Kebaikan Intermittent Fasting Yang Ramai Belum Tahu

kebaikan intermittent fasting

Kebaikan Intermittent Fasting Yang Ramai Belum Tahu ? Biasa bila kita sebut pasal Diet Intermittent Fasting (IF), top top goalnya tentulah untuk turukan berat badan. Ramai dah berjaya kurus dengan mengamalkan Intermittent Fasting. 

KEBAIKAN INTERMITTENT FASTING 

Sebelum tu jom kita recap apa itu Intermittent Fasting

Intermittent Fasting adalah sejenis diet yang atau kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Maksudnya ada waktu tertentu yang awak boleh makan, dan ada waktu yang awak akan berpuasa. Tapi, berbeza sikit Diet Intermittent Fasting daripada Puasa Ramadan ialah Diet Intermittent Fasting membenarkan pengambilan air kosong atau minuman yang tidak berkalori contohnya kopi kosong (tanpa gula) semasa tempoh “berpuasa”. 

Ada banyak jenis Intermittent fasting. Kawan-kawan dalam circle Nuha biasa buat yang 16/8 iaitu berpuasa selama 16 jam dan 8 jam masa untuk makan. Ada lagi Intermittent Fasting versi yang lebih lama, 24, 36, dan 72 jam. 

Mengikut kajian, pada jam ke-17 berpuasa, proses Autophagy berlaku. Apa pula Autophagy ni?

Autophagy adalah satu satu proses biologi dimana badan kita membersihkan dirinya sendiri dengan menyingkirkan toksin dan mengitar semula komponen-komponen sel yang telah rosak. Ia satu teknik yang sangat bagus untuk reset badan. Kalau kereta lama kita biasa dengar orang buat “overhaul” enjin, kira autophagy ni proses “overhaul” badan.  

Sebenarnya apa yang pengamal Intermittent Fasting nak sangat daripada puasa yang lama tu adalah Autophagy.

KEBAIKAN AUTOPHAGY

  1. Mencegah kanser
  2. Meningkatkan prestasi otot
  3. Mencegah Neurodegenerative Disease 
  4. Mengurangkan inflamasi dalam badan
  5. Mengurangkan kesan penuaan
  6. Meningkatkan tenaga sel

Selain mengamalkan Intermittent Fasting, ada 3 lagi gaya hidup yang boleh induce Autophagy iaitu dengan mengamalkan diet yang tinggi dengan lemak sihat, amalan tidur yang berkualiti dan bersenam. Ada berita baik. Ada supplements yang clinically validated terkenal dalam mengaktifkan Autophagy:

  • Resveratrol
  • Astaxanthin 
  • Berberine
  • Citrus 
  • Bergamot
  • Turmeric
set puasa shaklee

Produk Shaklee Untuk IF

Shaklee dalam rangkaian supplement kesihatannya ada menawarkan supplement terbaik untuk mendapatkan Autophagy. Awak sangat digalakkan untuk ambil 2 supplements ni dan berpuasa untuk dapat kebaikan Autophagy.

Awak tak perlu berpuasa sampai 72 jam untuk dapatkan kebaikan Autophagy. Kandungan Resveratrol dalam Vivix induce Autophagy.

Coenzyme Q10 (CoQ10) sangat power dalam promoting Autophagy. Gabungan 2 produk ni sangat powerful untuk awak dapat kebaikan Autophagy disamping berpuasa, tidur yang berkualiti, amalan diet tinggi lemak sihat dan juga bersenam secara berkala.

Hubungi Nuha untuk konsultasi Supplement Shaklee atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Intermittent Fasting

Intermittent Fasting ialah kaedah diet atau kaedah turunkan berat badan dengan cara mengawal waktu makan. Biasa kalau sebut pasal diet ramai akan fokus pada pemakanan kan, tapi Intermittent Fasting fokus pada waktu bila awak boleh makan.

To be honest bila orang bercakap pasal Intermittent Fasting, IF Nuha macam tak ada idea. Tak tahu dan tak rasa nak ambil tahu since Nuha belum ada keperluan untuk turunkan berat badan setakat hari ini. Syukur Alhamdulillah. 

Apa yang Nuha dengar-dengar pasal Intermittent Fasting ialah puasa pada waktu malam, ada yang buat Intermittent Fasting 12 jam, 14 jam, ada yang 16 jam, dan boleh ambil minuman tanpa kalori semasa ber-Intermittent Fasting. Setakat tu sajalah pengetahuan Nuha pasal Intermittent Fasting ni. Punya kesian haha. 

Bila salah seorang daripada circle Nuha dalam Shaklee family, Sharina berjaya turun 18kg dan kawal berat badan dengan kaedah Intermittent Fasting, Nuha of course rasa tempias excitement tu. Siapa tak percaya kalau proven result ada depan mata kan?

Bila tanya Sha, ini tips yang Sha kongsi untuk turun berat badan dengan mudah secara Kebaikan Intermittent Fasting

Minum Air Yang Cukup

Air yang cukup sangat penting terutamanya ketika tempoh berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi. Minum air yang cukup juga dapat membantu untuk mengelakkan rasa lapar yang melampau semasa melakukan Intermittent Fasting.

Lebihkan Pengambilan Protein

Pengambilan protein yang mencukupi semasa Intermittent Fasting dapat membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Selain bantu untuk turunkan berat, ia juga bagus untuk kesihatan tulang, kulit dan rambut. 

Elakkan “OVEREAT”

Setelah ber-Intermittent Fasting selama 16 jam, ia bukanlah alasan untuk kita makan semahunya dalam eating window. Amalkan makanan yang sihat dan ikut konsep suku-suku separuh. 

Elakkan Fast Food

Walupun sudah amalkan Intermittent Fasting, namun sukar untuk kita dapatkan hasil yang terbaik jika kita sering makan fast food atau processed food. 

Sebaiknya, makan makanan berkhasiat dan bernutrisi. 

Enjoy The Journey!

Intermittent Fasting sebenarnya adalah satu gaya hidup, bukan sekadar ingin turunkan berat badan. 

Enjoy your journey, ambil masa untuk adapt Intermittent Fasting ini ke dalam gaya hidup kita. InshaAllah, kita akan dapat hidup yang lebih sihat, ceria, dan bahagia.

Last sekali, Sha pesan tips terpaling penting untuk Intermittent Fasting ialah buat saja, tak payah fikir banyak-banyak sangat. Kalau awak baru nak bermula dengan Intermittent Fasting, make sure untuk baca Intermittent Fasting: Tips and Tricks untuk Beginner.

DAH BERTUKAR SAIZ KE AIDA JEBAT

Masalah berat badan yang saya hadapi ni sangat merunsingkan selepas berpantang anak ke 3. Terpedaya dengan omongan ibu menyusu cepat lapar, ibu menyusu kena makan banyak untuk hasilkan susu ibu dengan banyak, kononnya. 

Sehinggalah berat naik mendadak hampir mencecah 70kg. Macam tak percaya pada diri bila tengok badan sendiri. Luar biasa gemuk. Sebab sebelum-sebelum ni berat saya tak cecah 60kg.

Dari situ timbullah bermacam-macam masalah pada diri. Cepat letih, mengah, malas nak bersiap dan berdandan sebab semua baju dah tak muat. Bayangkan blouse masa mengandung saya boleh pakai lagi.

Baca: Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 3.6kg dan 11.5inci dalam Masa 9 Hari

Nak sudahkan rukun solat 5 waktu pun termengah-mengah. Nak buat yang sunat lagi lah malas, sebab rasa mengah teramat. Aktiviti-aktiviti luar memang dah tak sanggup buat sebab jadi cepat berpeluh, panas dan emosi jadi tak stabil. Rasa cepat nak marah dan stress.

Waktu malam, tidur pun berdengkur. Suami pun dah naik hairan sebab sebelum-sebelum ni tak berdengkur. Pantang letak kepala pastu lena. Lemah betul badan masa tu.

Sakit tapak kaki. Puas pergi mengurut tapi tak juga hilang. Bila bangkit dari tidur pada waktu pagi, rasa macam duri mencucuk-cucuk kat tapak kaki. Betis ibarat batu sebesar pemeluk bergantung. Berat dan lenguh.

Ada tukang urut cakap berkaitan dengan rahim, tapi saya lebih percaya bahawa ni kesan dari terlebih berat badan. 

Ekoran dari itu berbagai-bagai usaha saya buat untuk turunkan berat badan. Antaranya berpuasa, Intermittent Fasting (IF), tak makan nasi, hiking, jogging, cycling tapi kesannya sangat sedikit.

Hinggalah saya serahkan diri untuk join Jom Detox Jutawan batch ke 5.

Kesan sewal 12 hari. Kali pertama join Jom Detox Jutawan turun berat almost 3kg. Teruja weh, 3kg tu angka yang besar pada saya sebab setahun saya usahakan sebelum ni tak capai pun penurunan sebanyak tu.

Baca: 11 Perbezaan Program Jom Detox Jutawan dengan Program Kurus Lain

Join kali pertama tu, kesan ketara yang saya dapat rasa adalah tak mengah lagi ketika solat. Badan rasa ringan, betis dah takde batu bergantung dan sakit tapak kaki hilang. Hilang terus tanpa jejak sampai hari ni. Alhamdulillah syukur.

Selepas 3 kali rejoin secara berturut-turut, berjaya hilangkan 10.2kg. Bukan kita je yang gembira bila dah kembali slim, suami dan anak-anak teruja sama.

Selama ni perut ibarat mengandung 7 bulan dah kempis. Anak lelaki saya menjerit sebab “slime” saya dah hilang. Perut saya dipanggilnya slime. Kejam sungguh deme ni.

Nak buat perbandingan dulu dan selepas pun rasa tak sanggup nak tengok gambar dulu. Tak sangka segemuk itu. Dan lebih tak sangka lagi saya dah kembali slim macam dulu even belum 100% lagi.

Terima kasih #JomDetoxJutawan telah banyak membantu saya tentang ilmu detox yang betul dan #livingproof ni.

Tiba masanya saya berkongsi dengan anda dengan hasrat dapat membantu jua anda diluar sana yang mempunyai masalah seperti saya.

Saya mengajak kalian untuk sama sama sertai Program Jom Detox Jutawan ini kerana pasti ada resultnya yang best andai ikut betul betul apa yang diajar dalam program ini. Semoga Allah permudahkan kita semua.

Nor Faizah, 41 tahun, Terengganu. Suri rumah berbisnes dari rumah

#JomDetoxJutawan
#LetsDetoxLAT

Nuha kongsikan tulisan Puan Nor Faizah dengan pengalamannya menjadi salah seorang peserta program Jom Detox Jutawan. Ya, semestinya program ini bukan semata-mata untuk kurus tapi para peserta akan dapat lebih lagi daripada itu.

Daftar sekarang untuk menyertai Program Jom Detox Jutawan 18.0 akan bermula 1 November 2019 nanti. Program terbaru ini akan berlangsung selama 15 hari melibatkan online coaching daripada coach detox yang diiktiraf, cadangan menu detox dan pelan makanan detox, senarai barang dapur.  Kebaikan Intermittent Fasting

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply