Garam Penyebab Darah Tinggi ?

Garam Penyebab Darah Tinggi ?

MITOS VS FAKTA DARAH TINGGI

Mitos: Garam menyebabkan darah tinggi kerana kandungan garam tinggi dalam darah menyebabkan air dalam badan disimpan, dan seterusnya menjadikan tekanan darah tinggi.

Fakta: Pengambilan makanan/minuman tinggi bahan bergula (fruktosa) dan refined carb (tepung gandum/nasi/roti/segala bijirin yang telah diproses) dengan kerap dan kronik menaikkan tahap Insulin dalam darah setiap hari. Amaun Insulin yang tinggi menyebabkan penyerapan semula Sodium (garam) di tubular buah pinggang, dan tahap Sodium yang tinggi menyebabkan water retention, meninggikan pressure salur darah, dan akhirnya tekanan darah tinggi berlaku.

Gula pasir juga menyumbang faktor paling umum kepada masalah tekanan darah tinggi ini dengan signifikan kerana komposisi rantaian karbohidratnya (50% fruktosa) tidak terkandung Fiber, dan ini menjadikan penyerapannya tidak dijadikan tenaga. Sebaliknya:

1. 100% fruktosa akan diserap terus ke hati untuk diceraikan menjadi Aldehyde yang merosakkan hati dan menjadikan keadaan Fatty Liver

2. Sebahagian fruktosa akan ditukar menjadi Lemak Bebas (Free Triglyceride) yang berenang dalam salur darah anda tanpa transport dan berpotensi menjadi bahan yang menyumbat arteri jantung,

3. Dan juga sebahagian besar fruktosa ini akan ditukar kepada Asid Urik berlebihan yang akan menghalang signal Nitric Oxide. Nitric Oxide diperlukan oleh salur darah untuk menjadi elastik, mengembang dan menguncup, menganjalkan salur darah. Tanpa Nitric Oxide, ia akan jadi keras, brittle (rapuh) dan kenyal kematu. Maka inilah yang menyebabkan tiada fleksibiliti pada salur darah anda, dan mengakibatkan Tekanan Darah Tinggi.

Tidak perlu disangkal lagi bahawa ia adalah satu masalah yang berantai rantai. Gula dan refined carbs menyebabkan Insulin Tinggi, seterusnya menyebabkan Sodium Retention, dan pelbagai masalah di hati. Akhirnya anda akan jadi kembang semangkuk, kaki bengkak, paru paru berair, kegagalan jantung secara Congestive (Congestive Cardiac Failure) kerana pressure salur darah yang tinggi melampau.

ANDA SELALU SALAHKAN GARAM. LAHANAT YANG SEBENAR IALAH GULA DAN REFINED CARBOHYDRATES.

Leave a Reply

%d bloggers like this: