Gerakan Anti Nutrient ?

Gerakan Anti Nutrient ?

Anti nutrient.

Saya sebenarnya baru tahu ada gerakan antinutrient. Ini pun sebab dietitian manis Farahanani yang cakap.

Saya pernah cerita tentang sebatian kimia semulajadi. Ada dua jenis, ada jenis primer dan ada jenis sekunder.

Jenis primer ini sama dalam kebanyakan pokok. Jenis sekunder yang berbeza.

Contoh sebatian kimia sekunder adalah glucosinolates dalam sayur-sayuran keluarga Brassica misalannya sawi, kobis, Brussel sprout, kailan, bunga kobis dan brokoli.

Glucosinolates ini mempunyai kebaikan mengurangkan risiko kanser. Tetapi dalam masa yang sama dia boleh mengurangkan penyerapan iodin dari sumber makanan.

Contoh yang kedua adalah gallotannin. Gallotannin ni banyak dalam teh, kopi kekacang legume dan juga dalam manjakani.

Pengambilan tinggi sumber makanan yang kaya dengan gallotannin mengurangkan penyerapan zat besi yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

Saya paling seriau bila ada orang dalam pantang makan manjakani dengan nasi saja. Padahal masa ini anda perlukan zat besi yang banyak untuk menggantikan darah yang hilang ketika melahirkan anak.

Tetapi kopi dan teh kaya dengan asid fenolik yang bersifat antioksidan.

Contoh yang ketiga adalah saponin yang banyak dalam ulam-ulaman kita seperti peria katak dan pegaga.

Peria katak mengandungi saponin yang boleh menurunkan gula selepas makan dan ada manfaat lain. Pegaga juga bersifat antioksidan, dan banyak kajian menunjukkan manfaat makan ulam pegaga (bukan produk segera) untuk kesihatan umum.

Tetapi saponin mengurangkan penyerapan nutrien penting. Dia bukan setakat turun gula, turun sekali sumber nutrien lain.

Jadi, apakah pengajarannya?

Dengarlah nasihat dietitian bertauliah dan denganlah nasihat doktor. Doktor yang berintegriti yang merawat anda akan menasihatkan yang terbaik untuk anda tanpa kepentingan lain.

Doktor dan dietitian yang bekerja untuk kesihatan anda tahu tahap kesihatan anda dan apa yang anda perlukan.

Makanlah semuanya secara berpada-pada. Jangan obses telan atau minum herba itu ini kononnya nak merawat tetapi mendapat gejala lain pula.

Walaupun daging merah baik untuk kesihatan, pengambilan berlebihan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Malah kajian menunjukkan pengambilan sayur hijau contohnya brussel sprout bersama daging merah mengurangkan risiko usus besar.

Kalau saya sebut satu-satu sebatian kimia sekunder dalan pokok, dan apa dia boleh buat, silap-silap tak makan semua kita.

Makanlah berpada-pada dan periksalah tahap kesihatan anda apatah lagi jika ada faktor risiko dan berusia lebih 35 tahun.

Jangan mudah percaya benda pelik dekat media sosial. Tak kisahlah dia doktor atau tidak.

Saya telah menulis artikel tentang manjakani, peria katak, pegaga, daging merah, glucosinolates, teh, kopi, dan saponin dalam laman web saya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: