IFLK Diet

iflk diet

IFLK Diet ni apa ? Sebenarnya ianya ialah Intemittent Fasting Lazy Keto. Jom kita baca apa pendapat pakar tentang IFLK Diet nih. Banyak betul sumbernya. Saya kumpulkan mudah korang baca

Sejak seminggu ni kerap saya dapat soalan:

“Lazy keto nak makan apa?”

“Apa menu yang biasa makan?”

“Macam mana nak mula?”

“Tak buat puasa IF boleh tak?”

Ni soalan biasa, yang mana saya pun masa mula-mula dulu ada soalan yang sama. Along the way, saya banyak belajar hasil carian sendiri & sharing kawan-kawan.

Dari situ saya terus buat, step by step sampailah saya boleh konsisten. Saya bukan coach, tapi saya gembira untuk share sedikit sebanyak cara saya buat Lazy Keto + Intermittent Fasting ni.

Post mungkin panjang, tapi bacalah perlahan-lahan sambil hadamkan ya. Mudah je, insyaAllah boleh ikut.

Kalau baru nak mula IFLK, ini steps yg saya buat dulu & alhamdulillah boleh sustain:

1. Biasakan dengan IF. Mula2 cuba 12:12, kemudian up sikit 14:10, kemudian 16:8. Menu makan masih macam biasa.

– 12:12 = puasa 12 jam, eating window 12 jam

– 14:10 = puasa 14 jam, eating window 10 jam

– 16:8 = puasa 16 jam, eating window 8 jam

*Boleh minum air zero kalori sewaktu berpuasa cthnya air kosong, teh kosong, kopi kosong tanpa gula/susu/krimer

2. Lepas 2 minggu macam tu, saya masih teruskan IF, tp cut sugar dari minuman. Kuih muih kek masih makan, nasi masih makan cuma dah start pandai pilih mana yg kurang ‘mudarat’. Waktu ni juga fasa saya mengenali makanan apa yg ok dan tak ok.

3. Lepas 2 minggu, saya mula pula stop makan yg bertepung (mee, roti, kuih, kek, pasta, dessert etc) disamping teruskan IF & cut sugar. Fasa ni hanya nasi yg sy masih kekal makan, tp sy cuba kurangkan portion kepada separuh & tingkatkan protein.

4. Selepas 2 minggu, saya tinggalkan nasi (teruskan IF, cut sugar, cut carbs) & terus buat lazy keto.

Transition dr normal diet ke keto diet ni dlm masa sebulan+ gitulah, ikut penerimaan badan. Kalau cepat adapt, tak payah tunggu 2 minggu pun dah boleh masuk fasa seterusnya.

Kuncinya jangan terlalu mendadak ubah sbb kita senang nak kecundang. Enjoy je buat IFLK ni jgn stress2 nak hasil cepat. Lepas dh adapt dgn IFLK, pandai lah badan tu nak makan lemak sendiri . Lebih laju dari yg kita sangka

Btw berat permulaan sy 85kg (January 2023), lepas 3 bulan buat dah jadi 69-70kg.

Tak pernah secepat ni. Cubalah ikut steps sy buat tu.

1. IF

2. IF + cut sugar

3. IF + cut sugar + cut glutens/tepung

4. IF + cut sugar + cut carbs

Lepas tu ni soalan femes, “Nak makan apa?”.

Menu sy simple2 je yg senang sediakan. Yg penting kenyangg

1. Telur (3-5 biji sehari)

– scrambled, omelette, rebus, half-boiled, poached, ikut selera. Letak garam, cheese, blackpepper. Kadang-kadang saya jadikan telur ni sebagai wrap & makan dgn tuna, salad & ayam panggang.

2. Ayam

– goreng, bakar, sambal, rendang, masak merah, sup rempah, stim, goreng kunyit, halia, ikut sukalah. Asalkan tak letak gula & sos2 (ada gula tersembunyi)

3. Daging

– steak, grill, bakar, sup. Saya jarang makan daging sebab mahal jugak kan. Seminggu sekali gitu sy makan. Sama macam ayam, masak je la apa cara pun asalkan jangan guna gula dalam masakan.

4. Ikan

– jarang2 makan sebab kurang mengenyangkan berbanding 3 kat atas. Tapi kalau makan, saya buat goreng, sambal, bakar. Makan cicah air asam.

5. Cheese, ghee, butter & other good fat/oils

– sebagai penyedap & penambah perisa dalam menu-menu di atas.

Mana2 resepi yang memerlukan gula, dan jika perlu sangat letak gula, saya gantikan gula tu dengan pemanis alternatif. Saya guna Lakanto sebab stevia rasa dia pelik hujung-hujung.

Ambil vitamin supplements

Saya tak makan sangat sayur sbb dalam lazy keto ni sayur tak main peranan sangat. Tapi saya ambil vitamins & supplements untuk topup nutritions gap:

– multivitamins

– vitamin D3

– salmon omega

– vitamin C

– ovasitol (to boost fertility)

– CoQ10

– glutathione (antioxidants)

– concentrated minerals drop

Awal-awal saya buat 2 Meals A Day (2MAD), kemudian maintain One Meal A Day (OMAD). Lepas dah turun banyak, saya tukar-tukar 2MAD & OMAD.

Exercise? Tak pun, hanya brisk walk 2-3x seminggu kalau rajin. Kemudian saya main stepper je kat rumah untuk shaping peha & punggung. Dumbell untuk shaping lengan.

Cukuplah saya sharing ni dulu. Saya attach sekali antara menu-menu yang saya pernah buat (yang ada snap gambar). Sekarang dah malas snap gambar

Semoga membantu kawan-kawan semua untuk jadi lebih sihat . iflk diet.

Mereka melabelkan Triglyceride ‘JAHAT’ dan LDL sebagai ‘SANGAT JAHAT’.

Pokcik tidak melabel kefungsian Lipoprotein dan unsur lemak sebagai ‘Jahat’. Tetapi Pokcik ingin label mereka yang menanda keputusan ini sebagai ‘Jahil’.

Yakinlah, sekiranya kamu bertanya kepada mereka apakah itu Lipoprotein yang dinamakan LDL, mereka kebanyakan akan mengatakan itu ialah kolestrol.

  • Mereka tak tau pun bahawa ada 7 subset Lipoprotein yang berkadar Big Fluffy Very Low Dense dan Small High Dense.
  • Mereka juga tak tau apakah fungsi sebenar Lipoprotein dan kenapa anda yang buat IFLK menjadi tinggi VLDL tetapi rendah Triglycerides. Mereka taktau VLDL itu besar jasanya kepada badan kamu.
  • Mereka SANGAT TAKUT kepada kolestrol tinggi, tetapi mengabaikan Sains terbaru yang menunjukkan bahawa ratio Triglyceride lebih tinggi dari HDL lah yang membawa risiko kepada penyakit kardiovaskular. Bukan tinggi LDL.

Begitulah mereka masih mempercayai artikel Ancel Keys tahun 1978 yang sudah lapok dan basi, dan mereka tidak didedahkan dengan kegagalan study beliau (the Minnesota Coronary experiment). Sehingga associate beliau mendedahkan pada tahun 2016 bahawa beliau sangat kecewa apabila eksperimen menggantikan saturated fats dengan corn oil tidak membawa hasil yang baik dan ramai orang mati katak. Hasil kajian tidak didedahkan selama berpuluh tahun, dan dakyah diet yang mereka sebarkan telah membunuh beratus ribu orang seluruh dunia, kalau tidak berjuta pun.

WAKE UP. Sampai bilakah kamu golongan profesional harus ditipu? Nyawa orang lain di tangan kamu. iflk diet.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply