Makan Roti Boleh Gemuk ?

makan roti boleh gemuk

Makan Roti Boleh Gemuk ? Coach memang suka makan roti canai zaman gemuk dulu. Sedap, ranggup dan memuaskan. Apabila dicicah dengan kuah kari… mak oi sedap nya sampai roh boleh tinggalkan badan untuk beberapa saat.

Tetapi kenapa sekarang coach jarang makan roti canai? Mari kita mengkaji bersama: Untuk menghasilkan roti canai, bahan-bahan yang diperlu adalah:

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Gula
  • Ghee
  • Telur
  • Susu
  • Air

Masalahnya sudah di hadapan mata anda. Gula dan tepung gandum itu tidak sehaluan dengan yang mengamal keto atau low carb. Tambahan lagi, coach sendiri pun khuatir sama ada ghee masih diguna atau tidak, ataupun ianya sudah ditukar kepada marjerin atau minyak pelincir enjin yang lain kerana kos yang lebih rendah?

Tambahan lagi, takkan anda makan roti kosong sahaja? Ada pelbagai jenis roti canai termasuk ROTI GULA dan ROTI PLANTA. Jadi, jika anda kerap makan roti canai, ia memang memudaratkan kesihatan anda.

Adakah saya makan roti canai sekarang? Ada. Kerana tahap komposisi badan saya membenarkannya. Walaupun begitu, saya tidak makan “sekali sekala”. Mungkin, satu keping dalam beberapa tahun. Adakah anda boleh makan roti canai? Soalan ini, anda menjawab sendiri.

Musim ligan (kejar) lori gardenia semata nak kurus da mai daaa!!!

boleh dak anda kurus dengan roti ni? boleh kurus andai kalori dari KESELURUHAN pola pemakanan HARIAN anda dibawah paras KALORI KEPERLUAN HARIAN ( Daily calories requirement). sebagai contoh setelah anda memasukkan formula online (mifflin st.joer) anda dapati DCR anda contoh : 1700…ni contoh bodo2 dlu la

andai dengan kehadiran roti ini membantu untuk anda makan di bawah paras 1700..contoh 1400 ke..jadi jawapannya LAMBAT LAUN akan terbuang jua lemak badan anda. namun jika sebab roti gardenia ini anda termakan lebih atau setelah dicampurkan KESELURUHAN menu HARIAN yang lain menjadi lebih 1700 (takkan makan roti je kan..mesti ada makan lain?)…lambat laun anda akan gemuk balik atau berat statik

ada yg menjadikan roti sebagai batu loncatan untuk kurus memandangkan dengan memakan roti ini (selera makan lain dapat dikawal disebabkan:

1) palatibility (kecenderungan) dia pada roti kurang. jadi dia x makan bertambah macam nasi berpinggan2..jimat kalori

2) serat yang agak tinggi sedikit berbanding gardenia putih , cuba anda bandingkan per 100g, bagi mengawal rasa kenyang (sebenarnya teori kenyang/puas ini pun terlalu luas)

3) memasukkan sikit unsur kesedapan, seperti sapuan jem ataupun butter yang nipis bagi memberi sedikit nilai sedap..agar anda boleh konsisten..maka itu pun batu loncatan jua

namun untuk golongan yg TERIKUT2 DIET TREND..boleh jadi beberapa hal akan berlaku:

1) jika anda kategori jemu dan perut masih hendakkan nasi, makan roti ini bukanlah jalan terbaik untuk capai defisit kalori..sebab anda x boleh kekal lama. apa pun, keyword dia, KALORI HARIAN dan BAGAIMANA anda mengawalnya

5 mitos mengenai roti yang semua perlu tahu.

1. Nak diet kena elak ambil nasi. Tapi gantikan dengan roti. makan roti boleh gemuk ?

Dua keping roti ni bersamaan dengan secawan nasi. Jadi, kalau tak makan nasi, makan roti banyak pun tetap naik berat juga.

2. Makan roti, kalori yang diambil lebih rendah.

Salah. Kalori dari roti akan berbeza mengikut bahan yang ditambah pada roti atau adunan. Sebagai contoh, roti ditambah gula, susu akan meningkatkan kalori lebih tinggi. Makan roti kosong memang boleh kurang tenaga yang diambil sebab macam makan nasi kosong saja. Tapi kalau makan roti cicah kari, sapu mayonis dan majerin atau peanut butter, kalori tetap jadi tinggi juga.

3. Nak diet kena makan roti mil penuh saja.

Roti mil penuh atau roti putih punya karbohidrat dan kalori yang sama. Yang berbeza adalah kandungan serat di dalamnya.

4. Makan roti lebih mudah kurus berbanding makan nasi.

Makan roti lebih mudah nak makan berlebihan jika makan roti kosong sebab perut masih rasa kosong. Jadi biasanya diambil dalam jumlah banyak baru rasa kenyang. Nak kurus kot mana. Ambil roti bersama protein dan sayur untuk beri rasa kenyang yang lebih lama macam makan nasi. Jaga amaun yang diambil. Baru la boleh kurus.

5. Makan roti boleh sebabkan gemuk sebab yis dalam roti akan menggemukkan badan.

Mitos sangat. Yis berfungsi nak kembangkan doh roti, bukan badan. Kalau betul macam ni, dah lama semua orang dalam dunia ni gemuk dan boleh terbang macam belon. Sekian dari Kak Diet.

GEMUK TAK DOSA,SAKIT TAK DOSA

Keratan post ni dari satu kumpulan yang encourage sejenis diet dan pola pemakanan. Ini adalah sikap individu. Tapi tak dinafikan ianya adah bertitik tolak dari keterujaan dalam kita mengamalkan sesuatu amalan pemakanan atau gaya hidup.

Bila sya baca kan sya terus reflect diri sya sendiri. Dulu kalau org buat birthday ke bagi processed food mmg sya kecam. Bila bapak diorg belikan roti sya bising2 sebab washil dulu sensetive dgn gluten. Jarang2 pon berlaku flare. Tapi punya lah beria kan sanggup nk bertekak.

Sya pernah jugak share posting “org makan kenyang,kita makan menyesal” astaghfirullah wa atubu ilaih. Macam tu sekali Sya kufur nikmat semata2 nk sihat dan kurus konon ya. Allah kata makan baca bismillah,dah makan kata Alhamdulillah. Kita Allah bg rezeki malah merungut pula….. Astaghfirullah

Semoga kita tidak jadi orang yang melampaui batas. Batas apa? Dah tentu Quran dan sunnah yang jadi guidelines utama.

Kalau kita rasa tak nak makan jangan ambil,bagi la orang,letak kat pokok ke buat compost.

Kalau makan tu mmg boleh mati on the spot tak pe buanglah tapi jangan la. Bangga sangat buat sesuatu yg Allah Murka.

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Surah al-Israa’ 17 : 26-27

Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.”

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Berapa ramai org yg kebuluran,jangan kata luar negara,jiran2 kita pon mumgkin ramai tak cukup makan. Apa diorg rasa kita buang2 makanan?

Sains kalau contradict dengan Quran dan sunnah kita nk follow mana?

Betul ke ikhtiar kita tu yg jamin kesihatan kita,sampai sanggup go against nas&dalil? This is a #Selfreminder for me. Sakit sihat semua Allah yg bagi ikhtiar makhluk sedikit pon x beri kesan. So kenapa nak usaha? Sebab Allah suruh,dan bila kita usaha kita dapat pahala regardless apa pun hasilnya.

Usaha yg Allah redho dah tentu bukan yg berselisih dengan perintah dan larangan Allah. Gemuk dan sakit tu tak berdosa. Membazir dan kufur nikmat itulah yg jelas dosa. Nak kurus pon x dosa tau chaiyok!!!! Harini nak walk hujan lagi. Jangan merungut. Baca doa hujan syukur. Ok #SyadahTukangUrut#DontHavToAgreeWithMe

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply