Doktor Mati Suntikan Sinovac ?

Doktor Mati Suntikan Sinovac ?

Satu jawapan dari Pusat Perubatan Melaka. Doktor mati suntikan sinovac. Kami kehilangan Dr. Joey Avila, Pengarah Patologi di MMC, kerana COVID. Dia menerima Sinovac kedua dan kemudian dijangkiti COVID dalam masa kira-kira seminggu selepas suntikan kedua.

Masih Dijangkiti

Sebab mengapa orang masih dijangkiti setelah divaksinasi dengan dua dos coronavirus:
▪️ Dos kedua harus diambil 21/28 hari selepas dos pertama vaksin coronavirus.
▪️ Antibodi mula terbentuk sebaik sahaja vaksin memasuki tubuh manusia.
▪️ Apabila antibodi terbentuk di dalam badan kita, imuniti kita akan turun dengan banyak.
▪️ Apabila kita menerima dos kedua vaksin 21/28 hari kemudian, imuniti kita akan menurun lebih banyak lagi.
▪️ 14 hari selepas dos kedua, apabila antibodi terbentuk sepenuhnya di dalam badan kita, imuniti kita mula tumbuh dengan cepat.
▪️ Selama sebulan setengah ini, kerana kekebalan yang rendah, kebarangkalian coronavirus baru memasuki tubuh kita sangat tinggi. Ini kerana terdedah kepada virus pada masa rapuh ini seseorang dijangkiti. Oleh itu, sangat berbahaya untuk keluar dari rumah dalam setengah bulan ini.
▪️ Walaupun *selepas dua dos vaksin, anda mungkin menjadi mangsa coronavirus baru.*
▪️ Setelah satu setengah bulan, imuniti badan akan meningkat 100 hingga 200 kali, dan kemudian akan selamat.
▪️ *Berhati-hati dan selamat dalam masa 1 setengah bulan dari dos pertama*.
Inilah sebabnya
▪️Pastikan memakai topeng
▪️ Hanya keluar bila perlu.

Kemas kini #Covid.

Suntikan Dos Ketiga

BEIJING: Keberkesanan antibodi daripada suntikan vaksin Sinovac dilaporkan merosot selepas enam bulan suntikan kedua bagi kebanyakan penerima.

CNA memetik laporan Reuters melaporkan, namun suntikan ketiga boleh memberi kesan rangsangan yang kuat, menurut satu kajian makmal.

Penyelidik China melaporkan dapatan itu daripada kajian ke atas sampel-sampel darah orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dengan 59 tahun dalam satu kertas yang diterbitkan baru-baru ini.

Bagi peserta yang menerima dua dos, dengan jarak dua atau empat minggu antara kedua-duanya, masing-masing hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 peratus dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua, menurut kertas kajian tersebut.

Bacaan tersebut berdasarkan data daripada dua kohort yang melibatkan lebih 50 peserta, sementara kajian itu memberikan dos ketiga kepada seramai 540 peserta.

Apabila peserta dalam beberapa kohort diberi dos ketiga, kira-kira enam bulan selepas suntikan kedua, sekali gus mempertahankan paras antibodi selepas lagi 28 hari meningkat tiga hingga lima kali ganda berbanding paras yang dilihat empat minggu selepas dos kedua, menurut kajian tersebut.

Kajian tersebut dijalankan pengkaji pihak berkuasa kawalan penyakit di wilayah Jiangsu, Sinovac dan institusi-institusi China lain.

Pengkaji mengingatkan kajian itu tidak menguji kesan antibodi terhadap varian yang lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk menilai tempoh antibodi selepas suntikan ketiga.

Beza Dengan Pfizer ?

Terbaharu, pertikaian vaksin “sinovac” untuk rakyat kelas “bawahan”, Pfizer untuk VVIP.

Kami sebenarnya suka perkembangan perbualan hangat tentang vaksin oleh rakyat ketika ini. Kenapa kami suka? Ini tandanya rakyat sudah mula menerima vaksin cuma lebih cakna tentang apa yang sepatutnya masuk ke dalam badan.

Sebenarnya untuk mengatakan ada dua darjat vaksin, ianya tidak betul sama sekali. Kami suka menjawab pertikaian ini dalam bentuk analogi. Kita gunakan Tesla dan Bentley sebagai contoh.

Tesla adalah kereta elektrik, Bentley pula adalah kereta yang menggunakan petrol. Kedua-duanya mempunyai agenda yang sama. Iaitu selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.

Malah untuk katakan sinovac itu produk murahan juga salah. Sebab mengikut infografik yang viral sekarang ini, kosnya lebih sedikit mahal berbanding pfizer.

Dan kita semua sedia maklum, pembelian vaksin akan menerusi pharmaniaga secara pukal, dan akan dipakejkan di dalam negara. Pastinya kos akan jadi lebih murah.

Namun yang lebih penting, terdapat 4 lagi vaksin yang sedang berusaha untuk mendapat kelulusan NPRA. Percayakan NPRA KKM. Prosesnya sukar. Bukan mudah untuk bawa vaksin dan digunakan di dalam negara. Merekalah pelindung kita daripada bahaya ubat-ubatan.

Fakta Tentang Vaksin ?

Terdapat ramai yang meragui untuk mengambil Vaksin Covid19 kerana pihak KKM telah menyatakan walaupun telah mengambil vaksin namun masih perlu memakai mask (topeng muka) & melaksanakan norma baru (penjarakan sosial).

Oleh sebab itu ramai yang meragui vaksin Covid19 dan terus membuat keputusan tidak mahu mengambil vaksin Covid19.

Saya akan mengulas sedikit kenapa kita maseh perlu mengamalkan pemakaian mask (topeng muka) & norma baru.

1.Vaksin Covid19 hanya berkesan sekitar 90 – 95% (Pfizer). Vaccine Sinovac dari China hanya berkesan 50 – 90%. Maknanya akan ada sekumpulan orang yang tidak mendapat immuniti selepas dicucuk vaksin.
Mungkin seorang penerima vaksin bagi setiap 10 ke 20 penerima tidak mempunyai immuniti covid19.

2.Vaksin tidak memberikan perlindungan immuniti secara serta merta. Vaksin covid19 akan diberikan dalam 2 dos selang masa 1 bulan. Selepas menerima dos yang kedua, badan manusian memerlukan masa dalam tempoh 4 ke 6 minggu untuk menghasilkan antibodi & immuniti untuk melawan virus Covid19.
Dalam tempoh masa itu badan kita terdedah kepada jangkitan sekiranya kita terdedah kepada pesakit / pembawa virus Covid19.

3.Lazimnya immuniti kelompok (herd immunity) akan tercapai sekiranya 80-90% populasi orang awam mempunya immuniti terhadap sejenis jangkitan.
Immuniti kelompok (herd immunity) berlaku apabila cukup banyak populasi yang terdedah kepada virus, biasanya melalui vaksinasi, dan membataskan kemampuan virus untuk menyebar. Peratusan populasi yang memerlukan imunisasi untuk mencapai immuniti kelompok (herd immunity) berbeza mengikut penyakit. Sebagai contoh penyakit Measles, 95% penduduk perlu diberi untuk mencegah penyebaran virus tersebut. Namun dalam konteks virus Covid19 tiada siapa yang tahu berapa peratus kah populasi orang awam yang perlu mempunyai immuniti supaya populasi tersebut mempunyai immuniti kelompok (herd immunity).

4.Tempoh perlindungan vaksin covid19 masih belum diketahui. Adakah vaksin covid19 memberi perlindungan immuniti seumur hidup atau selama lama nya masih belum diketahui kerana virus covid19 baru sahaja muncul 1 tahun yang lalu.
Sebagai contoh vaksin influenza (flu) perlu dicucuk setiap 1 tahun kerana mutasi varians virus tersebut.

5.Adakah vaksin covid19 mencegah penyakit covid19 dan mencegah penyebaran virus covid19 masih belum diketahu penyelidik lagi. Terdapat kemungkinan penerima vaksin covid19 tersebut akan mendapat penyakit covid19 yang ringan atau tiada simptom namun mereka boleh menyebarkan virus covid19 kepada orang lain.

6.Virus covid19 boleh bermutasi. Makin lama & makin banyak pesakit yang dijangkiti oleh virus Covid19, semakin banyaklah mutasi virus tersebut boleh berlaku. Jenis – jenis mutasi yang berlaku mungkin akan menyebabkan vaksin tidak berkesan.
Contohnya kuman – kuman kebal (Multi resistant organism / MRO) seperti kuman Staph aerius yang dahulu nya boleh di bunuh dengan antibiotik penicillin sahaja namum mutasi Staph aerius (MRSA – Metticillin Resistant Staph aerius) membuatkan kuman tersebut kebal & tidak dapat dibunuh.

7.Semasa ujian klinikal, penyelidik tidak tahu adakah manusia uji kaji penerima vaksin covid19 memakai mask (topeng muka) atau tidak. Jadi adakah penerima vaksin covid19 tersebut tidak mendapat penyakit covid19 kerana vaksin atau kerana memakai mask (topeng muka) tidaklah diketahui.

8.Semasa peringkat uji kaji, penyelidik hanya membuat kajian terhadap orang awam yang sihat & orang yang mempunyai penyakit – penyakit kronik (jantung / buah pinggang / hati dan lain2) yang stabil sahaja. Di negara kita terdapat ramai pesakit pesakit kronik (jantung / buah pinggang / hati dan lain2) yang tidak stabil. Bagaimana pesakit pesakit ini
akan bertindak balas dengan vaksin covid19 tidaklah diketahui umum lagi.

9.Vaksinasi covid19 di malaysia hanya diberikan untuk orang awam berumur 18 tahun ke atas. Maka orang awam yang berumur 18 tahun ke bawah tidak mempunyai immuniti kekebalan covid19.

10.Pasti akan terdapat pendatang haram / tanpa izin yang bersembunyi dari pihak berkuasa kerana takut ditangkap. Sudah pasti mereka ini susah menerima vaksin dan tiada immuniti covid19.

11. Bekas pesakit covid19 didapati tahap antibodi terhadap virus covid19 menurun secara mendadak selepas 3 bulan. Adakah selepas 3 bulan mereka mempunyai antibodi memory cells (sel ingatan) dan boleh mendapat semula jangkitan virus covid19 tidaklah diketahui lagi.

12. Terdapat golongan anti vaksin yang menolak vaksin covid19. Maka sudah pasti mereka juga tidak ada immuniti kekebalan terhadap virus covid19. Ada risiko untuk virus tersebut merebak dalam kumpulan mereka. Lebih dasyat lagi jika virus tersebut bermutasi secara lebih merbahaya dan melompat kepada orang lain.

Maka atas sebab-sebab ini disarankan selepas mengambil vaksin covid19

⭐pakai mask (topeng muka)
⭐sentiasa basuh tangan
⭐amalkan penjarakan sosial
⭐stay at home

☆☆☆Disclaimer : saya bukan Pakar Vaksin, saya cuma Pakar Bius & Rawatan Rapi

#vaksin
#copypaste

Kenapa Tak Boleh Pilih ?

“Kenapa tidak boleh memilih vaksin? saya berhak untuk memilih. Kenapa halang hak kami?”

Ya. Kami faham mengapa anda kata sedemikian. Sebab semua inginkan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Buat masa ini terdapat 1 jenis vaksin di Malaysia. Namun ianya tidak cukup. Kita juga membeli vaksin daripada syarikat lain agar program vaksinasi kita dapat berjalan dengan lancar dan pantas.

1 vaksin yang telah diluluskan, dan ada 4 lagi vaksin yang sedang dikaji oleh NPRA untuk kelulusan. Oleh sebab itu, semua rakyat pada fasa permulaan ini akan dapat vaksin jenis yang sama.

Namun, bagaimana pula jika vaksin lain diluluskan oleh NPRA? Pastinya ramai yang mohon untuk dapatkan brand tertentu.

Logistik merupakan kekangan utama yang dihadapi jika pemilihan vaksin dibenarkan. Cuba bayangkan jika seorang dalam keluarga memilih vaksin jenis pfizer, seorang lagi memilih jenis vaksin sinovac, dan yang lain memilih astrazeneca. Pastinya pening anggota front liner kita.

Polis pening nak escort vaksin Pfizer dari Hosp A, vaksin Russia di Hospital B, vaksin China di Hospital C.

Jururawat pening nak ambil stok vaksin. Vaksin diambil pula hanya diperlukan satu dos sahaja untuk kampung pisang. Baki dos tidak digunakan sehingga luput dan jadi pembaziran.

Dan stok vaksin yang sampai di lapangan terbang adalah tidak dijangka. Ianya mungkin seminggu sekali, dua minggu sekali. Berbeza-beza mengikut syarikat.

Dan kita sangat-sangat memerlukan vaksin dan perlu diberikan kepada 70% penduduk di Malaysia secepat mungkin. Sebab kita sudah ketinggalan dengan negara lain dan perlu membuka sektor ekonomi secepat mungkin.

NPRA adalah agensi kawalan ubat paling ketat di dunia. Badan ini mengawal ketat semua produk perubatan termasuklah produk-produk supplement seperti timbang kilo dan kosmetik. Jika akan datang, kelulusan diberikan kepada vaksin tertentu, percayalah, ianya selamat dan berkesan untuk pandemik ini.

1 Comment

Leave a Reply