Germ Theory vs Terrain Theory

Germ Theory vs Terrain Theory

GERM THEORY VS TERRAIN THEORY. Dalam membincangkan perihal virus, terdapat satu isu yang saya kira paling penting yang jarang sekali dibincangkan oleh kebanyakan pihak kecuali segelintir. Ia adalah berkenaan wujudnya dua teori bertentangan berkenaan jangkitan/penyakit.

Germ Theory vs Terrain Theory

Teori pertama dipanggil Germ Theory. Ia diasaskan oleh pakar kimia Louis Pasteur (1822-1895). Menurut Germ Theory, tubuh manusia jatuh sakit akibat serangan langsung dari luaran iaitu daripada mikororganise dan patogen dari luar (virus/bakteria). Dan untuk kembali sihat, tubuh perlu membunuh dan menyingkirkan patogen-patogen tersebut.

Teori ini mengusulkan bahawa tubuh asal manusia tidak mengandungi sebarang germs/mikrob, dan oleh kerana itu manusia perlu sentiasa menyingkirkan mana-mana mikrob yang singgah masuk ke tubuh. Germ theory ini diajar secara meluas kepada para penuntut dalam bidang perubatan dan sains termasuk mikrobiologi.

Maka tidak hairanlah Pasteur diagungkan oleh mereka dalam bidang ini sebagai orang penting dalam bidang perubatan. Pasteur juga mengasaskan konsep ‘pasteurization’ yang membuktikan ‘kebenaran’ Germ Theory. Germ Theory inilah yang menjadi paksi utama perubatan moden atau alopati.

Berpegang pada prinsip Germ Theory, vaksinasi dilihat sebagai satu-satunya kaedah pencegahan yang paling berkesan kerana konsep vaksinasi sendiri adalah kaedah menangkis virus/bakteria akan datang dengan cara memperkenalkan virus/bakteria yang lemah atau mati kepada tubuh lebih awal agar tubuh mencipta memori.

Manakala untuk merawat pula, bila kita berpegang teguh pada Germ Theory, kaedah ‘pemusnahan’ virus/bakteria termasuk antibiotik, pembedahan, radiasi dan kemoterapi dianggap paling mujarab untuk merawat. Manakala konsep nutrisi sebagai pencegahan atau perawatan penyakit dianggap langsung tak berguna dan tak berasas.

Pada 1895 setelah Pasteur mati, seorang pakar sejarah bernama Gerald L. Geison meneliti dan menganalisa buku catatan Pasteur dan akhirnya menyimpulkan bahawa terdapat banyak ketidaktelusan, kepincangan dan penipuan yang disorokkan oleh Pasteur di sebalik teori beliau ini, dan kesemua kepincangan ini dibukukan dalam ‘The Private Science of Louis Pasteur’.

Satu lagi buku yang membongkar Germ Theory adalah ‘Good-bye Germ Theory’ dan menunjukkan bagaimana kepercayaan terhadap perubatan yang didakwa kononnya sebagai sains sebenarnya hanyalah doktrin dan dogma seolah ia sesuatu yang sangat agung dan langsung tidak boleh dipertikai.

Teori kedua dinamakan Terrain atau Cellular Theory yang dimulakan oleh Claude Bernard (1813-1878) dan dikembangkan oleh pakar kimia Antoine BeChamp (1816-1898). Menurut Terrain Theory, persekitaran dalaman atau terrain lah yang menentukan keadaan kesihatan tubuh seseorang. Bila tubuh berfungsi dalam keadaaan hemeostasis, dan imuniti serta system detoksifikasi berjalan lancer, akan adanya persekitaran dalaman atau terrain yang sihat dan berkualiti dan inilah yang akan menguruskan penyingkiran mikooorganisme patogenik secara semulajadi.

Tubuh kita hanya boleh jatuh sakit apabila ada ketidakseimbangan dalaman tubuh contohnya bilamana sel dan tisu dalaman tubuh sendiri berada dalam keadaan tercemar dan bertoksik, yang menyebabkan tidak mampu menghadapi ancaman luar. Ketidakseimbangan ini pula adalah kesan dari pencemaran atau toksik daripada pemakanan, pencemaran alam sekitar, gayahidup tidak sihat, pemikiran tidak sihat dsb. Teori ini tidak begitu diketengahkan kepada para penuntut universiti malah ada yang langsung tidak pernah mengetahui langsung akan kewujudannya.

Anda boleh cuba bertanya mana-mana antara mereka termasuk yang dalam bidang mikrobiologi sendiri. Sedangkan ia ada satu teori yang penting dalam sejarah perubatan walaupun ia seolah tidak diterima langsung dalam perubatan alopati. Menurut Terrain Theory, untuk sihat dari jangkitan/penyakit, sel-sel tubuh hanya perlu menyingkirkan toksik dan kembalikan fungsi sel kepada sediakala dalam keadaan seimbang dan optimum.

Ia boleh dilakukan dengan nutrisi, detoksfikasi dan menjaga dan mengekalkan keseimbangan tahap PH atau asid/alkali dalam tubuh. Seterusnya, pelopor teori ini, BeChamp, menentang kuat konsep vaksinasi dengan mengatakan gangguan paling serius boleh berlaku dengan menyuntik organisme hidup ke dalam darah.

Ringkasnya, kedua-dua teori di atas adalah sangat bertentangan dari segi konsep asas jangkitan/penyakit dan perawatan, dan pelopor kedua teori ini bersaing sesama sendiri. Pasteur 6 tahun lebih muda dan mati lebih awal pada usia 73 tahun, manakala BeChamp mati pada usia 82 tahun. Menarik dan ironinya, di akhir hayat Pasteur, beliau telah membuat pengakuan bahawa ‘The microbe (germ) is nothing, the milieu (terrain) is everything’, dengan kata lain beliau akhirnya mengakui Terrain Theory adalah lebih berasas berbanding Germ Theory beliau sendiri.

Seorang lagi pelopor Germ Theory, Rudolf Virchow menyatakan perkara sama beberapa tahun selepas itu, “Germ hanya mencari habitat aslinya iaitu tisu yang rosak, dan germ bukan punca kepada penyakit”.

Doktor, apa ke benda long covid ni?

Meh, saya nak cerita.

Sebelum tu nak kena faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.

Kategori 1: positif tapi takde gejala

Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru

Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru

Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan

Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ

Yang kita bimbang ada kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!

Kenapa dipanggil Long Covid?

Mudah cerita begini. Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.

Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.

Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!

Itulah realitinya.

Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau!

Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5.

Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.

Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.

Dr. Ahmad Samhan

VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?

Assalamualaikum. Betul ke ada berita kematian akibat virus Covid yang disebarkan melalui udara ketika beliau sedang menjemur baju dan kain. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Saya tidak pasti tentang kes yang tuan maksudkan.

Tetapi tidak benar, ketika kita sedang jemur baju atau membasuh kereta boleh dijangkiti virus akibat bawaan angin.

Setakat ini belum ada fakta yang kukuh yang sebaran virus boleh merebak dengan jauh, contoh dari satu taman ke taman yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain.

Sehingga sekarang fakta menunjukkan penyebaran berlaku apabila seorang yang positif batuk dan bersih menerbangkan virus bersama cecair hidung dan tekak sejauh 1 meter. Ia boleh berlaku lebih jauh dengan arus angin yang membawa cecair ini. Tetapi tidak sehingga beberapa meter.

Virus ini akan jatuh ke permukaan dan lantai dan tidak kekal terampai di udara. Jangka hayat virus adalah 3 jam. Jadi elok kita kerap membasuh tangan kerana mungkin permukaan yang kita sentuh terdapat virus yang masih hidup.

Bila seorang berhadapan (bersemuka) dengan pesakit positif COVID yang bersin dan batuk, maka terdapat kebarangkalian untuk dijangkiti.

Jika dia tidak memakai penutup hidung dan mulut, kebarangkalian untuk dijangkiti lebih tinggi.

Sementara jika dia memakai penutup hidung dan mulut, kebarangkalian untuk dijangkiti masih ada tetapi lebih rendah.

Ia juga bergantung pada tahap sistem daya tahan seseorang. Jika dia seorang wargatua atau pesakit kronik (metabolik seperti diabetes, hipertensi; autoimmune atau kanser) kebarangkaliannya untuk dijangkiti, dan menjadi bergejala adalah lebih tinggi.

Jadi paling selamat bagi mereka yang bersiko tinggi agar tidak berjumpa ramai orang dan tinggal di rumah.

Oleh itu sekali lagi adalah tidak benar dan tidak tepat jika terdapat berita yang ditularkan menyatakan bawa virus boleh berjangkit apabila ia berada di tempat jemuran luar rumah ataupun membasuh kereta di luar rumah.

Paling selamat tinggal di rumah, dan amalkan SOP jika keluar rumah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply