Kayap Air

Kayap Air

Kayap Air. PENYAKIT KAYAP. Petua..merawat penyakit kulit….kayap.

Petua Rawat Kayap

Petua 1
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuh hancur kemudian ambil air daunnya serta air perahannya ditekpakan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman,

Petua 2 (Untuk Kayap Setompok)
Gunakan daun delima dimbuk lumat + bedak sejuk (tanpam pewangi) Sapu n@ tambal di tempat kayap. InshaAllah 3 hari ia akan sembuh.

Walaubagaimanpun makanan hendaklah dijaga perlu berpantang sedikit terutama makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah. Parutnya jangan diku[il untuk mengelalkan jangkitan merebak.

Petua 3
Pucuk delima, pucuk daun setawar, pucuk daun bunga melor, pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuh atau di blender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada tempat kayap tersebut. Tampal 3 jam sekali. Lakukan setiap hari hingga sembuh.

Petua 4
Gunakan akan rumput kerbau, basuh dan celup pada tempat yang kena kayap

Petua 5
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, inshaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua 6

Ubi garut di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, Alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..

Pertua 7

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Perhatian!
Kepada penghidap penyakit kayap hendaklah berpantang makan seperti makanan yang mengandungi minyak, buah2an yang boleh memberi mudarat spt makan seefood, telor dan ayam. Ada yang memaklum kita kita tidak boleh mendengar orang menggoreng atau pesakit sendiri yang menggoreng. Tidak boleh menggunakan sabun. Sayurran dan buah-buahan pantangnya serti orang bersalin.
Alhamdulilah i’m fully discharges daripada hospital 😘

16/5/2022 pergi ke klinik asalnya untuk ambik injection ingatkan kena gatal2 but suddenly doc cakap ni bukan gatal2 tapi virus kayap.

Dalam minggu yg sama macam2 ubat kg try. Air penawar, segala jampi, daun apa entah dah tak ingat. Last sekali guna potek nangka. Still failed and belakang badan makin membengkak. Ubat klinik pon dah habis. Selama seminggu i tidur meniarap sebab semuanya belakang badan, bawah t**** and beberapa di perut.

Badan still bisa sakit pedih semua ada lah. Come back semula ke klinik 21/5/2022 doc terus refer ke hospital untuk rawatan selanjutnya sebab belakang badan dah bengkak sampai takboleh sentuh. Selama 4hari 3malam non stop ubat antibiotic & ubat tahan sakit masuk. Doc siap bagi ubat tidur supaya proses berjalan lancar selama di hospital.

Kayapnya still ada tapi dah start kering. Mama pesan jgn kopek sbb belum fully kering nanti ada kesan parut. Doc bagi cuti sampai 30/5/2022 ni and last date ni kena follow up dtg jumpa doc untuk buat blood test lagi.

Tengok ubat doc bagi pon seram. Banyak sangat

Doakan saya cepat sembuh. Tak terbalas semua chat terima kasih mendoakan saya

Kayap (Shingles) merupakan kondisi jangkitan pada kulit yang susah nak baik.. Ada macam-macam jenis Kayap.. Ada Kayap Api, Kayap Ular & Kayap Air.. Orang kata jangan sampai dia bercantum.. Boleh bawak maut (Wallahu’alam).. Ada yang cakap kena cari tukang ubat yang Janda kawen Bujang.. Sembur dengan putik nangka + kelapa etc. Ni cara orang dulu..

Kalau jumpa pakar kulit, mereka akan bagi Krim Steroid.. Krim ni akan kurangkan gatal/bisa Kayap tapi bila stop pakai, Kayap tu akan muncul balik.. Krim tu tak merawat Kayap sampai ke akar pun..

AlhamduliLLaH Minyak OO by DENINGRATS ni serbaguna.. Dua minggu sapu pada Kayap, terus mula kering dan sembuh.. Sama jugak kalau Kurap atau Kudis Buta.. Cepat je baik.. 100% Organik dan tiada Methyl Salicylate.. Ramai yang dah guna OO ni jadi love teroksss… Takleh takde.. Nak abes je cecepat repeat order..

Petua untuk hilangkan kayap

Selain mendapatkan rawatan di hospital, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan kayap yang berikut:

Jangan makan makanan berminyak.

Jangan makan buah-buahan tempatan kerana sifatnya yang sejuk akan menyebabkan saraf anda sakit & kayap menjadi semakin teruk.

Jangan gunakan sabun di tempat yang berkayap kerana bahan kimia dalam sabun akan menyebabkan kayap menjadi semakin teruk.

Jangan makan buah atau sayur yang menjalar.

Jangan makan makanan yang gatal.

Jangan pakai pakaian yang ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan geseran di antara pakaian dan kulit yang berkayap.

Jangan pakai pakaian yang baru digosok atau baru diangkat dari jemuran.

Jangan pakai pakaian yang basah.

Sapu bahagian yang berkayap dengan bedak sejuk.

Sapu dengan alor vera ke bahagian yang berkayap.

Sapu kelapa parut yang dicampur gula.

Ambil buah senduduk masak, hancurkan dan sapukan pada bahagian yang berkayap. Sifat buah senduduk masak yang sejuk akan membantu mengeringkan kayap dengan cepat dan mengurangkan kegatalan.

Daun cili dan kapur makan. Ramas daun cili sehingga lumat dan campurkan sedikit kapur makan. Sapu dibahagian yang terkena kayap sebanyak 2 kali sehari.

Tumbuk daun pokok duit-duit sehingga hancur kemudian tekapkan pada tempat yang berkayap selama semalaman.

Asah duri pokok kekabu dan sapukan pada kawasan yang berkayap.

Ambik 10 duri pokok kekabu, asah sehingga keluar getah. Sapu getah tadi ke kawasan yang berkayap.

Tumbuk daun delima dan bedak sejuk. Tampal pada kawasan yang berkayap.

Cari pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun semambu. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu pada kawasan berkayap.

Dapatkan ubi bemban dan asahkan pada lesung batu. Ambil patinya dan sapu pada kayap.

Dapatkan akar rumput kerbau. Bersihkan dan celup dalam bedak sejuk, kemudian sapukan pada kayap.

Ambil garam bukit dan campurkan dengan sedikit air biar lalu sapukan ke kayap.

Anda juga boleh ambil 4 cubit garam bukit dan larutkan dalam segelas air suam. Minum.

Mandi ais juga boleh membantu menghilangkan kayap dengan cepat, disamping mengurangkan gatal yang dialami.

Doa sembuhkan kayap

Selain petua di atas, anda juga boleh amalkan doa sembuhkan kayap ini:

Al-Fatihah 1 kali

Bismillah 5 1 kali

Surah Al-Hasyar ayat 21-24

Selawat Syifak 1 kali

Surah Al-Qalam ayat 1-2 1 kali

Itulah dia petua hilangkan kayap yang ingin saya kongsikan pada hari ini.

Apa itu penyakit kayap (Shingles) – Penyebab, gejala dan rawatan

Penyakit kayap ini dikenali sebagai “herpes zoster” dalam istilah perubatan adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh virus variscella zoster. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan penyakit cacar air atau “chicken pox”.

Jika anda pernah terkena penyakit cacar air sebelum ini, kemungkinan sebahagian besar virus masih menghuni badan anda tetapi berada dalam keadaan dorman ataupun tidak aktif. Virus ini boleh berada dalam badan selama bertahun-tahun tanpa menimbulkan apa-apa gejala.

☑️ Siapakah yang berisiko dijangkiti kayap?

Hanya orang yang pernah dijangkiti penyakit cacar air atau “chicken pox”sahaja berisiko untuk mendapat penyakit kayap. Dan ianya sering terjadi kepada orang yang mempunyai sistem pertahanan yang lemah dan juga golongan tua.

Apabila sistem pertahanan menjadi lemah, virus ini boleh menjadi aktif semula dan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan keradangan. Keradangan inilah yang menyebabkan timbulnya kayap dimana ruam akan terbentuk diikuti dengan pembentukan gelembung-gelembung air pada kawasan kulit.

☑️ Apakah gejala-gejala penyakit kayap?

Pada peringkat awal, pesakit akan mengadu berasa sakit seperti mencucuk dan panas membakar pada bahagian urat saraf yang terlibat. Sebilangan kecil pesakit akan berasa letih, demam dan sakit kepala.

Tompok-tompok berwarna merah akan muncul dan selepas ia akan membentuk gelembung air pada kawasan yang berasa sakit itu. Seterusnya gelembung ini akan pecah dan kering.

Proses penyembuhan sepenuhnya mengambil masa dua hingga empat minggu dan mungkin lebih lama bagi pesakit yang lebih berumur.

☑️ Apakah rawatan yang diberikan?

Sekiranya seseorang itu menghidap kayap, ubat antiviral akan dimulakan bagi mengurangkan risiko mendapat komplikasi dan memendekkan tempoh dan keterukkan penyakit. Di samping itu, ubat tahan sakit dan sejenis ubat sapu turut diberikan sebagai rawatan sampingan.

☑️ Langkah-langkah pencegahan

 

Daun Sirih

1. Tak disangka daun sireh boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

Rkstrak daun sireh bermanfaat menurunkan kadar gula dalam darah normal menjadi rendah. Anda cuci 3 helai daun sireh kemudian merebusnya dengan 300 ml air. Minum air ini secara teratur setiap hari.

2. Senyawa kardiotonik dalam daun sireh boleh menjaga kesehatan jantung.

Dalam daun sireh terdapat beberapa senyawa yang bersifat kardiotonik. Kardiotonik sendiri berarti dapat menstimulasi denyut jantung. Daun sireh boleh mengontrol denyut jantung yang tadinya tidak teratur menjadi lebih terkontrol. Tak heran risiko penyakit jantung boleh dicegah dengan daun ajaib ini.

3. Bersifat antiseptik, daun sireh boleh menyembuhkan luka.

Zat aktif dalam daun sireh boleh menghentikan pendarahan dan menghambat peradangan. Jika terjatuh dan mengalami luka, maka daun sireh boleh digunakan sebagai salah satu ubatnya. Caranya, cuci bagihan tubuh yang terluka dengan air bersih. Ambil 5 daun sirih, cuci bersih lalu tumbuk hingga halus. Tampalkan pada area yang luka lalu balut dengan kasa. Ganti daun sireh dan kain kasa 2 x sehari.

4. Bertugas sebagai agen ekspektoran, daun sireh mampu mengeluarkan kahak berlebihan.

Daun sireh yang bersifat antiseptik dapat membersihkan saluran pernafasan. Caranya, rebus 3 helai daun sireh dengan 500 ml air. Kemudian hirup wap rebusan dari daun sireh. Lakukan 2 x sehari supaya boleh mengeluarkan kahak pekat.

5. Tak perlu membeli ubat, daun sireh boleh digunakan untuk mengubati gastric

Daun sireh boleh jadi ubat alternatif untuk menyembuhkan penyakit gastric. Ekstrak daun ini mengandung senyawa aktif yang berfungsi melindungi lapisan sistem pencernaan. Cara membuat ramuan ubat ini juga mudah. Cuci 5 helai daun sireh rebus dengan 500ml air. Setelah suam, minum ramuan ini 2 x sehari.

6. Minyak esensial yang terkandung di dalam daun sireh ternyata boleh mengubati penyakit kulit.

Misalnya saja seperti panu, kayap dan kurap. Cara tumbuk daun sireh dan sapukannya pada yang tempat dikehendaki.

7. Kanser mulut dan kanser pada tubuh boleh dihalang dengan daun ajaib ini.

Salah satu cara mudah mencegah kanser mulut adalah amalkan mengunyah daun sireh setiap hari. Jika ingin melindungai tubuh dari sel kanser atau minum air rebusan daun sireh.

8. Kesehatan hati juga boleh terjaga khasiat daun sirih.

Kadar fungsi enzim hati boleh terjaga kenormalannya berkat senyawa aktif yang ada di daun sireh. Selain itu, enzim hati ini juga berfungsi menjaga metabolisme dalam organ hati. Bahkan, ekstrak daun sireh mampu melindungi hati dari zat kimia tertentu dan infeksi.

9. Menjaga kebersihan organ terpenting wanita.

Pasalnya, sifat daun sireh yang anti bakteri dan antiseptik boleh membersihkan daerah kewanitaan. Caranya, rebus daun sireh dengan air, setelah suam gunakanlah untuk membasuh daerah kewanitaan. Namun jangan menggunakan air sireh terlalu sering kerana bakteri baik juga boleh mati. Sebaiknya gunakan air sireh maksimal 2 x dalam seminggu.

10. Kesehatan mata terjaga berkat keajaiban si daun sireh.

Jika mata anda merah, lelah atau merasa gatal kerana kemasukan debu, anda boleh menyembuhkannya dengan air daun sireh. Caranya, rebus daun sirih kemudian air suam kuku anda rendam bagihan mata. Meski pun terasa pedih, namun setelah itu anda merasa bahawa mata anda sangat jernih. Namun, jangan sering-sering melakukan cara ini ya kerana mata akan menjadi berasa kering.

PETUA MERAWAR KAYAP

petuani nampak tak logik atau merepek,tapi cukup berkesan,tak percaya cuba….

“setiap tumbuhan yang kami ciptakan itu, ada penawar dan racun,maka gunakanlah mengikut aturannya, agar kamu mendapat manafaat..

Sedikit testimoni yang pernah mengamalkan petua ini

1.cari janda kahwin bujang suruh dia ubatkan gan air ludah selawat 3 kali letak ibu jari pada langit selawat dan sapu saya pernah dulu kena mcm2 ubat tak baik last ada orang bagi prtua ni alahamdulillah baik tawakal lah

2.Ank saya pernah kena dikaki, cari lah jiran² atau saudara yg ada, janda berkahwin dengan bujang, bawa kelapa parut dan gula merah, beri padanya dan minta tolong dia kunyahkan sambil selawat kemudia dia sebur kan dan sapu ketempat yg sakit tu, insya’allah sembuh

3.Betul tu..tapi org kampung saya dulu suruh org janda yg kawin bujang tu kunyah putik cempedak (yg besar ibu jari tangan tu) kunyah2 selawat..lepas tu sembur dekat tempat yg kene kayap tu..Inn Shaallah..

4.Paling mudah minta tlg ibu tunggal yg dah bernikah dgn org bujang…minta tlg kunyahkan daun sirih jer..pahtu minta semburkan sirih yg dikunyah tu kat kayap…in shaa Allah.. sbb mak pernah kena..merayau cari ubat..dpt petua ni..minta adik angkat mak yg dok sblh rmh…alhamdulillah..sembuh..

5.inshallah dulu saya time budak lagi dah kena dekat perut,dah separuh perut.minta tolong Pak cik dia bujang berkawin nga janda.buat dlm 2 Hari berturut alhamdulillah sembuh…. Sama makan makanan yg sejuk2.insha Allah sembuh

PETUA TRADISISONAL MENGATASI KAYAP

1)atau Menggunakan pokok duit-duit

Cari pokok duit2 tumbuk lumat dan tampal, bagi salam kat nabi Allah Ilias, dan nabi Allah Khidir AS, minta izin nak ambil pokok tu untuk buat ubat, Fatihah 3 kaki, selawat 9 kali, insha Allah

Ambil air daun pokok yang ditumbuk hancur kemudian air perahannya ditampalkan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman.

2) Untuk kayap setompok, gunakan daun delima ditumbuk lumat. Campur bedak sejuk (tanpa pewangi) sapukan di tempat kayap.
Insyaallah 2-3 hari ia akan sembuh. Walaubagaimanpun, makanan hendaklah dijaga dan berpantang terutamanya makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah. Parut jangan dikutil untuk mengelakkan jangkitan merebak.

3) Gunakan rumput kerbau, basuh dan kemudian celup pada tempat yang terkena kayap.

Leave a Reply

%d bloggers like this: