Makanan Elak Kencing Manis

makanan elak kencing manis

Makanan elak Kencing manis? Apa itu sebenarnya kencing manis? Kencing manis merupakan satu keadaan apabila paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari salur darah dalam sel badan. Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, glukos dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan, ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

BUAH PERIA KATAK

Resepi untuk menghasilkan jus ini sungguh mudah dengan menyediakan sebiji peria katak, sebiji epal hijau dan 4 cawan air kosong.Cara penyediaannya ialah anda hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya.

Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi. makanan elak kencing manis.

DAUN LIDAH BUAYA

Bagi mengawal paras gula dalam darah. Penggunaan lidah budaya adalah dengan cara mengambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas kulit serta durinya. Rendamkan selama 30 minit bersama air garam. Ramas dan bilaskan dengan air. Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih. Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk.

Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas. Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali. Selain itu, petua ini berkesan bagi mengubati kencing manis secara menyeluruh dengan cara yang lebih kurang dengan kaedah mengawal paras gula.

Cuma tambahkan menjadi 2 batang dan direbus bersama 3 gelas air dan ditapiskan jelnya untuk mengambil air sahaja. Amalkan minum air ini 3 kali sehari selepas mengambil makanan sebanyak setengah gelas. Lakukan setiap hari untuk melihat tindak balas lidah buaya dalam merawat kencing manis.

KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis Masukkan kedalam semua jenis masakan atau minuman seperti kopi panas, teh panas,apa saja minuman panas dan masakan seperti nasi, bubur, kari, masak lemak atau apa apa saja.
Cuba amalkan minum air panas kosong yang dibubuh serbuk kulit kayu manis atau batang kulit kayu manis.
Masukkan 4-5 batang kedalam air panas dan buarkan sampai suam..kemudian minum airnya.amalkan dan jadikan rutin harian anda.

KACANG BENDI

Dalam kaedah tradisional juga, kacang bendi terkenal sebagai ‘superfood’ yang mempunyai 1001 kebaikan kepada individu yang berisiko atau menghidapi penyakit diabetes dan sebarang penyakit kronik yang lain. Nama lain bagi kacang bendi ialah Abelmoschus esculentus. Ia mempunyai khasiat yang baik dalam mengawal gula dalam darah dan lain-lain khasiat untuk kesihatan manusia.

satu petua merawat kencing manis dengan bendi ialah dengan hanya anda perlu mengambil 2 batang kacang bendi dan dikerat bahagian atas dan bawah, sebelum itu basuh bersih terlebih dahulu baru kerat. Bagi memudahkan proses tersebut, kelarkan bahagian tengah bendi tersebut dan masukkan ia ke dalam gelas berisi air.

Kemudian, tutupkan gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu normal atau suhu bilik. Keluarkan bendi yang direndam daripada gelas pada keesokan harinya dan minum air tersebut sebelum mengambil sarapan. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis berlaku.

Khasiatnya akan kurang apabila bendi dicampurkan dalam masakan berbanding makan begitu sahaja atau minum air rendaman bendi tersebut. Petua ini berguna bukan sahaja merawat kencing manis tetapi boleh dipraktikkan oleh semua orang dengan tujuan mengelakkan penyakit yang kronik dan menyelamatkan diri daripada serangan penyakit yang tidak diingini. makanan elak kencing manis.

Makan Lewat Malam Berisiko Dapat Diabetes / Kencing Manis

Makan Lewat Malam seolah perkara biasa di Malaysia. gaya hidup masa kini dengan pulang kerja lewat malam, aktiviti sukan malam seperti futsal akan memndorong kita untuk makan lewat malam.

Pelbagai menu menarik dengan tarikan food truck, kafe hipster menambahkan lagi keterujaan kita untuk makan lewat malam 5 sebab mengelak makan lewat malam, ketika menghampiri waktu tidur dan hasil kajian pakar penyelidik serta nutrisi, Jenna Hope.

Menambah berat badan

Umum tahu, kita perlukan sedikit masa untuk membakar kalori tambahan selepas makan namun apabila kita memilih untuk tidur, proses berkenaan gagal dilakukan. Pakar nutrisi, Jenna Hope berkata, terdapat hubungan yang signifikan antara makan larut malam dan peratusan lemak badan yang lebih tinggi. “Ini menyebabkan lebihan kalori tersimpan untuk jangka masa panjang yang mengakibatkan perubahan hormonal.”

Gangguan tidur

Makan atau minum minuman berkafein seperti teh dan kopi sebelum tidur. Ini juga boleh memberi kesan negatif kepada kualiti dan kuantiti waktu tidur. Jenna Hope menekankan hubungan antara makanan manis dan kafein sebelum tidur. Ada serta gangguan tidur khususnya tidur REM (Rapid Eye Movement) yang merupakan tahap tidur paling mendalam. Dia juga mencatat, pengambilan alkohol pada malam hari yang turut menganggu kualiti tidur dan meningkatkan tidur pada hari berikutnya.

Gangguan respon hormon

Salah satu kesan samping yang paling membimbangkan daripada perbuatan makan lewat malam dan tidur. Ini adalah gangguan hormon yang menyebabkan ketidakupayaan tubuh dalam tidak merespon kepada penyakit. Ramai pakar nutrien memberi amaran, makan lewat malam menyebabkan kelemahan fungsi insulin yang mengagihkan glukosa dari darah. Untuk tempoh masa lama, makan lewat malam juga menyebabkan peningkatan risiko diabetes.

Meningkatnya rasa lapar di hari berikutnya

Menurut Jenna Hope, makan dalam kuantiti besar pada lewat malam sebelum tidur. Ini bukan bererti kita akan makan sedikit pada hari berikutnya. Malah, apa yang berlaku adalah sebaliknya. “Makan lewat malam meningkatkan jumlah makanan pada hari berikutnya. Ini kerana insulin yang sepatutnya memberi respon terganggu dan kawalan gula yang lemah membuat kita berasa lapar,” katanya.

Meningkatkan hormon kortisol

Kajian mendedahkan kewujudan hubungan antara perbuatan makan lewat malam dan kadar hormon kortisol atau hormon stress yang lebih tinggi. Selain membahayakan kesihatan, kadar kortisol yang tinggi dalam tubuh menjadi faktor risiko bagi peningkatan lemak perut.

“Kajian menunjukkan, semakin tinggi tekanan, semakin besar kemungkinan waktu makan malam lebih lama daripada sebelumnya,” ujar Jenna Hope. Bagi menghentikan tabiat ini pakar nutrisi menyarankan pengambilan gizi seimbang pada waktu makan malam. Fokus pada protein supaya kita kenyang lebih lama. Selain itu, tekanan boleh dihilangkan dengan cara berjalan-jalan atau menonton filem untuk memberi diri masa bersantai atau mandi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply