Cut Sugar Tak Kurus ?

cut sugar tak kurus

Cut Sugar Tak Kurus ? Cut sugar TAK BUAT KURUS awak . 100g gula pasir mengandungi 394kcal,94g karbohidrat. Kita tak ambil gula sampai 100g sehari, banyak tu . Paling kurang dalam segelas air manis kita buat mungkin hujung sudu atau 1sdt anggaran 5g = 4.5g carbo,19.7kcal sahaja.

Jadi, macam mana cut sugar boleh buat kita kurus sedangkan pengambilan kita sehari tak banyak? Berbanding dengan makanan seharian kita? Saya fokus pada “cut sugar” sebab ramai buat dan bila di tanya cut air manis je. Hehe.

94g carbo untuk 100g gula pasir,

nasi 100g pon dah 77g carbo, bukan nasi je, lain lain carbo pon ada nilai masing masing toncoh roti, suun,wrap (tinggi ni taw ), wholemeal ke sommerset ke sama je, yang tentu almost zero carbs konjac je tu pon kalau makan biasa kentut tak hengat dunia! Yihh tak kuasa nak makan haha.

Apa la sangat nak takut dengan sedikit kcal dan carbo secebis cumaa dari gula pasir tapi carbo dari sumber lain tak pernah ambil tahu. Saya bercakap dalam konsep manusia yang sihat ya, yang memang fokus nak turun berat. Yang ada penyakit tolong rujuk dietitian dan doc masing masing,bukan seller

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, penurunan berat badan bergantung kepada pemakanan seharian kita, bukan fokus kepada air manis sahaja. berapa keperluan badan?Fokus pada memenuhi keperluan dan penuhkan nutrisi saja instead of cut sana cut sini, sampai tahap berlapar, tibe tak period, tibe rambut gugur, gastrik eh macam macam lagi.

Belum lagi masuk yang cari replacement, “kopi ni tak ada gula” bila check kat belakang nohh tak ada gula carbo sampai 14g, kalori 140. Baik amik kopi + 1sdt gula karbo baru 4g kalori around 20 je . Punya takut gula putih, macam tu sekali tutup mata .

Kenapa kita tak nak belajar kenal keperluan badan? Kenal nutrisi badan kita perlukan?

Jawapan dia senang, sebab malas. Orang sekarang kalau boleh hari ni start cut makan tu ini, lepas 3 hari kalut dah timbang nak tahu turun ke tak. Kalau tak turun mula lah, makan sikit pon berat tak turun . Belum lagi yang cari produk. Masa tu tak kisah dah asal sebut no sugar, tapt tengok carbo belakang, fuh!

Pon lagi claim kenyang lama tapi protein 3g? wtf? telur sebiji pon 6g protein cik kiah. Pokoknyaa, belajar la. Jimat duit. Tak penat ke kena scam je selalu? Kenyang lama lah, no sugar lah, kopi sihat lah, oat sihat lah. Gula setan lah.

Hidup dalam sederhana. Makan minum pon sederhana. Dalam Islam pon ajar kita bersederhana kan? So,moh belajar. Sekian sambil menulis sambil tahan braxton hicks. Buat kenangan.

Kenapa kalau nak kurus, semua orang berebut nak cut sugar terus?

Of course it will help, but can you sustain that kind of diet, forever? We need to educate public on how to read the food label. And, sugar per se is not the reason for obesity. Dont be so obsess with “no sugar” things, look into the bigger picture.

“No sugar” does not equal to healthy. That’s the main point. Apa maksudnya kalau NO SUGAR ADDED. Atau NO ADDED SUGAR. Berbeza ye maksudnya. SUGAR FREE plak apa maksudnya?

  • No sugar added – tiada gula ditambahkan
  • No added sugar – tiada gula tambahan
  • Sugar free – kurang 0.5g gula per serving

No sugar added ni maksudnya tiada gula putih atau bahan pemanis yg mempunyai gula seperti honey,molasses,corn syrup or malt ditambah ke dalam produk/makanan/minuman tersebut. Tapi, dorang boleh tambah pemanis tiruan seperti maltitol, xylitol, sucralose, aspartame dsb. Contoh macam jem buah. Selalunya ada xylitol or maltitol.

No added sugar maksudnya produk tu memang dah ada gula sendiri

cuma tidak ditambah dengan gula lain. Contohnya air jus dalam kotak. No added sugar tapi sangat manis, kenapa? Sebab buah tu sendiri dah ada gula. Bila jadi juice gula tu jadi high concentration (pekat). Dannnn sometimes ada pemanis tiruan.

Sugar free bermaksud hanya 0.5g gula utk 1 serving produk tersebut. Contohnya chewing gum atau dark chocolate. Memang dia tak letak gula tapiiii kenapa masih ada rasa manis? Pemanis tiruan tidak dikira sebagai gula so boleh ditambah pd makanan tersebut walaupun dengan label sugar free.

Kesimpulannya, know your limit and have a good self control. No sugar/ sugar free tidak semestinya lebih sihat. Kena lihat secara keseluruhan makanan tu samada sesuai dengan keperluan harian dan tidak melebihi had. No sugar bukan bermakna boleh makan lebih dari biasa, still portion is king. Hehe.

Semoga bermanfaat hendaknya. Keknie. P/S: Kalau ada yang Keknie salah faham dlm post ni boleh betulkan ye. Ini setakat yg keknie faham dah tahu selama keknie buat kelas shopping dan baca label.

Saya langsung tidak kagum

dengan kenyataan, “Hilang 10KG dalam sebulan” atau “Kurus dalam beberapa minggu” Lagi cepat turun, lagi bahaya. Pernah dengar pertandingan “The Biggest Loser?” Ramai yang lose weight berkilo-kilo naik balik berat badan selepas selesai pertandingan tersebut.

Ini berlaku kerana pendekatan extreme dilakukan dalam waktu yang singkat. Bayangkan dari selalu makan banyak tiba-tiba kena control portion kawkaw dan senam macam askar. Badan tak mampu untuk adaptasi dengan habit yang tak biasa.

Ingat kembali pada masa kalian cut sugar dan nasi, berpuasa hari-hari tanpa sahur, senam setiap hari: berat turun laju, tapi tak lama kemudian berat plateau dan craving mula menjelma. Makanan seolah-seolah boleh berkata-kata dan menyeru untuk dimakan. Ini dipanggil simptom withdrawal, dan jika tak dikawal, tak mustahil untuk makan seakan tak ingat dunia dan berat badan kembali meningkat.

Ada yang cakap, “boleh, possible untuk kurus cepat”. Ye lah, bila kurus cepat, memang excited dalam group tapi bila berat badan naik balik, tiba-tiba batang hidung dah tak nampak. Tahi ayam masih hangat. Persoalannya bukan berapa cepat boleh kurus tetapi berapa lama kekal kurus.

Pendekatan saya tak popular. Saya akan cakap awal-awal ia akan ambil masa. Siapa yang faham dan follow pasti akan berjaya. Your Online Fitness Coach. PS. Gambar anak didik sekadar motivasi hari isnin. PSS. Sumber ilmu, tips & motivasi setiap hari. Lebih semangat bila follow rapat:

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply