Fakta Menarik Tentang Tembikai

sliced watermelon
Photo by freestocks.org on Pexels.com

Fakta Menarik Tentang Tembikai. Dulu masa umur 7 tahun pernah sekali masuk ambulan. Sebab makan tembikai sebiji tak ingat orang. Semput terus

Lepas tu terus takut nak makan tembikai

Lepas dah besar sikit, baru makan balik. Antara buah yang banyak jual dan senang dapat sepanjang tahun. Jom kenal-kenal dengan tembikai.1 cawan tembikai potong ada 46 kalori sahaja. Banding dengan buah lain, ia antara yang rendah kalori. Boleh amal selalu.

Isi tembikai ada 92% air. Memang sangat bagus untuk hidrasi badan. Cukup air buat metabolisme dan organ badan sihat.Kandungan elektrolit seperti potassium dan magnesium pula kurangkan kekejangan otot dan strok haba.

Tembikai kaya dengan lycopene. Lycopene ni antara antioksida yang kuat. Kuat sampai kajian kaitkan dengan pengurangan risiko kanser.Berdasarkan kajian di Purdue University, lycopene bantu kurangkan tekanan darah dan risiko sakit jantung.

Tembikai juga tinggi dengan vitamin C dan Vitamin A. Vitamin yang bantu tingkatkan imun sistem badan. Bantu hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.Vitamin C juga baik untuk penghasilan kolagen yang baru. Awet muda gitu.

Yang menarik tentang tembikai lagi ialah ia ada citrulline. Ia bantu pengaliran darah badan. Untuk lelaki, boleh tingkatkan kesihatan batin.Bila pengaliran darah tak bagus pula boleh sebabkan jari tangan dan kaki selalu kebas.

Tak lupa juga, kandungan serat dalam tembikai juga tinggi. Yang ada masalah sembelit memang bagus. Amalkan hari-hari boleh bantu lancarkan penghadaman.Serat dan air yang banyak, kombinasi untuk kenyang lama.

Cari sebiji letak kat rumah. Boleh potong dan makan terus, boleh buat jus dan sedap juga buat aiskrim. Kita usahakan 2 hidangan buah sehari ya. Ada peminat fakta menarik tentang tembikai tak?

fakta menarik tentang tembikai

Fakta Menarik Tentang tembikai hentikan 95% Pertumbuhan Kanser Payudara dalam Vitro

Tembikai adalah sumber yang kaya dengan antioksidan yang kuat yang dikenal sebagai cucurbitacin E. Dalam kajian ini, cucurbitacin E ditunjukkan untuk memperlambat pertumbuhan sel kanser payudara manusia hingga 95% dan meningkatkan kadar kematian sel diprogram oleh 1800% menakjubkan.

Dalam kajian makmal yang lain, ia telah diperhatikan untuk memperlambat pertumbuhan ovari, kolon, paru-paru, mulut, pankreas dan kanser pundi kencing, serta glioma (kanser otak). Tetapi boleh tembikai mengurangkan risiko kanser pada orang? Sejumlah kajian mengejutkan menunjukkan ia berlaku.

Satu kajian dari China menunjukkan bahawa wanita yang memakan 40 gram harian tembikai, cantaloupe atau pepaya mempunyai risiko kanser payudara sebanyak 38% (cantaloupe juga merupakan sumber yang kaya dengan cucurbitacin E).

Bagi kanser prostat, lelaki yang makan 82 gram setiap hari (di Australia) mempunyai risiko penurunan 74% yang luar biasa! Dan di China, lelaki mempunyai 35% risiko kanser paru-paru jika mereka makan 163 gram setiap hari dari tembikai yang menakjubkan ini.

Apabila musim panas tembikai tidak di musim, anda masih boleh mendapatkan banyak curcubitacin E dalam labu, skuasy musim sejuk, dan timun-yang merupakan makanan super anti kanser dalam hak mereka sendiri.

Tembikai adalah istimewa, walaupun, kerana ia juga merupakan sumber lycopene yang sangat baik, nutrien yang tidak hanya mengurangkan risiko kanser tetapi juga melindungi kulit kita dari kerosakan UV dari matahari musim panas.

Buah-Buahan Bina Badan

Lagi cerita nak bina badan. Macam biasa, tajuk di atas tentu sekali datang dari pencarian keyword nuffnang yang masuk ke blog gua hari ini. Apakah maksud di sebaliknya ye ?

Ye tentu sekali takda maksud, dia ni mungkin nak tulis blog juga pasal benda ni, tapi tetiba orang tu masuk ke blog abang yang macho ni. Jadi abang macho pun bertambah idea nak tulis cerita kartun tentang buah-buahan.

Oklah, kalau korang betul betul nak tahu cerita buah untuk mamat body ketul-ketul, jom kita sambung baca cerita di bawah, so senang ceritalah, aku refer kat sini. Website orang putih, ada sekali boleh cuci mata sikit , tapi pakai kosmetik palsu.

Mukadimah Sikit

Buah-buahan ni memang bagus, kalau makan buah orang kata badan sihat dan cergas, banyak vitamin C. Macam bapak aku, rilek je, selalu makan buah, dan tanam sendiri buah mangga kat rumah, sekali musim buah, banyak gile, kenduri le kitorang makan. Lepas tu dia rajin pulak buat jus.

Macam -macamlah jus ada. Kalau lu orang rajin, boleh tengok video dia buat jus kiwi, sedap woo. Kalau ikut itu link gua kasi, mamat orang putih yang power tu kata, bebudak bina badan, tak bagus sangat ambil buah, sebab kandungan gula tinggi boleh menjejaskan otot-otot badan mereka.

Tapi itu bukan bermaksud tak makan buah langsung, apapun tentu ada buah yang bagus, dan yang paling penting kepentingan dan cara makan yang sesuai.

Pisang

Pisang memang antara yang power dalam karbohidrat. Kalau korang makan masa sarapan, boleh membantu meningkatkan paras glycogen dan mengurangkan otot otot yang lemah. Tak pun lepas korang workout, boleh buat protein campur pisang, sedap wo, kasi maintain tenaga otot kurang masa dah hilang buat senaman angkat berat. Apapun itu pisang memang kaya dengan potasium, membantu dalam penguncupan otot.

Blueberri

Yang ni cara penyimpanan dia pelik sikit, bak kata penyelidik Universiti Cornell, Blueberi ni memang kaya dengan antioksidan. So blueberri yang frozen, kasi beku, memang antioksidan yang bagus, boleh blend sekali dengan protein shake, oat, atau makan sekali dengan yogurt. Sedap sedap !!!

Kiwi

Mahu cakap 10 orang kata itu orange banyak bagus vitamin C, tapi kalau Arizona University cakap, kiwi lagi banyak bagus, Vitamin C dia lagi tinggi. Kalau ambil vitamin C, penting untuk antioksidan, lagi lagi kalau mahu bakar lemak. Apa sebab kena ada vitamin C ? Kurang vitamin C masa senaman boleh kurangkan pembakaran lemak, sebab vitamin C penting untuk sintesis Carnitine, molekul yang membantu untuk proses oksida asid lemak.

Avocado

Avocado ni beza sikit dengan buah-buahan yang lain, kali ini, avocado tinggi dengan khasiat fiber, memang penting pun. Selalu orang nak sihat, nak kurangkan lemak, mau ambil ini fiber, bagus. Fiber bagus untuk kurangkan paras gula dalam darah, lagi itu bagus untuk jantung juga. Kalau lu nak lagi best, ganti salad dengan avocado masa makan nasi ayam.

Epal

OKlah, yang ni agak pening sikit nak paham kalau tengok website dia, biasalah tulisan orang putih. Tapi korang pun tahu banyak produk berasaskan epal di luar sana, yang claim boleh kurus punya. Itulah manfaat epal, yang mengandungi Asid Ursolic untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu meningkatkan jisim tulang kita. So bagus ambil sebelum nak buat senaman !!!

Tembikai

Hoo, tembikai merah buat jus memang sedap kan ? Apa kaitan kaler merah dengan buah tembikai ? Hoo, best ni, rupanya sumber kepada citruline dan asid amino untuk membentuk Nitric Oxide (NO). Bebudak bina badan ni perlukan NO ni, sebabnya ianya membantu pengaliran darah ke otot, dan bagus untuk recover zat zat yang hilang . Ada juga penyelidik berkata Citruline bagus untuk memperbaiki saluran darah .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply