Makan Sayur Lebih Kalau Nak Kurus

Makan Sayur

Betul ke makan sayur boleh kurus ? Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain. Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.

Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi. Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.

Jadi, makan lebih sayur kalau nak kurus! NAK KURUS, JOM MAKAN SAYUR JE. ELAKKAN BERLAPAR SECARA BERLEBIHAN ATAU MENGAMBIL SUPLEMEN/ UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT. INGAT, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KURUS

SUSAH SANGAT KE NAK MAKAN SAYUR⁉️

Semakin ramai orang dewasa di Malaysia yang tidak ambil sayur dan buah yang mencukupi dalam sehari

95% rakyat Malaysia TIDAK mengambil sayur dan buah seperti yang disarankan ( 3 sajian sayur & 2 sajian buah) setiap hari- NHMS, 2019.

Pengambilan BUAH & SAYUR yang cukup ini PENTING dalam pencegahan PENYAKIT

Kalau uols termasuk dalam golongan 95% ini, jom kita bersama-sama tingkatkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.

SELALU KERAP LAPAR ? GRAB BUAH-BUAHAN.
Kalau adan selalu kerap lapar, kena rajin makanan tinggi serat. “Makanan yang tinggi kandungan air dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengisi perut anda dalam kalori yang rendah. Sekaligus membantu anda kurangkan kalori intake harian dan turunkan berat badan.” ~ Barbara Rolls, PhD, penyelidik Pennsylvania State University.

Memang tak dinafikan kalau anda sedang jalani program turun berat, masalah yang selalu dialami adalah kerap rasa lapar. Selain makanan tinggi protein, buah-buahan adalah makanan ideal untuk kawal kalori intake anda. Kerana buah-buahan banyak yang rendah kalori dan lebih mengenyangkan.

5 BUAH UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
Berikut beberapa buah-buahan yang membantu dalam proses diet menurunkan berat badan antara lain adalah sebagai berikut :

Belimbing
Belimbing merupakan buah tropis yang kaya akan zat besi, vitamin C, serat dan vitamin A. Buah ini rendah kalori dan tinggi serat serta memberikan kontribusi untuk penurunan berat badan. Serat membuat seseorang merasa kenyang lebih lama, sehingga menghindarkan dari makan berlebih atau mengonsumsi makanan ringan yang berlebihan setiap harinya. Nutrisi lain dari buah belimbing dapat membantu membuat orang tetap sehat dan berenergi, sehingga akan dapat tetap berolahraga dan fokus pada upaya penurunan berat badan yang sedang dilakukan.

Pepaya
Pepaya sudah dikenal baik untuk membantu mengurangi lemak di perut, terutama lemak yang yang membandel. Manfaat buah Pepaya juga bisa membuat pencernaan jadi lebih baik dengan mengurangi peradangan usus. Kandungan serat yang tinggi membantu seseorang cepat merasa kenyang, sehingga hal ini membantu tidak merasa cepat lapar dan ingin makan berlebih sepanjang hari. Enzim papain yang terkandung di dalamnya dapat membantu meningkatkan metabolisme dan mencerna protein lebih baik dengan kandungan serat yang tinggi.

Kelapa
Kelapa mengandung sebagian besar asam lemak, yang tidak dimiliki tubuh. Hasil penelitian menunjukkan bahwa mengonsumsi asam lemak dapat menurunkan lemak tubuh sebanyak 23 persen dan membantu mengurangi kemungkinan kenaikan berat badan hingga 20 persen. Sehingga dengan mengkonsumsi buah kelapa akan lebih mudah untuk membuang kelebihan berat badan, bahkan ketika sedang proses menjalani diet yang buruk untuk menurunkan berat badan.

Manggis
Manfaat kandungan kulit buah manggis salah satunya adalah mengandung asam hidroksisitrat, yaitu suatu zat yang membantu mengurangi nafsu makan. Buah ini memiliki kemampuan untuk meningkatkan kadar serotonin di otak. Neurotransmitter ini bertanggung jawab atas sejumlah hal, termasuk meningkatkan mood dan mengontrol nafsu makan.

FRESH IS THE BEST

Kenapa saya selalu utamakan makanan natural dari supplement?

Sebab setiap langkah dan masa dari makanan ke mulut akan menurunkan berapa banyak yang akhirnya diserap dalam badan

Kita ambil contoh vitamin C

Apa yang boleh turunkan kandungan vitamin C ?

1. Pemprosesan
Vitamin C ni sangat sensitive dengan suhu tinggi sebab merupakan 1 jenis vitamin larut air.
Proses pengeringan ke, proses nyahkuman ke, pertambahan pengawet ataupun pembungkusan semua akan turunkan kuantiti vitamin C dalam produk yang dah diproses sehingga hampir separuh dari kuantiti vitamin C yang asal boleh hilang

2. Proses Masak
Makanan yang asalnya natural dan tinggi dengan vitamin C bila dimasak akan musnahkan vitamin C
Dalam kajian terhadap kandungan Vitamin C yang hilang dalam sayur waktu masak..
Setiap cara masakan ada effect kepada kandungan Vitamin c
Jika steam/celur akan menurunkan sehingga 1/3 dari kandungan Vitamin C
Jika guna pressure cooker dalam 10%
Jika goreng lebih kurang 2%

3. Storage/penyimpanan
Dalam produk berapa lama produk tersebut dari tarikh manufacturing sehingga ke tarikh kita makan, lagi lama di rak dekat kedai lagi banyak kandungan Vitamin C akan turun
Kajian menunjukkan untuk setiap 2 minggu produk tersebut disimpan lebih kurang 20% kandungan akan turun

Ni adalah effect terhadap 1 jenis vitamin sahaja..makanan ada banyak jenis micronutrient bukan sahaja satu jenis vitamin.

Itu sebab FRESH IS BEST
Kalau sumber buah yang kaya dengan Vitamin C potong terus makan boleh dapat 99.99% dari kandungan vitamin C yang ada dalamnya
Makanan yang tinggi vitamin C macam jambu, betik,oren, lada merah, tomato, cili, kiwi, strawberry semua boleh dapat dekat Malaysia.

Dari fresh food kita dapat memenuhi keperluan yang disarankan oleh KKM melalui Recommended Nutrient Intake rakyat Malaysia iaitu 75-95mg sehari dan dari makanan fresh absoprtion rate (kadar penyerapan dalam badan) antara 70-90%.

Itu sebab saya kata FRESH IS BEST
Hanya golongan tertentu sahaja perlu supplemen seperti pesakit.
Kalau anda individu sihat, ada selera makan, makanlah sebaik mungkin.

Kalau supplemen berapa yakin anda kandungan yang ada dalam supplemen itu sama dengan yang dinyatakan waktu packaging, sama dengan yang anda ambil ketika suap dalam mulut dan berapa peratus yang masuk tu akan diserap dalam badan?

La hai takyah beli mahal mahal pun..betik pun boleh, siapa suruh beli strawberry dari korea

Ya ampun teringin pulak strawberry dari korea ni…sedaaaappp manisss..
Tengok ha besar besar strawberry, 3 kali ngap baru habis

Jus campuran delima, madu, gamat dan air RO, botol kecil 500ml berharga RM150.

Mengapa perlu bayar lebih untuk mendapatkan khasiat buah buahan dan sayur sayuran?

Dengan nilai yang sama, anda dapat memborong berkilo buah buahan yang jauh lebih berkhasiat, rasa yang lebih sedap, organik, kaya fiber, vitamin, antioksida dan paling penting tanpa sebarang bahan pengawet dan GULA.

Tanyalah mana mana doktor doktor pakar, TIADA siapa pun pernah menyarankan agar anda mengambil jus campuran sebagai makanan tambahan harian.

Owh ya, untuk makluman mengikut kajian, 93% rakyat Malaysia tidak makan buah dan sayur sayuran dalam jumlah yang mencukupi.

Cukup cukuplah anda mendera dompet anda dengan membeli jus campuran yang jauh lebih mahal dari Petrol. Inginkan khasiat dari buah buahan dan sayur sayuran?

Pilihlah yang Ori….

Nak Sihat? Mujur Ada Buah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply