Diet Pesakit Buah Pinggang ?

Diet Pesakit Buah Pinggang ?

Diet Pesakit Buah Pinggang ? MAKANAN Sesuai untuk PESAKIT BUAH PINGGANG

Roti putih

Roti putih lebih disyorkan kepada pesakit buah pinggang berbanding roti wholemeal. Ini kerana kerana kandungan potassium dalam roti putih lebih rendah berbanding roti wholemeal

Nasi Putih

Nasi putih adalah lebih sesuai bagi pesakit buah pinggang berbanding nasi beras perang atau beras rebus (parboiled rice). Ini kerana beras putih lebih rendah kandungan potassium berbanding beras perang dan beras rebus.

Walaubagaimanapun, nasi beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.
Sebaliknya, beras perang bantu untuk turunkan kolesterol dan gula dalam darah. Bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis.

Daging

Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing pula tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu pula 318 mg*

Sotong, Kerang, Ikan dan Udang

Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin pula lebih rendah potassium (397 mg) berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel pula tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.

Sayur-Sayuran Rendah Potasium

Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola pula menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.

diet pesakit buah pinggang

HABIS ROSAK BUAH PINGGANG

Semua zaman teknologi orang yang makan produk kecantikan, tak kisah dari luar dalam, memang macam macam cerita dengar. Boleh percaya ke produk ni berkesan ? Ada yang aku baca memang cepat gila, hahhaa, itu memang power, owner dia buat duit kaw kaw. So trending baik punya, sekarang boleh buat produk sendiri. Ok, bagus tuh, peluang buat duit.

SELAMAT TAK ?

Tapi ada satu persoalan, kalau makan vitamin produk X nih, selamat ke buah pinggang ? Ada orang kata makan vitamin bebanyak nih tak selamat, takut buah pinggang rosak. Adui, macam mana nak jawab nih. Ada data khas, jurnal khas ke yang boleh buktikan makan supplement nih boleh selamat sampai 20 hingga 30 tahun, itupun kalau ajal tak jemput awal ? Korang ada idea tak ? nak buktikan produk X nih selamat sampai 20 hingga 40 tahun , kalau makan secara konsisten ?

JURNAL

Mungkin korang boleh baca pasal satu research best nih, tajuk jurnal nih dah dipublish pun pada 2007. Hhahaha, kalau rasa jurnal nih tak betul, korang boleh komplenlah kat jurnal tuh, bukan buat status kat fb je. Cuba cari nama jurnal nih,

“Usage patterns, health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a cross-sectional study”

Haaha, aku baca macam macam cerita pasal jurnal nih, oklah, best tak bestnya, ada profesor yang boleh buat research nih, sebab suplemen nih ada loyal customer, yang lebih dari 30 tahun pun ada. Jadi dia pun buat research dan keluarkan result dia. Kat sini mungkin korang boleh baca apa result dia. Nak lebih detail boleh baca dan download jurnal tersebut. Daripada penelitian result nih, memang pengkaji ni cakap, makan supplement nih memang selamat, dan tak jejaskan buah pinggang. Untuk jangka masa yang panjang . Cakap cakap pengkaji ni adalah hasil dari kajian, bukan cakap kosong je.

KAJIAN

Mungkin korang yang buat produk sendiri, atau nak cuba cuba vitamin supplement nih, cuba buat bacaan sikit. lepas tengok, kalau ada kajian semua. Baca dulu itu dan ini. Kalau rasa produk X tuh korang yakin, teruskan je. Hhaha, kalau rasa berbaloi korang buat produk X tu selamat untuk jangka masa panjang, teruskan. hahaha, jangan sampai kena sumpah dengan pengguna sudah. Apapun, buat kajian dan baca dulu habis habis.

Rosaknya Buah Pinggang….

Petikan dari akhbar The Star 18 Ogos 2019 – menurut Kementerian Kesihatan, dijangka lebih 100k rakyat Malaysia bakal berdepan dgn masalah kegagalan buah pinggang dalam masa 20 tahun lagi.

Apa yg menyebabkan buah pinggang rosak? Antaranya adalah kencing manis. 64% dari pesakit buah pinggang yg menjalani haemodalisis juga adalah penderita kencing manis.

Bila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, ia boleh merosakkan buah pinggang, & keadaan ni dipanggil diabetic nephropathy.

Apa pula yg menyebabkan kencing manis?

Salah satu faktor adalah gaya hidup yang tidak sihat & berat badan yang tidak ideal.

Jadi untuk jaga buah pinggang, usahakan lah untuk kehidupan yang aktif, makan makanan berkhasiat & seimbang, serta dapatkan berat badan yg ideal.

Jadikan gaya hidup sihat satu tabiat, bukan keterpaksaan bila dah kena penyakit.

(Yang makan supplements tu, jgn igt dah makan supplements dah tak perlu jalani gaya hidup sihat. Itu bukan replacement. Makan vitamin selori pun tetap kena exercise & makan makanan yg berkhasiat). diet pesakit buah pinggang.

KETAGIHAN KOPI PENYEBAB SAKIT JANTUNG ?

Pengambilan kopi dalam menu sajian harian perlu diambil pada kadar sederhana dengan bilangan kurang enam cawan sehari.

Kajian pakar penyelidik Universiti Afrika Selatan mendapati, pengambilan sederhana mengawal jumlah kafein dalam diet harian.

Penyelidikan bertujuan menangkis kenyataan segelintir pihak yang mendakwa risiko kematian meningkat berpunca pengambilan kafein. Kajian membuktikan hampir semua individu masih mengambil kafein pada jumlah yang selamat.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Australia Selatan pula mendapati pengambilan melebihi enam cawan kopi sehari meningkatkan penyakit jantung sebanyak 22 peratus.

Namun penemuan itu tidak memberi kesan kepada warga Amerika Syarikat yang purata mengambil sekurang-kurangnya 1.6 cawan berbanding lapan cawan oleh pengguna di Finland.

Organisasi Kopi Antarabangsa pula dalam kenyataannya sebelum ini berkata, perdebatan mengenai kematian berpunca pengambilan kafein berlebihan masih dibincangkan. Namun sekitar enam cawan sehari masih selamat untuk kesihatan jantung.

Kajian UK Biobank membabitkan 347,000 responden berusia berusia 37 hingga 73 tahun, melihat tahap ketahanan kopi dalam sistem badan membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Penyelidikan memberi fokus kepada gen metabolik dalam kafein, iaitu CYP1A2, dikesan sama ada meningkat atau merendahkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Gen CYP1A2 didapati membantu mengekalkan tahap metabolisme sebanyak empat kali lebih cepat berbanding yang lain dan penurunan selepas cawan keenam.

Pakar kardiologi Universiti Mc Gill, Amerika Syarikat, Chris Labos, berkata bagi yang sensitif pada kopi mereka dinasihat mengurangkan pengambilan minuman berkenaan dalam menu harian.

Ini menunjukkan pengambilan kopi melebihi tiga atau empat cawan, bukanlah sesuatu yang merisaukan pada dos biasa ia tidak mendatangkan banyak kesan.

Fakta:

  • Persatuan Jantung Amerika mendapati pengambilan kopi berupaya melepaskan asid lemak dari tisu lemak yang mana tenaga terhasil dan merangsang sistem saraf.
  • Pengambilan kopi berlebihan memberi kesan tidak sihat kepada buah pinggang, tingkat asid dan menyebabkan asid refluk membawa kepada gastrik.
  • Tambahan gula dan krim dalam kopi meningkatkan kalori yang tidak diperlukan. diet pesakit buah pinggang.

.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply