Karbohidrat Membuat Anda Gemuk ?

Karbohidrat Membuat Anda Gemuk

Adakah Karbohidrat Membuat Anda Gemuk ?

Apa Kata Sains ?

Pada tahun 2010 apabila saya mula menceburkan diri dalam kecergasan, adalah perkara biasa untuk orang ramai di gimnasium bercakap tentang betapa buruknya karbohidrat dan roti hanya menjadikan anda gemuk. Sepanjang dekad yang lalu, karbohidrat mendapat syaitan dalam media dan kepercayaan arus perdana telah ditubuhkan bahawa ia menggemukkan dan anda tidak boleh memakannya.

Walau bagaimanapun, dalam kesusasteraan saintifik, mitos bahawa karbohidrat menggemukkan berbanding protein dan lemak telah ditolak. Kesimpulan kepada kajian 2 tahun yang membandingkan diet penurunan berat badan dengan komposisi protein, karbohidrat dan lemak yang berbeza adalah memberitahu.

Ia berbunyi “Diet yang dikurangkan kalori menghasilkan penurunan berat badan yang bermakna secara klinikal tanpa mengira makronutrien yang mereka tekankan.”Dalam erti kata lain, kajian ini menyuarakan apa yang telah ditemui oleh kajian lain: penurunan berat badan dicapai dengan makan kurang kalori daripada yang anda bakar secara purata tidak kira apa makronutrien yang ditekankan oleh diet anda.

Jika kehilangan lemak adalah fokus matlamat anda untuk mencipta defisit kalori, sambil juga mendapatkan protein yang mencukupi untuk pengekalan otot yang optimum.

Klo ada yg bilang air putih itu bikin gemuk

Karena itu, selama yang kita minum adalah air putih dan bukan minuman manis atau berkalori tinggi, tidak perlu khawatir berat badan bertambah karena air es. Karena pada dasarnya air putih dingin atau panas tetap nol kalori. Kandungan air putih: 0 gram karbohidrat, 0 gram lemak, 0 gram protein. Sedangkan teman2 di kasih takaran air putih menyesuaikan Berat badan.

Umumnya yg kita tahu badan kita mghasilkan tenaga dari karbohidrat termasuk gula

Namun dlm proses KETOSIS ini ia adalah satu proses yg menggunakan lemak yg ada dalam badan sebagai punca tenaga. Nak mudahkan pemahaman korang, cuba korang bayangkan seseorang yg gemuk.
Bagaimana dia boleh jadi gemuk? Sebab banyak lemak tersimpan dlm badan.

Nak kurus macam mana? Kenalah bakar lemak tersebut.Macam mana nak bakar lemak sedangkan sumber tenaga sebelum ini adalah karbohidrat? STOP ambil KARBOHIDRAT. Bila kita dah stop ambil karbohidat sebagai punca tenaga, badan terpaksa gunakan lemak yg ada sebagai punca tenaga. Proses ini dipanggil KETOSIS. Jaga kesihatan, jaga diri, jaga keluarga.

Craving

Craving atau keinginan adalah perkara lumrah bila kita kawal makan. Tak kira berapa lama buat IF atau eat clean atau keto..pasti akan ada masalah craving ni. Kek coklat, kuih cara, kuih lompang, seri muka , tart nenas, aiskrim, pasta, coke, pepsi …sebut lah apa saja..semua akan terbayang.

Kalau manisan macam di atas, dalam keto takde masalah..boleh je olah resepi jadikan keto friendly . Rasa tak sama, tapi boleh la melepas rindu.Bahkan makanan savouri , macam nasi kerabu,nasi minyak pun boleh di olah resepi menjadi keto friendly. Cuma, kenapa masih ada masalah craving ni ya?

Lidah kita, dah biasa merasai makanan yang asal nya tinggi lemak, tinggi karbohidrat dan gula. Meskipun, resepi di olah, otak tetap keluarkan signal yang asli lebih 3nak. Saya sendiri pun alami masalah craving ni . Ada ketika nak sangat mengudap makanan yang ranggup, ada masa terbayang kelazatan nasi dagang, kuah kuzi ayam. Cuma 28 hari lepas, masalah ini dapat di atasi.

Craving bukan sahabat baik. Ada masa nya tu, hanya nak makan…tapi tak makan. Bila makan, hanya sekadar mengambil rasa…oh..begini rasa kek indulgene, oh begini tekstur croissant. Lepas 4 tahun, baru unlock kunci rahsia nak atasi masalah craving ini. Tapi, percayalah method yang saya pelajari ni, ramai akan takut.

Bukan sekadar daging. Malah akan ada yang momok…ikutlah nanti badan makin gemuk. Jadinya, belajarlah atasi masalah craving kita. Kalau teringin sangat, makan lah. Tapi kena pandai kawal diri. Kalau tak boleh kawal diri…jangan buat.

Takkan selamanya kita nak badan mcm yoyo, macam belon. Jap kurus..jap gemok . Penat badan nak adjust .Bila kurus..kita lupa dan hanyut . Bila gemuk..kita merayu bantuan. Kisahnya..nak makan kena tahu kawal diri. Selagi tak mampu kawal diri, kena cari cara kawal masalah craving. Jangan buat sekadar ikutan, tapi ia adalah gaya hidup .

Zaman sekarang, kita terlalu banyak consume refined carbo dan sugar

Kesannya insulin akan spike and hasilkan INFLAMMATION. Maka sakit jantung, strok, kanser, kencing manis, gout, PCOS, Endometriosis semualah penyakit femes tu datang tak bagi salam
Kenal siapa Dr Jason Fung? Beliau adalah Doktor Pakar Sakit Buah Pinggang dari Canada. Beliau dan ramai doktor-doktor pakar menubuhkan Team Diet Doktor

Dr Jason Fung pakar merawat pesakit dengan kaedah Intermittent Fasting dan Low Carb High Fat Diet. Beribu pesakit Diabetic di bawah bimbingan beliau sembuh, off ubat dan hidup dengan cara baru. Dr Jason Fung mengatakan badan kita ada dua peti ais. Satu untuk simpan LEMAK. Dan satu lagi simpan Glycogen (KARBOHIDRAT atau GULA).

Selagi peti ais berisi Glycogen tu melimpah, body kita takkan pilih lemak untuk dibakar sebagai sumber tenaga. Sebaliknya badan kita akan pilih karbohidrat/gula. Jika ada yang tak sempat dibakar jadi tenaga, badan akan simpan gula dalam peti ais diam-diam sebagai LEMAK.

Sebab itu kita akan semakin gemuk, terus gemuk dan gemuk. Gula pula semakin melimpah dalam badan dan akhirnya akan dapat Diabetic. Apabila kita reduce gula/karbohidrat dan buat Intermittent Fasting, tenaga dari Glycogen pun cepat habis. Maka body kita dah tak ada pilihan, so badan terpaksa keluarkan LEMAK dari peti ais sebagai sumber tenaga

Barulahhhh kita pun boleh turunkan berat badan dan boleh kembali sarung stok baju yang dah bergantung dalam almari selama 5 tahun tu hahaa

Pankreas menghasilkan insulin

Setiap kali makanan bergula (karbohidrat) masuk dalam badan, insulin akan bertindak untuk memastikan kandungan gula dalam darah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Ke mana perginya gula yang kita makan.

Dia akan masuk ke dalam darah,
Darah pula ada had penerimaan gula,
Darah tak ada tempat tolak pi kat hati,
Hati tak cukup tempat gula tolak pi kat otot.

Kalau masih ada gula berlebihan badan tukarkan gula tadi menjadi lemak.

Apa jadi bila terlalu kerap makan terutamanya makanan berkarbohidrat. Pagi makan nasi lemak, roti canai, kuih muih. Satgi tengahari lapaq makan nasi pulak. Petang makan pisang goreng, biskut kraker cap ping pong cicah milo, malam makan nasi lagi.

Pankreas akan sibuk menghasilkan insulin untuk menstabilkan gula dalam badan. Sebab insulin ni ibarat askar, dan gula ibarat musuh, tiap kali musuh datang, dia akan bertahan melindungi badan dan mengawal musuh.

Apa jadi bila hari-hari, bertahun-tahun kita kerap makan berkarbohidrat tinggi. Pankreas akan sampai masa fedup dah nak hasilkan insulin. Kandungan gula dalam badan dah tak boleh terkawal.
Tiba masa kena import cucuk insulin dari luar. Insulin dari luar ni insulin buatan sebab badan sendiri dah tak boleh nak lawan kemasukan gula yang kita sendiri makan. Dah cucuk insulin pun kita tak sedaq lagi, masih hentam makan berkabohidrat lagi.

Cara nak reverse diabetes. Kena belajar berpuasa setiap hari 16 jam. Elakkan makanan berkarbohidrat. Orang yang gemuk tak perlu makanan karbohidrat, sebab badan dah simpan lemak yang banyak sebagai tenaga simpanan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply