Ivermectin KKM WHO

ivermectin kkm who

Ivermectin KKM WHO adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan dan untuk merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases. Belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19.

WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.

KKM telah menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada setiap penghuni di Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor.

Petugas KKM melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu.

Mentari Court antara lokaliti di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Bekalan barang keperluan harian turut diagihkan kepada setiap rumah yang disumbangkan pelbagai pihak.

Ujian saringan ini mendapat kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan ia berjalan lancar termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Selain Mentari Court, dua lagi lokaliti di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD selama 2 minggu bermula 1 Julai hingga 14 Julai ialah Pangsapuri Westlite dan Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way.

Kredit gambar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Salimey Abu Bakar)

Betul ke PKPD kat KL dan Selangor?

Sebab kes naik balik?
Dari 5k kepada hampir 7k kes harian ke?

Hmm..saya sokmo tertanya..
Bila tengok angka harian tu…untuk apa ya? Untuk bagitau serius? Tapi betul.reliable?

Penanda ukur aras untuk PKP ni apa ya?
(Tanye je..sebab tertanya-tanya..kalau tau tolong.jawab).

Maaf kalau silap ye. Math tak bagus sangat.
Tapi apa saya nampak. Saya percaya ramai dah tau…

LAGI BANYAK SCREENING LAGI TINGGI LAH KES HARIAN.

Saya petik dari Kini-Lab bagi siapa yang tak perasan..

1) Kes harian sebelum PKP penuh ( 29Mei2021)
9020 KES daripada 126,480 SARINGAN = 7.1% positif

2) Kes harian terendah waktu PKP (21Jun2021)
4611 KES daripada 58,384 SARINGAN = 7.9% positif

Baru beberapa hari ni, saringan naik balik.

3) Semalam, kes harian ( 30jun2021)
6276 KES daripada 83,521 SARINGAN = 7.5% positif

Hari ni, result saringan belum release.. kes 6988..
Saya agak, saringan mungkin dalam 85k-95k?

Saya simpulkan balik bagi jelas:
9020 KES daripada 126,480 SARINGAN = 7.1% positif
4611 KES daripada 58,384 SARINGAN = 7.9% positif
6276 KES daripada 83,521 SARINGAN = 7.5% positif

Nampak tak pattern dia..

POSITIF KES HARIAN BERGANTUNG JUMLAH SARINGAN.

positif tetap lebih kurang 7%
kan. Mohon betulkan jika salah.

Agaknya kalau saringan kita 300,000 sehari..
kes 7% = 20,000 kes positif harian??

Saya pernah terbaca..kita buat saringan bersasar golongan risiko bukan saringan besar-besaran macam negara barat. Pakar kita ada pendapat bertentangan bab ni.

Cuma jika tengok angka di atas, tak mustahil COVID19 ni dah terlalu berleluasa. Kita harus sedar realiti..dan hidup dengan COVID19…

Seperti mana virus influenza yang kekal hingga hari ini walaupun vaksin influenza ni dah dicipta sejak 1930an..

Saya bukan nak kritik.langkah PKP, PKPD, PKPB, atau apa-apa PKPP..Cuma molek lah jika KKM dan kerajaan buka raw data COVID19..Barulah dilihat lebih telus.
KKM juga takde lah difitnah tunduk kepada kuasa politik.

Sampai bila ya nak PKP based on apa?
TAKDE CARA LAIN DAH KE?

Tunggu vaksin je? Tak buat apa-apa lain?
Ubat iv. er mct tak boleh? Suplemen tak betul?
Imun pepandai sendiri?

Saya kesian betul tengok situasi sekarang ni
Berbaloi kah…rakyat dan negara dikorbankan?
Selamatkan nyawa atau pelihara kehidupan?

Saya tanya je. Soalan dan fakta dah disaring, kalau salah mohon tunjuk ajar.

Komen mohon baik-baik ya , polis kata jangan provoke.

Stay safe, jangan lupa protect diri.kita dan keluarga. Ambil.langkah pencegahan. Di samping.itu, kuatkan imun..amalkan gaya hidup.sihat.

Saya doakan kita semua dilindungi Allah. Moga Allah hancurkan punca kerosakan dan kejahatan dari muka bumi ini.

Wallahua’lam.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Dugaan di Pusat kuarantin

Antara dugaan utama yang saya hadapi di sini adalah seperti berikut:

1) Bunyi Bising

Setiap hari akan ada pengumuman yang memanggil pesakit untuk mengambil ubat, mengambil tekanan darah, berjumpa doktor, mengambil barang yang dihantar oleh ahli keluarga, mencari barang hilang, mencari pemilik barang yang dijumpai dan sebagainya. Suara speaker sentiasa berbunyi. Memang tak sunyi terutamanya bilik paling depan dan terdapat speaker betul-betul di dalam bilik. Dapat pulak kawan sebilik yang bercakap tak berhenti dengan suara yang sangat kuat, tengah tido pun terkejut dia cakap telefon.

Namun, kadang-kadang pengumuman ni jugak yang jadi hiburan untuk kami ketawa. Hari-hari dengar nurse panggil nama pesakit sampai berbelit-belit lidah namun asyik ulang nama yang sama kerana pesakit tersebut nampaknya agak degil atau tak alert nama dipanggil. Sampai nurse cakap, “kalau taknak makan ubat pun mesti keluar beritahu nurse, saya dah xnak makan ubat malam ni”. Kelakar.

Selain tu, kami juga rasa terhibur mendengar pengumuman yang lucu. Mungkin terlalu banyak pengumuman, nurse pun sudah tersasul. Antaranya:

“Kepada para pesakit, anda dinasihatkan duduk di katil atas. Katil bawah dikhaskan untuk orang tua dan ibu mengandung. Ibu mengandung akan duduk di bawah katil.” (Duduk bawah katil ) Kesian ibu mengandung.

“Perhatian kepada nama pesakit yang dipanggil, anda diminta mengambil ubat di ubat anda”.

2) Sejuk macam dalam chiller

Kalau saya tahu sejuknya macam ni, semua baju yang saya bawak ke sini adalah baju-baju tebal dan sweater musim salji. Setiap malam nak tido, pakai baju 4-5 helai, selimut 4 helai, stokin 2 helai, bertudung lagi tu. Tu pun rasa tak cukup. Disebabkan suasana sejuk ni, batuk semakin kuat. Namun, sis takde keluarga di KL ni nak mengada-ngada mintak hantarkan baju sejuk atau gebar mahupun comforter, makanya bersabar dan berharap cepat keluar. Tak sabar nak rasa panas mentari !

*Sempat jugak saya berfikir macam mana sejuknya rakyat Palestin di musim dingin tanpa keperluan yang cukup. Saya doakan sesiapa yang membaca cerita saya ni dibukakan hati memberi sumbangan kepada rakyat Palestin dan umat Islam yang memerlukan.

3) Bibir kering

Mungkin kerana suasana sejuk, bibir sangat kering. Sekarang saya faham kenapa lip balm tersenarai dalam barang-barang yang perlu dibawa ke pusat kuarantin MAEPS. Namun apakan daya, bertahanlah hingga hari terakhir.

Bersyukurlah

Kadang terdengar ada yang mengeluh. Nak pergi tandas pun susah kena beratur, tandas tak dibersihkan. Duduk di sini, apa je yang kita dapat? Doktor takde datang tengok pun, tak macam hospital. Makanan pedas, nasi keras, mee pahit tak basuh dulu sebelum masak.

Sedikit coretan dari hati. Bertapa bersyukurnya, ada orang jaga kita, beri makanan percuma, ubat dan rawatan jika perlu. Bagi orang yang merantau tanpa ahli keluarga di sisi, kehidupan di sini adalah lebih baik daripada kuarantin di rumah. Jika saya di rumah sewa, saya sendiri kena fikir nak order Foodpanda atau mintak tolong housemates belikan roti atau makanan. Nak keluar ke kedai pun tak boleh. Nak pergi tandas atau dapur pun risau akan menjangkiti housemates. Nak ubat pun terpaksa minta tolong orang beli dari farmasi.

Kesimpulannya, jalanilah kehidupan anda dengan penuh rasa syukur. Janganlah terlalu banyak komplen. Bayangkan bertapa bersusah-payah frontliner berkorban, sakit kot hati diorang kalau dengar rakyat komplen je.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply