Emergency Czer

Emergency Czer

Emergency Czer ? Ni la epidural/bius spinal, x berpeluang tengok mase dibius, jarum dia mmg panjang.1st time, masa doc dh pecahkan ketuban n menjerit EMERGENCY CZER.. Semua nurse n doc yg ada kt situ menggelabah amik tu amik ni tukar tu tukar ni. Kita ni yg tgh menahan contraction hnya mampu ngalir air mata sambil doc terangkan psl operation, tumpah darah dan sebagainya.

Dalam OT, sblum cucuk doc trgkan lagi, bius separuh badan, kemungkinan rasa loya sbb perut ditekan tekan. Dia bg bantal dan suruh kita peluk bantal sambil duduk. Terbeliak sekejap biji mata tahan sakit.

Kalau org tnya sakit x operate, tk sakit.

Hanya ngilu2 bila diorang belah perut, tekan2 nak kuarkan baby.. mmg separa sedar, tp gagahkan diri utk celik sbb nk dgr sgt tangisan baby..
Soalan perlu ditukar, sakit x lepas operate? 6 jam lps operste tank pundi kencing dibuang n nurse akan suruh kita bangun ke toilet sendiri. Time ni la baru rasa perut mcm ditoreh toreh… ngalir air mata nak bangun..

Kesan epidural/bius spinal ni blh rasa serta merta dan kekal sepanjang hayat. Ketika membongkok, menyusu, berdiri lama, duduk lama, kadang baring kalau postur tak btul pun blh sakit blkg.
Bkn nak menakutkan, hakikat pengalaman bersalin czer..mak pun prnh czer, katanya setahun masih rasa kesan kne toreh kt perut, tp sakit blkg mmg kekal rasa sampai skrg kata mak..

Pengorbanan seorang ibu dan isteri:)

Assalamualaikum ..IBU2 SEMUA.. Sy pernah share pasal scan posisi bby & minum air gula yg beli dekat famasi sebelum ni..
Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak kedua dgn emergency czer jgk..si abg pon emergency czer jgk so bermakna 2x dh czer sy ni..kenapa emergency czer sbb sy tetiba sakit perut nk bersalin usia kandungan masa tu 34weeks cukup tapiiii bby duduk melintang doctor cuba nk pusing tidak berjaya..

Disini sy ingin share pengalaman sy sendiri bersalin tanpa org jaga kita masa dlm wad selepas bersalin(maksudnya cth mak @adik beradik @ suami ) xkira lah bersalin czer @ bersalin normal… lepas czer mmg 6jam baru kita akn rasa sakit, tnpa penjaga mmg koyak emosi nk mengadu sakit nk telan ubt panadol nk mtk nurse tlg ankt..fuhh mencabar..tp ank xda dgn sy sbb sy lahir x cukup bulan ank ddk nicu..wlupm 2kali czer yg kedua ni mencabar sbb lepas bersalin kita penat sakit lg..mmg amat perlukan seseorg di sisi kita..tp ternyata keadaan musim cobik ni kena la kita sorg2 dlm wad urus anak..nk bgn pn sakit dgn ank menagis lg.. emosi kita time ni mmg kene kuat..tu belum masuk bab anak kuning lg,kene ulang alik klinik.. emosi kita masa bersalin n berpantang ni kene betul2 kuat.. so utk mom to be kene kuat emosi ye dgn musim cobik ni..biasa kalau bersalin normal ddk hospital 24jam sahaja.. kalau bersalin czer 3/4 hari…

Ni lh boboi kuasa 2 sy.. lg 1 kali lg blh mengandung tp enth bila laa sbb peritt .. dua org ank lahir 8bulan.. doktor ckp mungkin yg ke3 x cukup bulan jgk..

2bulan lebih usia sekarang..

Ingt ye ibu2 emosi kene kuat..maaf sekiranya ayat sy berterabur…

Assalamualaikum, pagi korang .

Ramai tak kawan kawan cikzan dalam ni yang bersalin czer ?

Macam cikzan sendiri 2 kali czer, first tu emergency czer sebab masuk ubat pun tak bukak jalannya.

Yang kedua memang kena czer sebab masa checkup 36week tu doktor kata baby 3.8kg dan cikzan pulak ada GDM waktu tu.

Kita sebagai ibu ni redha je lah kan demi anak anak. Czer pun czer lah.

Cumanya lepas czer anak ketiga ni, cikzan perasan selalu sakit pinggang.

Kalau nak buat keja keja rumah yang ko kena duduk bangun duduk bangun tu, haaa…pastu memang mendapat la sakit ya amat pinggang tempat bius tu.

Tapi, alhhmdulillah lah, sekarang dah tak rasa dah sakit pinggang camtu sejak cikzan consume Redianze Platinum ni.

Biiznillah. Syukur Allah izinkan.

Nak buat keja rumah, mengemas pun seronok ja keluar peluh. Exercise orang dok rumah camtu lah.

Redianze Platinum ini kalau korang ada sakit lutut , sakit sendi, slipped disc, sakit tumit, gastrik & GERD memang korang patut try minum.

Nak istiqomah pun senang.
Bancuh je 1 sachet dengan 200ml air sejuk atau air suhu bilik. Kacau atau shake pastu minum.

Rasa peach, bagi cikzan memang sedap. Kalau boleh nak minum lebih lagi.

Cikzan ambil sebelum sarapan atau sebelum tidur malam.

Bukan sakit pinggang je hilang. Skin pun bertambah hellok sejak consume Redianze ni.

Yang penting , sekarang nak buat keja rumah cikzan onz je, kalau tak dulu selalu kata kat husband, abang tolong sambung mop, sakit sangat lah pinggang ni.

Haa..
Korang pun ada masalah sama ke?

Meh, pm tepi.

*Kenangan Sepanjang Adik 6bulan Sejak Lahir pakai tiub CBD*

Dearest Azzamikayla,
Awak memang anak yg special untuk ummi abi. Awak bertarung nyawa lps lahir dlm NICU (20hari) + Warded (5hari) . Ummi ingat lg, susah payah ummi lahirkan awak dgn komplikasi bleeding hampir 2Liter darah hilang & masuk GICU 2mlm. Pukul 6pg ummi lahirkan awak & pukul 8mlm baru ummi jaga dari ubat bius. Benda yg paling ummi takut beranak secara czer and yes, dokter decide emergency czer. Dlm hati ummi tkpernah terlintas berana secara czer . HariĀ² ummi doa tknak beranak czer. Tp apakan Daya takdir Allah SWT yg menetukan segalanya. Masuk ja bilik OT ummi doa bg anak ummi keluar sihat , hidup & ummi snggop jaga awak walaupun ummi tahu awak sakit. Pakar maternal bgtau adik tkleh survive bila kluaq tp Allah SWT berkehendak lain Allah SWT selamatkan awak. Syukur Alhamdulillah

Pada harini 13/7/2022, penyeksaan awak dh berakhir, awak dh bebas dari tiub CBD awak. Ummi doakan awak sihat & teruskan kuat semangat awak lawan penyakit awak smpai awak besar. Ummi Love you SayangKu Azzamikayla

Kepada semua sahabat fb, terima kasih kerana sudi mendoakan kesejahteraan hidup anakanda saya. Semoga doa kalian semua berbalik Dan teruskan mendoakan anakanda saya sihat smpai besar & kuat lawan penyakit dia

**Ummi lepas ni lg kena alert sebb awak hanya hidup satu buah pinggang (belah Kiri)**
**Dokter pesan adik tkleh makan sembarangan jgn terlalu Manis & jangan terlalu masin**

#KISAHBENAR

Jika anda ada rancangan nk bersalin czer lebih dari 3 kali, baca ni:

Tiba2 terasa nak kongsi pengalaman czer kali ke-4 yg pernah sis lalui.

Tahukah anda, selepas 2x czer, kali ketiga confirm czer sebab memang tidak boleh bersalin normal lagi. Ya, sis pn baru tahu semasa pregnant kali ketiga. Puas jmpa pakar di hospital swasta nk cuba bersalin normal tp jawapannya “NO”
Dan komplikasi sis juga bermula semasa 3rd pregnancy walaupun jarak dgn czer kedua sudah 7 tahun. Setiap kali pregnant sis mmg akn dpt tekanan darah tinggi sbb tu semuanya emergency czer.

3rd czer:
Yg ketiga ni contraction start seawal 28 minggu. Kluar masuk hospital & akhirnya pd usia kandungan 34 minggu terpaksa emergency czer walaupun bb tk ckup matang lg. Ketika ini pakar sudah nasihatkan sis utk terus ‘ikat’ & terangkan risiko yg bakal dihadapi. Bkn satu dua pakar yg dtg, ramai.. tp sis berdegil sebab suami pernah beritahu nak lg zuriat. Masih nk cuba utk baby boy. Ya DEGIL! Itulah perkataannya. Alhamdulillah baby selamat tp msuk NICU sbb pra matang & ada masalah pernafasan.
.
4th czer:
Masa berlalu pergi & selepas 5 tahun sis mengandung lg. Masa ni dh pindah blk kpg. Ketika buat buku pink dh kena jerit dgn cik nurse sbb dh 3 kali czer atau medical term (3 previous scar). Sis dirujuk kpd pakar. Lg sekali kena jerit dgn doctor bila tgk buku pink “hah, 3 prev scar, you nk ambik risiko lg? You tau tak risiko rahim boleh pecah, boleh bleeding masa bersalin? Lagi pulak you ni ada darah tinggi BAHAYA! You boleh mati tau tak?” Huhu.. Ya ni semua sebab kedegilan sendiri..

Nak jd cerita masuk je 20 minggu sis dh mula rasa perit kt tempat czer. Terasa perut cekang rasa mcm nk meletop pn ada. Nk jalan pun sakit. Sis follow up di 2 tempat, di hospital swasta & klinik kesihatan. Saja standby kot terberanak kt mana2.. Masa ni jugak kena kencing manis sampai kena cucuk insulin Allahu.. Ketika ni sis dh berada di dalam pantauan rapi pakar. Keluar masuk hospital usah di kenang. Dh mcm rumah kedua. Pakar di hospital kerajaan awal2 dh bgtau kemungkinan akn kena transfer ke hospital besar daerah yg lain andai bayi lahir tk cukup bulan. Ok dh mula seram..

Tipu kalau kata sis tak takut. Sis minta pendapat gynae sis di hospital swasta (gynae sejak 1st pregnancy dulu) katanya hospital swasta tersebut tiada kelengkapan utk bb pramatang & hospital daerah juga mungkin tak mampu kendalikan bb yg terlalu kecil. Sis mnta jasa baik doktor tersebut utk tulis surat rujukan ke hospital yg mampu kendalikan kes sis termasuk bb pramatang. Sis dirujuk ke sebuah hospital di ibukota. Maka bermula lah follow up ulang alik dr Perak ke KL.
Pada usia kandungan 32 minggu contraction makin kerap. Pegi chk up di hospital swasta doctor confirm real contractions & suruh bertolak ke KL pd masa itu juga. Sampai KL terus kena admit blood pressure tinggi & tak turun2. Esok tu pagi2 doctor decide emergency czer kerana bimbang keadaan sis (takut rahim pecah) & nk selamatkan bb. Operation dijalankan selepas bekalan darah dari bank darah negara tiba. Operation yg sgt high risk. Semua dh standby for the worst

Masa dlm OT masa nk bius dh mula ada masalah. Epidural tak jln & terpaksa buat mcm2. Sejam berlalu & ketika itu terdengar pakar bius berkata “patut bb dh keluar ni”. Terdengar juga mereka berbincang utk bius full & intubate. Sis dh rasa mungkin akn habis nyawa di sini saja.. Alhamdulillah pembedahan akhirnya berjaya walaupun berlaku tumpah darah dan masuk 4 bag darah & sis juga “diikat” terus. Baby masuk NICU sbb pramatang & gula rendah sbb sis cucuk insulin masa pregnant. Ya Allah, syukur sgt dua2 selamat..

Tapi.. penderitaan sis tak berakhir di situ.. sejak lps czer ke-4, setiap kali dtg bulan sakitnya berguling2.. Doctor suspect organ dalaman sis melekat akibat 4x czer & 1x operation apendiks (masa remaja). Total dh 5x operate & organ dalaman di usik. Di tambah pula setiap kali sis operate sis makan pati gamat & haruan yg menjadi punca organ dalaman melekat sesama sendiri.
Jangkaan doctor betul. Ct scan abdomen mengesahkan terdapat 3 kawasan organ melekat. Usus melekat di dinding perut, rahim melekat dgn pundi kencing.. Ketika pakar menerangkan risiko semasa & selepas operation, sis dh mcm nk pengsan.. Antaranya berkemungkinan akan kekal menggunakan bag najis dll.. Huhu..
Perkara pertama yg sis cari sebaik sedar dari operation ialah, ada tak bag najis tergantung. Alhamdulillah takde. Seminggu sis ditahan di hospital sebelum dibenarkan pulang dgn bil hospital berjumlah RM26k.

Pesan sis pada yg nk czer lebih 3 kali, fikirlah balik. Cuba tgk muka ank2 yg ada tu. Apa jd pada mereka andaikata mereka kehilangan ibu? Berbaloikah kita ambil risiko hanya kerana nk jd isteri yg baik? Dlm kes sis, jodoh tk panjang.. Kami berpisah ketika ank bongsu berusia 2 tahun. Syukur Allah panjangkan umur sis utk jaga semua anak sis harini. Setiap kali pandang wajah ank yg ke-4 sis terfikir, apalah nasib dia andai kata nyawa ku diambil ketika lahirkan dia?

Pada suami2 janganlah paksa isteri mengandung lg jika doctor dh nasihatkan utk ikat peranakan. Jgn jdkan ank2 anda anak yatim. Memang ajal di tangan tuhan, tp ajal jgn dicari.. Sis yg czer jarak jauh2 pn hampir hilang nyawa apatah lg yg bersalin czer selang stahun dua tu..

Sumber : Erna Jamil

Leave a Reply

%d bloggers like this: