeluarga telah mengubah gaya hidup dan pemakanan kami atas satu kenyataan:

Makan untuk Hidup.

Bukan Hidup untuk Makan.

Give your body a chance to heal itself. God make you this perfect vessel and He taught you to fast, for your LIFE.

Gemuk sunggoh weh dulu

Gambar 2018 vs 2020

110 kg – 78kg..Total lost 32 kg dapat dlm masa 4 bulan mcm tu..

Start diet 1/1/2019 until now..

Cara diet intermittent fasting..(Pergi study dulu ape itu intermittent fasting )baru faham apa yg sy tulis kat bawah ni deh..

[Mula² buat if 16:8 jam , lepas tu upgrade 18:6jam..

Sebulan mcm tu dpat buat 20:4 jam..Lepastu dapat buat 24 jam omad(One Meal A Day) hari² buat omad..sekarang ni pun buat omad lagi hehe..]

Cara makan : Cut terus air manis atau air bergula..hanya minum air batu kosong , kopi o beng kosong , dan singo beng kosong..1 tahun lebih sy diet ni hanya telan 3 jenis air ni sahaja harap maklum..disiplinkan diri anda haha..

Makan nasi guna konsep suku suku separuh..suku nasi , suku lauk, separuh sayur haa gitu..jgn xmkan nasi pulak salah tu..

Yang Pernah Gemuk..dan xsey dh gemuk..

Klau bermanfaat Alhamdulillah..Sila share klau anda terinspirasi hahahhabaikan..

Saja nk menulis kisah sy yg pernah gemuk dan perjalanan diet nk jadi seorang yg kurus

Biar lambat asal selamat,

saya hilang 27kg sepanjang mengamalkn if dan diet sihat.ada org boleh loss berpuluh kg dlm berbulan tp sy ada trun naik tp sy xpnh giveup… Sy buat secara enjoy dan santai… Janji ada hasil.jgn compare bdan kita dgn org…trun lambat bersama lemak badan bukan angka semata2..

Berat sebelum-74kg

Berat sekarang-47kg

Tinggi:152cm

Cara diet di awal permulaan:

IF 12:12,18:6,21:3 dan omad

( Boleh back di ruang Announcement bagi yang tak faham maksd di atas ya)

Cut gula(sampai ke sekarang),cut benda bertepung,kuih muih biskut,mee kwteow tukar ke makanan lebih sihat rendah kalori.

Menu eatclean,suku2 separuh ,kira kalori makanan dan berhenti makan sebelum jam 6pm.minum air masak 2-3 liter(ikut keperluan berat)

Workout:

Awal2 fokus jaga makan sahaja selepas setahun baru betul2 buat exercise.

Tabata dan aerobic dance pilihan saya sekarang.

Agak struggle utk sihat dn kurus tp saya happy.kecaman gemuk dr org buat saya mampu buat smpai thp nh…sy xmarah xdendam tp rasa bersyukur …. Ambk dr sudut positive..sy pn xpcy sy mampu kurus setelah bertahun gemuk terima ksh admin terbaik.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply