Kempiskan Perut Dengan Epal

Kempiskan Perut Dengan Epal

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN EPAL HIJAU

Perut adalah bahagian tubuh yang agak susah nak dikempiskan sebab di perut terdapat visceral fat dan subcutaneous fat.

So, cara nak kempiskan perut ialah dengan menyingkirkan dan mengurangkan visceral fat selain subcutaneous fat.

Hari ini Kek Ikin nak share dengan korang tentang visceral fat dahulu.

Visceral fat ialah lemak di belakang dinding perut, mengelilingi hati, limps, usus, buah pinggang, jantung dan lain lain.

Visceral fat ada pada orang yang obes dan juga orang yang kurus. Visceral fat dikaitkan dengan masalah jantung, diabetes dan obesiti.

Salah satu cara untuk mengurangkan visceral fat ialah dengan amalan makan epal hijau.

Epal hijau ialah salah satu buah yang mempunyai fungsi untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus.

Makan epal hijau atau minum jusnya setiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu untuk membantu mengurangkan visceral fat.

Jika dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Selamat berepal hijo korang!

Leave a Reply

%d bloggers like this: