Kenapa Roti Sedap Sangat ?

kenapa roti sedap sangat

Kenapa Roti Sedap Sangat ? ? Kenapa roti ni sangat sedap dan anak-anak kita susah nak tinggalkan. Roti ni cukup famous di kalangan famili dan orang di sekeliling kita.Bagi kat anak memang cukup suka dia.

Namun sebelum kita nak bagi anak makan, kita fahamkan dulu apa isinya.

1. Tepung gandum berprotein tinggi. Bukan tinggi protein untuk badan ya, tapi untuk lembutkan lagi roti. Maka kandungan glutennya lebih banyak. Sangat lembut dan sedap, namun sangat mudarat untuk perut.

2. Gula putih atau gula pasir. Industri makanan akan masukkan gula ada sebab. Selain sedap, ia berikan pembelian ulangan paling cepat. Sebabnya, bila kita mula makan, kita rasa nak lagi dan lagi. Maksudnya dah ketagih la tu. Lebih dahsyat dari ketagih dadah.

3. Protien gandum. Gandum dah ada, ditambahkan lagi dengan protein gandum, maka bergandalah kuantiti kuantiti gluten. Sebab tu makin lembut dan sedap.

4. Krimer manis. Krimer bukan datang dari susu sebenar. Untuk jimatkan kos ia bukannya krimer asli malah ditambah gula atau maltodextrin untuk jadi lebih sedap, tapi beri kesan rosiko kencing manis.

5. Pepejal sirap. Dah ada gula ditambah lagi pepejal sirap, memang makin manis dan makin sedap. Makin seronok nak makan berkali-kali.

Anak-anak yang dah biasa makan roti begini, takkan cari roti lain. Sebab roti ni paling sedap. Parent akan pening nak bagi anak makan nasi.

Pening nak suruh minum air kosong. Susah nak dengar kata. Lebih suka kita ikut kehendak dia berbanding ikut cakap parent.

Degil tak boleh bawak bincang. Akan tentrum bila apa yang dia hajati kita tak tunaikan.

Puncanya, beri sesuatu yang sangat asyik, seronok dan sedap.

Benda yang kurang sedap dia akan tolak tepi 100%.

Pesanan saya, jangan main-main dengan makanan terlalu sedap untuk beri pada anak selalu, kena hadkan.

Kajian mengatakan, minda kanak-kanak akan blok perkara lain, setelah dia dapat sesuatu yang sangat menyeronokkan. Sama seperti mereka ketagih gajet, smartphone dan game.

Semoga bermanfaat.

Tip Memilih Roti

Secara teorinya, roti gandum penuh memang menawarkan lebih banyak faedah berbanding roti putih.
Namun begitu, kebanyakkan roti komersil yang menggunakan jenama ‘gandum penuh’ saya nampak tak jauh beza sangat dengan roti putih biasa. Nilai G.I pun lebih kurang sahaja. Antara sebabnya adalah komposisi gandum penuh yang digunakan tak banyak berbanding tepung gandum yang bertapis / diproses (refined). Namun ada beberapa tip yang boleh anda amalkan ketika memilih roti yang betul-betul menyihatkan buat anda.

1 – Pertama, serat. Roti gandum penuh sepatutnya mempunyai lebih banyak serat tak larut yang tidak mampu memegang air. Sifat ini antara penyebab mengapa serat tak larut mampu bergerak dengan lebih pantas dalam usus manusia dan kelebihan ini berguna buat manusia dalam mencegah sembelit.
Selain itu, pengambilan serat tak larut turut dikatakan mampu mengawal paras glukosa darah.
Seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk memilih roti yang betul-betul berbaloi dan mengenyangkan, pastikan nilai serat per 100g roti tersebut tinggi. Pastikan anda bandingkan kriteria ini ketika memilih roti untuk dibeli.

2 – Kedua, vitamin dan mineral. Roti gandum penuh mengandungi vitamin dan mineral yang mana sebahagian besar terikat pada selaput fiber/bran gandum berkenaan. Menariknya, inilah komponen yang meningkatkan kandungan serat sesebuah roti, dan ia tiada dalam tepung gandum biasa (ramuan asas roti putih).

3 – Ketiga, warna. Sebaiknya pilih roti yang berwarna gelap. Lebih gelap warna roti tu lebih bagus.
Gelap di sini disebabkan oleh komponen endosperm dan bran yang terdapat pada gandum berkenaan, yang mana secara ‘automatik’ memastikan anda mendapat terus manfaat serat, vitamin dan mineral, tanpa perlu anda memikirkannya. Biasanya, roti gandum penuh berwarna lebih gelap dari roti putih.

4 – Keempat, Inulin dan polydextrose. Membaca maklumat pemakanan semata-mata untuk menyemak kandungan serat masih tidak mencukupi. Ini kerana pengeluar roti juga kadangkala mempertingkat kandungan serat roti berkenaan dengan penambah makanan (aditif) seperti Inulin dan Polydextrose. Inulin adalah aditif yang OK, tetapi polydextrose mungkin perlu dipertimbangkan kerana dihasilkan secara sintetik (bukan semulajadi).

5 – Kelima, Benzoyl Peroxide. Meskipun boleh kata bahan pemutih ini ada pada kedua-dua varian roti yang dijual di pasaran pada hari ini, namun kita boleh jangka roti putih mengandungi lebih banyak bahan pemutih ini berbanding roti gandum penuh. Apa itu Benzoyl Peroxide? Boleh baca di sini.

6 – Keenam, sodium. Pengeluar roti menggunakan sodium untuk memastikan roti keluaran mereka tahan lebih lama di rak pasaraya. Justeru pastikan anda memilih (dan bandingkan) roti dengan kandungan sodium paling rendah dalam setiap 100g (di label maklumat pemakanan). Tip ini amat penting buat mereka yang ada masalah hypertensi / tekanan darah tinggi.

7 – Ketujuh, multi-grains dan rasa kenyang. Multi grains membekalkan anda kedua-dua komponen serat larut dan tak larut. Serat larut tidak sama seperti serat tak larut yang saya sebut sebelum ini, kerana serat larut boleh memegang air dan membentuk ‘gel’, justeru sifat ini akan memperlahankan pergerakan makanan dalam usus. Hal ini sekaligus membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Kenapa nak pantang NASI pulak ni?

Nasi vs Roti. Nasi lagi TERBAIK
sebab tak ada gandum/ gluten.
Nasi vs Oat. Nasi lagi TERBAIK
sebab dalam oat masih ada kandungan gluten. Kedua terbesar selepas gandum.
Nasi vs makanan ringan, jajan, kudapan. Nasi lagi TERBAIK

sebab karbohidrat pada nasi boleh jadi tenaga. Sedangkan makanan ringan, merosakkan perut dan buat lagi lapar. Lagi banyak nak makan tak henti.
Makan saja nasi, tak perlu nak pantang kalau nak berdiet. Kompom kenyang.
Orang yang nak diet, bukan nasi yang perlu dipantang, tetapi gula dan gandum yang perlu dipantang.
Taknak makan nasi, tapi air manis masih minum.

Taknak makan nasi, tapi makanan manis berkoyan-koyan kita masih makan.
Taknak makan nasi, tapi roti berbuku-buku dah dihabiskan.
Ini kesilapan besar dalam berdiet sebenarnya.
Melainkan kalau dah sampai tahap ada kencing manis, barulah termasuk nasi yang kena pantang. Bukan semata-mata nasi yang kena pantang, lepas tu makanan manis yang ditala.
Bila sudah kencing manis, gantikan nasi dengan beras basmathi. Barulah ia jadi tindakan betul dan bijak.
Selama saya hidup, tak pernah sehari saya tak makan nasi. Nasi tak menjadikan saya obes.
Namun…

Gulalah punca obes dan paling lambat nak kasi turun berat badat.
Stop gula, stop makanan dan minuman manis.
Ada lagi benda baik boleh amalkan untuk diet. Roti Gluten Free dari SAYHEART.
Dalamnya takde gandum, tapi ada unsur beras, ubi, jagung. Ada telur lagi. Cukup karbo dan protien.

#pemakanansihat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply