Makanan Haram Untuk Lelaki ?

makanan haram untuk lelaki

Makanan Haram Untuk Lelaki ? 10 MAKANAN YANG PERLU DIJAUHI OLEH LELAKI ?

1. Gula Tebu

– Gula Tebu yang terdapat dalam minuman dan makanan akan menurunkan penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan penghasilan hormon estrogen.

– Meninggikan trigliserid, merendahkan HDL, kajian mendapati lelaki yang rendah HDL cenderung untuk mendapat masalah kelamin.

2. HFCS

– High Fructose Corn Syrup atau Sirap Jagung Tinggi Fruktosa adalah sejenis pemanis yang dibuat daripada pati jagung.

– Lebih manis dari gula tebu, lebih murah dari gula tebu.

– Selalu digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman seperti air kotak, air tin, ais krim, kek, biskut, roti, donat, krim.

– Menurunkan penghasilan Hormon Testosteron.

3. Soya

– Tidak menjejaskan penghasilan hormon testosteron tetapi sangat menggalakkan penghasilan hormon estrogen menyebabkan hormon wanita itu menjadi terlalu banyak dalam badan lelaki.

4. Minyak Sayuran

– Minyak sayuran seperti minyak canola, minyak soya, minyak jagung mengandungi lemak trans dan asid lemak omega 6 yang menyebabkan keradangan dalam badan.

– Fakta Nombor 4 ini termasuklah semua makanan yang menggunakan minyak sayuran dalam pembuatan dan penyediaannya.

– Merendahkan hormon testosteron.

5. Makanan Terproses

– Makanan Terproses selalunya tinggi gula dan lemak trans.

– Gula menurunkan penghasilan hormon testosteron (nota no 1).

– Lemak Trans juga menurunkan penghasilan hormon testosteron.

– Jadi, jika makan Makanan Terproses, ada dua faktor besar yang akan menurunkan penghasilan hormon testosteron.

6. Flaxseed

– Flaxseed atau Biji Rami mengandungi sejenis bahan bernama lignan yang akan mengikat testosteron dan membawanya keluar dari badan.

7. Produk Tenusu

– Satu kajian yang dibuat ke atas 189 pemuda mendapati pengambilan makanan tenusu boleh menurunkan kualiti sperma.

8. Popcorn

– Mengandungi Asid Perfluorooctanoic yang menurunkan hormon testosteron dan boleh menyebabkan masalah prostat.

9. Alkohol

– Tinggi Gula dan ada juga yang menggunakan HFCS maka faktanya sama dengan fakta di Nombor 1 dan 2.

10. Buah-buahan (contoh: Tembikai)

– Buah-buahan yang mengandungi glukosa, fruktosa dan sukrosa boleh memberi kesan kepada penurunan hormon testosteron.

APA BERLAKU JIKA LELAKI RENDAH TESTOSTERON?

1. Lemak badan sukar dan degil untuk digunakan

2. Sukar tidur malam

3. Berat susah nak turun

4. Mempunyai Payudara

5. Lemak meningkat otot berkurang

6. Murung

7. Selalu letih

8. Berat badan bertambah

9. Sukar fokus

10. Mati pucuk

CARA MENINGKATKAN PENGHASILAN HORMON TESTOSTERON

1. Cukupkan keperluan Vitamin D harian

2. Cukupkan keperluan Zink

3. Cukupkan keperluan Magnesium

4. Puasa

5. Kurangkan karbohidrat

6. Makan protein

7. Makan lemak sihat

8. Tidur cukup

9. Elak stress

10. Mandi air sejuk

11. Makan bayam, bawang putih

12. Bersenam

BMI NORMAL PERUT BUNCIT

Hahaha akulah tuh, nak adjust benda ni ambil masa, ok tadi baru belajar pasal diet untuk golongan skinny fat nih. 3 faktor yang ambo belajar ialah

1. Kurang protein berkualiti – protein ni kena cukup, baru perut boleh cantik.

2. Makanan Tinggi Glisemik Index – kita ingat makan karbo perut naik, tapi sebenarnya, makan low carb yang tinggi GI lagi teruk, sebab insulin boleh spike dan menyebabkan lemak berkumpul.

3. Kurang testosterone – hahaha ni sesuai lah siapa yanh dah kahwin memanjang. Salah satu cara ialah tingkatkan Zinc dalam diet.

Faktor lain banyak, dari segi senaman tuh banyaklah, antaranya kena buat angkat berat. Nak shortcut ni ambo ambil protein. Protein memang kualiti , memang low gi, dan cukup multivitamin termasuk zinc.

Testimoni ? sebelum ni body fat tingggi, tapi lepas konsisten, body fat dah mula menurun, walaupun berat naik. Tadi pakai tshirt zumba, eh dah mula longgar. Seluar jeans ketat kat paha pun dah longgar. Itu bermakna dah ada inch loss.

Seronok jugak reading berat rendah. tapi nak pergi raya, depa tengok anda kurus je, takde nak tanya berat berapa. Jauh lagi perjalanan nak bodyfat rendah, kena istiqamah. #jurnalkurusjoelabu

Bagaimana menurunkan paras testosterone secara natural?

Testosterone adalah hormon yg ada dlm lelaki & wanita. Bezanya pada wanita, parasnya lebih rendah. Testosterone yang tinggi pada sorang wanita mengakibatkan:-

  • hirsutism (pertumbuhan bulu2 pada wajah)
  • – suara yg garau
  • – jerawat yg banyak
  • – masalah kesuburan
  • – rambut gugur
  • – berat badan berlebihan
Bagaimana nak turunkan paras testosterone?
  • – kurangkan pengambilan gula
  • – mengambil Omega-3
  • – mengamalkan Vitamin B
  • – mengambil protein yang mencukupi
  • – mengambil Zinc yg cukup
  • – mengambil vitamin D
  • – elakkan makanan diproses

Watak Letti dlm The Greatest Showman ni diinspirasikan dari Annie Jones the Bearded Woman. makanan haram untuk lelaki ?

RENDAH TESTOSTERON ANCAM JANTUNG

Tahap testosteron yang rendah dalam tubuh lelaki telah dikaitkan dengan berbagai masalah kesihatan, termasuk risiko yang meningkat untuk mengalami penyakit jantung.

Testosteron adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh lelaki, termasuk pemeliharaan otot, kepadatan tulang, dan juga pengaturan tekanan darah. Oleh itu, apabila tahap testosteron menurun, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses-proses ini, meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian yang dilakukan di Belgium telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kadar testosteron yang rendah dengan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung. Ini membawa kepada pemahaman bahawa kekurangan testosteron bukan sahaja mempengaruhi sistem jantung secara langsung, tetapi juga mungkin menandakan keadaan kesihatan yang buruk secara keseluruhan.

Sebagai contoh, lelaki yang mempunyai testosteron rendah mungkin cenderung untuk mengalami kegemukan, tekanan darah tinggi, atau masalah metabolisme lain yang semuanya berkaitan dengan penyakit jantung.

Oleh itu, penting untuk memahami bahawa rendahnya testosteron bukan sahaja mempunyai implikasi jangka pendek terhadap kesihatan jantung, tetapi juga dapat menjadi petunjuk bagi masalah kesihatan yang lebih mendalam.

Ini menegaskan kepentingan pemantauan tahap hormon dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, termasuk diet yang seimbang, senaman yang berkala, dan pengurangan faktor risiko lain seperti merokok dan stres.

Dengan melakukan ini, lelaki dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan. makanan haram untuk lelaki ?

Ketahui Punca Belum Mendapat Zuriat

Antara masalah kesuburan bagi wanita adalah seperti:

  • Masalah pada sistem reproduktif seperti, polyps, cyst dan fibroid
  • Masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • Masalah telur yang tidak matang
  • Usia yang meningkat menyebabkan kesan kepada kualiti telur yang dihasilkan.
Masalah kesuburan bagi lelaki pula adalah seperti:
  • Pra testikular iaitu gangguan hormon yang mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah dalam menghasilkan sperma.
  • Testikular iaitu penghasilan sperma yang tidak sihat berpunca daripada sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
  • Usia yang meningkat – hormone testosterone berkurangan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply