Makanan Kegemaran Kalori Tinggi

makanan kegemaran kalori tinggi

Makanan Kegemaran Kalori Tinggi ? MAKANAN TINGGI KALORI TAK SESUAI UNTUK ANAK. Masa datang harijadi, nak sambut harijadi anak, mesti makan makanan kegemaran mereka. Tapi ingatlah, semua makanan itu memang tinggi kalori. Bahaya kalau tak terkawal, jawabnya boleh kegemukan.

Makanan Kegemaran Kalori Tinggi

1. Nuget Ayam

Semua kanak-kanak kenal nuget dan ramai di kalangan mereka gemarkan nuget. Tapi, tahukah anda bahawa kebanyakan nuget diperbuat daripada isi ayam yang dikisar halus bersama kulit dan lemaknya. Pada masa yang sama, garam dan bahan perasa turut ditambah untuk membangkitkan kelazatannya. Makanan ini tambah tinggi kalorinya berdasarkan cara penyediaannya iaitu dengan menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Pertambahan kalori juga boleh bertambah selepas itu jika dimakan bersama mayones.

2. Bijirin Bergula

Di pasaran sekarang terdapat bijirin sarapan pagi yang sudah siap ditambah gula dan perisa. Bijirin inilah yang sering mendapat perhatian kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Untuk memastikan anak mendapat sarapan pagi yang ringkas, menyihatkan dan berkhasiat, anda perlulah memilih bijirin yang diperbuat daripada gandum. Bagi membangkit rasa bijirin, tambahkan dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi dan kiwi.

3. Sosej Dan Burger

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun sukakan sosej dan burger. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan seseorang itu diserang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kerana tingginya kandungan lemak dan natrium di dalamnya. Kajian di Los Angeles mendapati bahawa kanak-kanak yang makan 12 hidangan hotdog setiap bulan berisiko mendapat penyakit leukemia.

4. Minuman Manis

Menghidangkan anak minuman yang tinggi kandungan gulanya seperti minuman berkarbonat bukanlah satu langkah yang bijak. Gula yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti tetapi juga merupakan agen kerosakan gigi. Pilihan terbaik untuk anak anda ialah air kosong selain daripada susu segar. Selain itu, anda boleh juga memberi anak minum jus buah-buahan buatan sendiri.

5. Kentang Goreng

Kentang goreng seakan makanan wajib jika ke restoran makanan segera. Tabiat ini kemudiannya terbawa-bawa hingga ke rumah. Kentang goreng dijadikan santapan keluarga ketika minum petang. Makan bersama seisi keluarga memang amalan yang baik. Tetapi makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, tinggi kalori dan tinggi natrium bukanlah pilihan yang bijak. Lebih memburukkan keadaan apabila kentang tersebut digoreng menggunakan minyak yang banyak. Jadi, bertukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat seperti sandwic atau kek cawan lobak merah.

Warna yang menarik adalah tarikan utama pada makanan

Warna warni,warna ceria rasa teruja nak makan kan. Ikutkan dari zaman nenek moyang kita pun guna pewarna ni. Dulu mungkin dah guna daun pandan, bunga telang,kunyit dan lain lain untuk hasilkan warna. Dan selalu pewarna asli ni dia kurang sikit. Ada warna tapi blur gitu kan.

Bila dunia perniagaan makin membesar, teknologi makanan makin canggih maka terhasil la pewarna tiruan yang lebih terang dan lebih mengujakan selera. Nampak dalam gambar, nampak dalam video terus tangkap mata otak selera kita..

Kena beli ni ! Nampak sedap. Dalam keterujaan tu jangan lupa pewarna tiruan yang melampau banyak masuk ke dalam badan kita pun tak elok untuk jangka masa panjang. Apa Kesan Pewarna Makanan Pada Kesihatan? Boleh menyebabkan tindak balas keradangan dalam badan di mana sistem kekebalan badan diganggu sehingga sistem imun sukar untuk pertahankan badan daripada melawanya

Sebilangan pewarna makanan (Red40, Yellow5 dan Yellow6) dicemari dengan carcinogens atau bahan penyebab kanser seperti 4-aminobiphenyl, 4-aminoazobenzene dan benzidine. FDA menyatakan bahan cemar dalam pewarna ini berada di tahap yang selamat.

Red40 mencetuskan hipersensitiviti pada kanak-kanak. Manakala Yellow5 berkait rapat dengan hiperaktif, hipersensitiviti dan kesan tingkah laku tidak baik pada kanak-kanak.

Nak makan sedap boleh , nak makan benda viral pun boleh. Tak salah. Tapi pandailah pilih mana 1 yang lebih baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Kalau guna kembali bahan bahan daun buah yang ditanam itu lagi lebih baik. Ada khasiat juga kan.

MAKIN RAMAI BUDAK DERITA KANSER

Kuala Lumpur: Setiap hari, kira-kira lima kanak-kanak di Malaysia didiagnos menghidap pelbagai penyakit barah. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M Murallitharan berkata, ia perkara yang membimbangkan kerana bilangan itu dijangka akan meningkat pada masa hadapan.

“Berdasarkan laporan Synopsis of Child Cancer Incidence in Malaysia pada 2007 hingga 2011 dalam sehari, purata kanak-kanak di Malaysia yang didiagnos menghidap barah ialah tiga orang. “Laporan ini sudah 10 tahun dan data terkini belum dikeluarkan. Namun, statistik (lima kanak-kanak) itu berdasarkan unjuran di peringkat global, seiring dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak yang menghidap barah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu berusia daripada sifar hingga 14 tahun dan 15 hingga 19 tahun. “Penyakit barah tertinggi dihidapi kanak berusia daripada sifar hingga 14 tahun ialah barah darah (leukemia) diikuti barah otak dan sistem saraf, limfoma, tulang, mata, tisu perantara dan tisu lembut, ovari, buah pinggang, testis serta hati.

“Manakala kategori kanak-kanak berusia 15 hingga 19 tahun pula, penyakit barah paling tinggi dihidapi mereka adalah barah darah (leukemia), diikuti limfoma, tulang, otak dan sistem saraf, ovari, nasofarinks, tiroid, tisu perantara dan tisu lembut, testis serta kulit,” katanya.

Dr Murallitharan berkata, peningkatan pesakit barah yang ketara adalah kumpulan berusia di antara 15 hingga 19 tahun.

Katanya, ini kerana mereka sudah terdedah dengan faktor risiko pencetus barah bermula daripada awal usia iaitu sejak kecil. “Satu daripadanya ialah masalah obesiti dan apabila menjangkau usia belasan tahun, mereka mula menunjukkan ciri-ciri menghidap penyakit barah.

“Faktor kedua ialah corak pemakanan tidak sihat yang lebih gemar mengambil makanan segera dan diproses. Seterusnya pendedahan kepada banyak unsur kimia sejak kecil terutama asap rokok daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

“Apabila meningkat remaja, muka menampakkan ciri-ciri ketumbuhan tidak normal dan sebagainya,” katanya.

Ditanya peranan NCSM, Dr Murallitharan berkata, tugas paling besar persatuan ini ialah memberi bantuan kewangan dan psiko sosial seperti tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya kepada pesakit barah di seluruh Malaysia.

“Kita ada menubuhkan rumah barah yang menempatkan pesakit sedang menjalani rawatan di hospital di ibu negara. “Bagi pesakit yang menjalani rawatan tetapi keadaannya tidak serius, mereka tidak dimasukkan ke dalam wad. Oleh itu, mereka akan menetap di rumah ini sepanjang proses rawatan.

“Mereka tinggal di rumah ini secara percuma kerana persatuan mahu membantu meringankan beban ibu bapa pesakit yang kebanyakannya daripada keluarga B40,” katanya. Selain itu katanya, NCSM turut menghantar pegawai perubatan dan kaunselor ke beberapa negeri untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit. Makanan kegemaran kalori tinggi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply