Kesan Sampingan Steroid

kesan sampingan steroid

Kesan Sampingan Steroid ? Steroid anabolik adalah sebatian yang boleh digunakan untuk meningkatkan jisim otot dan prestasi sukan, tetapi penggunaannya juga boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Kesan sampingan steroid boleh berbeza-beza bergantung pada dos, tempoh penggunaan, jenis steroid, dan faktor lain.

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat penggunaan steroid anabolik termasuk:

Masalah Hormon:

Pengecutan Testis: Penggunaan steroid boleh menyebabkan buah zakar mengecut akibat perencatan pengeluaran testosteron semulajadi.

Gangguan Fungsi Seksual: Termasuk disfungsi erektil dan penurunan libido.

Perubahan Psikologi:

Perubahan Mood: Pengguna steroid mungkin mengalami perubahan mood seperti mudah marah, agresif dan kemurungan.

Gangguan Personaliti: Sesetengah orang melaporkan perubahan personaliti yang ketara.
Masalah Kardiovaskular:

Peningkatan Tekanan Darah: Penggunaan steroid boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Penyakit Jantung: Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan steroid dan risiko penyakit jantung.
Gangguan Metabolik:

Kolesterol Tinggi: Steroid boleh meningkatkan paras kolesterol, meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Gangguan Metabolisme Gula Darah: Meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

Masalah kulit:

Jerawat: Peningkatan pengeluaran minyak oleh kelenjar sebum boleh menyebabkan jerawat.
Kekeringan dan Gatal: Kulit boleh menjadi kering dan gatal.
Masalah jantung:

Kerosakan Hati: Penggunaan steroid boleh menyebabkan kerosakan hati, terutamanya dengan penggunaan oral (melalui mulut).

Masalah buah pinggang:

Kerosakan Buah Pinggang: Beberapa kajian telah menunjukkan potensi kerosakan buah pinggang akibat penggunaan steroid.

Masalah Sistem Saraf:

Insomnia dan Kebimbangan: Sesetengah orang melaporkan kesukaran tidur dan kebimbangan.

Adalah penting untuk diingat bahawa setiap orang bertindak balas terhadap steroid secara berbeza, dan tidak semua orang akan mengalami semua kesan sampingan ini. Penggunaan steroid anabolik tanpa pengawasan perubatan boleh menjadi sangat berisiko dan boleh menyebabkan akibat kesihatan jangka panjang yang serius.

Sebelum menggunakan steroid atau membuat perubahan ketara dalam pelan senaman dan diet anda, sebaiknya berunding dengan profesional penjagaan kesihatan.

Bahaya Ubat Titis Mata Steroid ?

Keadaan berbahaya timbul apabila seseorang menggunakan ubat titis mata jenis steroid dalam jangka masa panjang tanpa pemantauan doktor mata. Jika digunakan berterusan kesan sampingan ubat itu tidak dipantau atau dikawal secara tepat dan pesakit hanya merujuk kepada doktor selepas keadaan menjadi serius dan sering kali pada ketika itu kerosakan kekal sudah berlaku dan tidak dapat diubati lagi.

Antara kesan sampingan penggunaan steroid tanpa kawalan ialah boleh mengakibatkan peningkatan tekanan dalam bebola mata hingga berisiko mengakibatkan kerosakan pada saraf mata, yang dipanggil glaukoma. Glaukoma boleh menyebabkan buta kekal,” katanya.

Kesan sampingan lain adalah ia berisiko mempercepatkan pembentukan katarak pada mata. Kanta semula jadi mata akan menjadi semakin legap dan lama-kelamaan penglihatan akan menjadi semakin kabur. Bagaimanapun, katarak boleh dirawat secara pembedahan. Steroid juga jika digunakan tanpa pemantauan boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman pada mata.

Steroid Hilangkan Sakit Cepat ?

Kesan steroid mmg akan hilangkan sakit dgn cepat, tp bukan utk merawat. Lebih kpd pain killer. Fitrah manusia ya sukakan kesan yg cepat dan pantas, sampai ada yg bertahun-tahun bergantung kepada steroid dan dpt kesan sampingan yg teruk.

MInyak ikan orang putih panggil fish oil. Kalau anda nak tahu, minyak ikan ni bersifat anti radang, yang function dia mengurangkan rasa sakit akibat radang.

Untuk kelegaan kepada radang boleh juga guna herba zaman dahulu iaitu Boswellia dan tanaman tertua di dunia iaitu Safflower. Dua ingredients ni ada ciri2 anti radang, antibakteria dan antivirus. Buatlah pilihan dgn bijak sebelum terlambat, sebelum anda terpaksa makan laaaagi banyak ubat utk merawat side efek nya.

Bertahun-tahun Guna Ubat Sapu Steroid

Bende ni real tau. Bukan cubaan. Bertahun anak saya sapu ubat steroid, sekali eczema dia naik, bukan sikit² . Bernanah, berair. Dulu tak da ilmu, duk la bincang laki bini, asal la makin teruk. Dia meredakan sekejap je tau. Tapi sekali lagi kene serang, Allah je la yang tau. Kesan dia memang tak kan nampak sebulan dua, tunggu la beberapa tahun lepas tu.

Sampai doctor yang selalu kitorang warded kan anak tu, cakap macam ni kat nursenye “ i da tak tau nak bagi ubat apa da” maksudnye apa? Da takda ubat. Kesan steroid la tu. Tapi doc tak cakap kat saya tau. Mujur la nurse dia cakap. Then terus stop ubat doc, stop jumpa doc.

Buat gut reset. 3 bulan je Alhamdulillah, eczema makin ok. Benda ni tak boleh harap pada Supplement. Steroid ni da bagi effect pada badan, jadi makanan kena jaga. Baru dapat result yang ohsem. Pada yang menderita sakit eczema yang takda kesudahan, berulang alik ke hospital, try la beli gut reset then jaga makan. Baru selari. Perit tau tengok anak kene eczema. Kita yang tengok stress.

Kesan Kosmetik Sampah

Kian hari, pelbagai kes kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik sampah seperti HQ, merkuri, tretinoin dan steroid. Maaf bahasa kasar yang sesuai diberikan kepada produk tidak jujur oleh pengeluar produk tamak yang membahayakan bukan sahaja wajah tetapi juga kesihatan dan nyawa pesakit. Penyakit Exogenous Ochronosis.

Penyakit yang namanya pun serupa alien ini menjadikan kulit wajah seorang manusia berubah menjadi kebiru-biruan kehitaman . Ia adalah akibat peningkatan pigmen hasil penggunaan krim seperti HYDRAQUINONE dan juga MERKURI yang meningkatkan stres, keradangan dan seterusnya pigmentasi kawasan sapuan.

Hydraquinone yang dibenarkan digunakan dibawah pengawasan doktor ialah 4% atau lebih rendah manakala merkuri adalah bahan diharamkan dalam kosmetik. Gila apa sapu kat muka. Merkuri ni antara logam paling toksik terutamanya pada saraf.

Malangnya pengeluar dan pengimport produk yang tamak hantam saja hydraquinone 20% sampai nipis kulit kita. Ditambah pula dengan steroid dan tretinoin bagi nipis sikit kulit..pastu steroid kurangkan reaksi. Formulasi Kligman ini merupakan yang paling kuat sekali kuasa pemutihan lagi kuat daripada klorox. Ah korang yang gila nak putihni jangan pulak google dan bancuh sendiri.. meh nak sambung part ngeri..

Kesan lain hydraquinone ialah guttate hypomelanosis. Di sebalik lautan biru pencemaran merkuri di muka si mangsa kelihatan pulau-pulau kecil bewarna putih..tompok-tompok putih kecil..itu ialah kehilangan pigmen kerana kerosakan kulit. .

Boleh dikatakan natijah daripada pemakaian hydraquinone dan merkuri ini sangat dashyat dan tiada jalan patah balik. Adalah sifu tahap dewa yang guna laser dan teknik canggih stem sel bagai puluhan ribu kos utk pulih..namun hanya sedikit saja yang berjaya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply