SIHAT

JOM SIHAT

Kesan Air Ketum

Kesan Air Ketum

Kesan Air Ketum yg orang tak tahu.

Mereka yang mengambil air daun ketum dan meminumnya dengan banyak akan mendatangkan kesan kesihatan. Memang mudah minum air ketum dengan meneguk terus dalam mulut .

Laporan klinikal menyatakan antara kesan negatif minum air ketum adaalah kulit menjadi gelap, tubuh menjadi kurus kering, kurang tidur, mata merah dan menjadi panas baran. Dari segi kelakuan dan sifat didapati keadaan tersebut dilihat sama seperti yang dialami oleh penagih heroin.

Pengambilan rebusan daun ketum secara kerap selama tiga bulan juga boleh mendatangkan masalah buah pinggang dan hati. Dilaporkan juga penagih juga sering berasa loya dan menghidapi gastrik yang serius. Keadaan ini jauh lebih teruk daripada menagih heroin.

Didapati juga penagih heroin yang cuba menggantikan heroin dengan daun ketum akan kembali kepada heroin selepas dua atau tiga bulan kerana kesan ketagihannya semakin teruk.

Bagaimana pun dilaporkan adalah belum ada pihak tertentu (Pusat Pemulihan Dadah) menerima atau merawat individu yang ketagih daun ketum. Apa yang dinyatakan adalah dimana rebusan daun ketum tidak akan memberikan kesan khayal kepada seseorang penagih. Sebaliknya dilaporkan oleh saintis pengambilannya hanya dapat mengurangkan rasa gian jauh sekali membantu penagih daripada berhenti menagih.

Berbanding daun ketum didapati pengambilan heroin boleh membuatkan seseorang penagih bertahan lebih lama sebelum berasa gian semula. Daun ketum hanya boleh bertahan selama empat jam pada satu masa walaupun bahan tersebut diambil sebanyak mana.

Disebabkan tindak balas yang kurang berkesan itu, maka daun ketum tidak popular sebagai dadah utama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: