Cengkih Buat Lelaki Tersengih ?

cengkih buat lelaki tersengih

Cengkih Buat Lelaki Tersengih. Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut cloves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan Sri Lanka

Pokok Cengkih

Pokok cengkih adalah pokok malar hijau kecil berdaun kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras, cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat.

Cabang-cabang dari tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut.
Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm.

Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan minyak mudah meruap (Volitile).

Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur 4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik. Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius kesakitan serta.

Selain menyedapkan masakan, cengkih juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan.
Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging.

Caranya, gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
Bukan saja untuk aroma makanan, ramuan cengkeh juga digunakan untuk menghasilkan wangian yang memberikan haruman dengan impak tersendiri.

Satu lagi cerita menarik mengenai cengkih yang pernah diperkatakan ialah mengenai amalan seorang guru agama di pondok tersohor di Kelantan, yang selalu mengunyah rempah itu sejak berumur 17 tahun lagi. Walaupun sudah mencecah usia 90an, Tok Guru itu dikatakan, masih sihat dan boleh mengaji Al-Quran dan mengajarnya dengan baik.

Amalan Tok Guru itu mengunyah cengkih 10 kuntum setiap hari dan menghisap airnya, dikatakan membantu meningkatkan kesihatannya supaya sentiasa sihat manakala penglihatannya masih tajam. Itulah antara kehebatan cengkih, tanpa perlu mengeluarkan belanja banyak, ia ternyata amat berguna dan memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Hakikatnya, cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.

Penyelidik Jepun mendapati, seperti kebanyakan rempah ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.
Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.

Selain itu, ia juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria. Justeru, untuk gusi yang sihat, masukkan satu atau dua sudu cengkih dalam satu cawan teh pekat dan minum.

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan Vitamin C, K dan A.
Khasiat itu juga menyebabkan sejak dulu, cengkih terkenal digunakan sebagai ramuan untuk perubatan tradisional. Antaranya, menghilangkan bau mulut iaitu dengan cara, ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang kering dan kunyah.

Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak. Caranya, rendam semalaman beberapa cengkih di dalam air masak, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau hingga rata. Lalu, minum air berkenaan sedikit demi sedikit secara teratur.

Ada juga menggunakannya untuk mengubati batuk iaitu dengan mencampurkan bersama beberapa bahan lain seperti sirih, pelaga, gula batu dan sebagainya. Bahan dicampur direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari bagi menghilangkan batuk.

Selain untuk rawatan, cengkih juga berguna untuk beberapa petua lain seperti untuk mengusir nyamuk dan semut. Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.

PETUA MELEGAKAN SAKIT GIGI

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

High Dose Vitamin C

Selama ni dok terbaca study ttg kesan pengambilan high dose Vitamin C bantu pesakit Covid 19 lawan virus tu dan pulih. But this one adalah study from Malaysia sendiri berdasarkan pesakit-pesakit di Malaysia sendiri. Jom baca rumusannya. cengkih buat lelaki tersengih

Kajian klinikal mengenai penggunaan vitamin C berdos tinggi telah dijalankan ke atas 14% pesakit kritikal Covid-19 yg mempunyai masalah Acute Lung Injury (ALI) dan Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS) .

Kajian ini telah membuktikan bahawa pengambilan ascorbic acid (vitamin C) berdos tinggi mempunyai kecenderungan untuk bantu mengurangkan tahap tekanan oxidative stress . Ianya merupakan satu usaha yg berkesan bagi mengekalkan tahap kerosakan paru2 ditahap yg minimal selain mencegah daripada kerosakan organ dalaman yg lain .

Secara keseluruhannya , vitamin C berdos tinggi boleh menjadi sebagai satu ‘perisai’ tambahan yg dapat digunakan utk melawan jangkitan Covid-19 . Secara tidak langsung ianya boleh mengurangkan kadar pergantungan pesakit kritikal Covid-19 terhadap mesin bantuan pernafasan sekaligus mengurangkan kadar kematian .

Tahap vitamin C di dalam tubuh mungkin akan berkurang dengan mendadak akibat jangkitan penyakit . Jadi dos vitamin C yg tinggi adalah diperlukan untuk mengisi semula jumlah yg hilang serta memberikan bekalan tambahan utk badan bagi menghadapi tekanan jangkitan tersebut . cengkih buat lelaki tersengih

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply