Cara Terbaik Elak Stress

Cara Terbaik Elak Stress

Cara Terbaik Elak Stress . Alhamdulillah, hari ini saya berjaya juga hantar Arreessa ke sekolah, walaupun sebenarnya stress sangat, sebab budak ni ada je alasan tak nak pergi school, dan biasanya memang liat nak masuk tandas, suruh mandi, tapi nasib baik kena bersabar, dan jangan sampai stress. Oklah, untuk artikel kali ini, saya nak ajak anda semua baca tentang

Kenapa Kita Stress

Pengambilan B Complex Untuk Kurangkan Stress. Tips Dr Fadzilah Kamsah. 1. Kenapa Kita Stress ? Sebenarnya kenapa kita stress ni, banyak faktor, tengoklah banyak betul betul gambar kat atas, kalau kita tulis pasal stress ni, boleh jadi tertekan, dan buatkan kita sakit kepala. Tapi tak tahulah siapa yang lagi stress, adakah orang perempuan atau orang lelaki.

Definisi Stress. Stress ni paling mudah ialah bila sesuatu benda tu dah melampaui kemampuan kita. Banyak perkara yang buatkan kita stress ialah sebab kita terlampau peka dengan benda yang di luar kawalan kita. Tapi kadang kadang, benda yang di bawah kawalan kita pun kita rasa boleh stress. Jadi tekanan ini ada yang baik dan ada yang tak baik, dan selalunya, tekanan ini kita ambil yang tak baik,itu yang jadi macam macam.

Membahayakan Kesihatan. Hooo kalau tengok list di bawah, yang ni memang saya ambil terus dari website, macam-macam boleh jadi, yang dibawah, antaranya yang paling senang kita perasan ialah

tekanan darah naik
jantung berdegup laju
penghadaman tak bagus
imunisasi jadi lemah
otot tertekan
rasa susah nak tidur

Penyebab No 1 Kepada Kematian. Hahhaha, yang nih, bunyinya macam tak betul, tapi punca penyakit jantung, tekanan darah, dan macam macam lagi, semuanya adalah dari stress, stress dan stress. Memang benar, dan ini yang diceritakan oleh adik ipar saya Dr Ainal Faezah. Memang dia kata, stress je dah cukup membunuh dan membuatkan duit kita habis di hospital, ini lagi stress.

kredit kepada musicyourmind.com

2. Cerita Tentang Vitamin B
Oklah kalau masuk bab ini, ramai yang dah boleh agak,sebab biasalah, kerja kami memang nak kasi tahu korang, pasal vitamin semua ini. Tapi takpa, kalau tak beli B Complex pun, cuba baca sikit pasal permakanan yang bagus untuk stress ini. Antara yang terbaik tentu sekali ialah pengambilan vitamin B. Hoo kenapa pulak vitamin B ? Satu petikan dari website livestrong.com ialah

B vitamins can help with stress by working with brain chemistry and balancing neurotransmitters, thus aiding us in achieving balance over stress.

Sumber Vitamin B
Banyak makanan yang membekalkan vitamin B kepada badan kita, antara yang terbaik dan mudah untuk didapati di pasar malam atau pasaraya macam tesco tu ialah

beras merah
kuning telur,
ikan
kacang
gandum
daging
hati
ginjal
beras tumbuk
rumput laut
Manfaat Vitamin B
Kalau nak cerita pasal manfaat , bolehlah refer terus dalam artikel sebelum ini, kiranya antara manfaat lain yang boleh didapati dalam vitamin B ialah
Menambahkan Tenaga
Meningkatkan Keupayaan Berfikit
Meningkatkan Konsentrasi
Jadi berdasarkan manfaat yang ada dan fungsi vitamin B, boleh lah disimpulkan di sini, bagaimana vitamin terbaik ini dapat membantu dari segi fizikal dan mental seseorang dalam menangani stress. Ianya bagus dalam membentuk otak yang sihat, dan seterus membuatkan kita boleh fokus dan kurangkan tekanan yang tidak penting.

sumber vitamin B, kredit kepada http://eatingmywaytobetterhealth.blogspot.com/

3. Apa Kata Pakar ?

Saya paling senang memang ingat sekali kata -kata Dato Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah atau dikenali dengan nama glamernya DMFK. Saya selalu mendengar Sinar FM, kalau setiap hari Jumaat, memang dato selalu memberi nasihat dan teguran yang membina serta menjawab luahan hati setiap pendengar Sinar FM.

Tips Dari Facebook
Paling mudah nak ingat tips DMFK ialah pergi sahaja ke laman facebook beliau, atau pergi sahaja ke website DMFK. Mudah sahaja, dan ada 47 tips terbaik yang boleh kita ikuti, yang dibawah ini memang saya print terus, dan bagi korang semua ingat satu -satu, banyak sangatkan ?

Cerita Di Sinar FM
Hahhaa, dulu ada juga DMFK keluar kat sinarFM hari rabu, jadinya, memang kami masa itu drive pergi kerja, sambil itu dengar lah kata kata dato, sambil ditambah oleh abang jem yang memangnya kelakar, dan lawak, oklah sebenarnya simple je, ada 4, nak detail boleh baca sini
Programkan OTAK
Baca 3 KUL, ALFATIHAH sebelum keluar rumah
Ambil SUPPLEMENT
Rajin SENAMAN

Penutup. Oklah, yang ni je yang saya dapat fikir pasal cerita stress nih, Oklah, untuk pagi ini, buat anda yang bersemangat nak bekerja, jom kita layan video yang ada kat bawah ni, semoga memberi manfaat kepada sekeluarga, marilah kita bersarapan !!! Seronok itu pun, tips nak bagi kita kurangkan stress !!!

Puasa sebagai Rawatan Anti-Stress

Puasa dalam Islam menyebabkan kita akan merasa tenang dan sangat hampir dengan diri sendiri dan Maha Pencipta. Apabila perut tiada makanan yang perlu dihadam, lebih banyak tenaga yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai ibadah wajib dan ibadah sunat semasa berpuasa.

Selain dari menahan lapar dan dahaga, kita juga dituntut untuk menahan rasa marah, sentiasa terseyum, sabar, tenang, tidak berkata sesuatu yang negatif, sentiasa berprasangka baik, sentiasa beruasaha untuk mendapat
keberkatan dari Allah swt.

Ini akan menjadikan kita lebih positif, tenang dan optimistik dalam kehidupan. Berpuasa akan lebih menundukkan nafsu dan meningkatkan tahap kesyukuran dalam diri kita.

PILIH CARA PUASA YANG ANDA SELESA

Terdapat pelbagai jenis puasa yang boleh diamalkan:

? Puasa Islam (Islamic Intermittent Fasting)

– puasa sunat isnin khamis atau puasa Nabi Daud.

Boleh gabungkan Puasa Isnin-Khamis dengan IF.

? Intermittent Fasting (Standard) :

IF 12/12
IF 16/8
IF 20/4
Extended Fasting

Anda boleh memilih untuk mengamalkan secara :

?Harian
?Mingguan
?5:2 Diet
?Alternate Day Diet

Stress sekali sekala adalah normal dan mungkin membawa kebaikan.

Namun jika stress berpanjangan, anda akan mula alami gejala fizikal yang tidak spesifik. Ini adalah petanda tubuh anda sedang menjerit meminta bantuan!! Stress berpanjangan adalah sangat toksik dan membuatkan fisiologi tubuh anda huru hara. cara terbaik elak stress

✔️ Kenal pasti punca anda stress
✔️ Belajar teknik relasasi dan pernafasan (deep breathing)
✔️ Ketahui coping mechanism apabila anda alami stress
✔️ Bercakap dan berbual dengan rakan dan individu yang anda percayai

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply