Makanan Membakar Lemak ?

elak perut buncit

Makanan Membakar Lemak ? Alhamdulillah, sempat lagi saya update blog hari ni, saya nak share sedikit tips ringkas makanan yang membantu kita semua membakar lemak. Ingat ye, nak bakar lemak bukan je tak makan, tapi paling bagus ialah MAKAN, tapi bukan makan ayam KFC, tapi makanlah makanan yang berkhasiat seperti di bawah

Makanan Membakar Lemak

1. Bawang Putih

  • Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat.
  • Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.
  • Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

2. Epal

  • Mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.

3. Kacang soya

  • Mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.

4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

  • Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Asparagus

  • Mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.

6. Tauge

  • Sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.

7. Lobak merah

  • Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.

8. Seleri

  • Mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.

9. Timun

  • Mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.

10.Tomato

  • Tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

11. Teh hijau

  • Mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.

12. Kobis

  • Makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.

13. Oat

  • Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

Cara Nak Hilangkan Lemak Visceral

Salam sejahtera semua. Nak tahu tak apa tuh lemak degil ? Lemak degil ni ada kat badan kita. Ada satu lemak yang jelas nampak, tapi ada satu lagi ini, lemak yang betul-betul tak nampak, lagi degil melekat kat organ. Ye lemak ni orang panggil visceral fat. Takpa ini ada cedok sikit ayat power master zainul pasal visceral fat, jemput baca.

Apa Itu Visceral Fat ?

Lemak yg mendap di celah-celah organ, celah-celah salur darah dan selit-selit bawah kulit. Pendek kata, visceral fat yg tinggi bawa kesan buruk pada tubuh dalam jangkamasa panjang. Dan sebab kesannya cuma kelihatan dalam jangkamasa panjang, tak ramai yg ambil peduli tentang masalah ini.

Siapa Yang Perlu Peduli Visceral Fat ?

Yang tak berapa kurus (aka body fat terlalu tinggi) memang cukup obvious lah kan ? Tapi yang kelihatan kurus pun usah selesa sangat. Pernah dengar kan “badan kurus tapi tinggi kolestrol“.

Wanita yg sedang breastfeed anak agak selamat sebab sentiasa burn kalori yg agak tinggi. Yang tak breastfeed (laki/perempuan) dah kena start jaga. Kalau malas nak jaga, sila beranak lagi dan lagi dan lagi. Hehehe

Lelaki Memang Malas ?

Tapi dalam banyak-banyak, golongan suami yang paling tak kesah sekali pasal visceral fat ni. Sebab laki ni tiada nak pressure pakai baju lama-lama yang dah ketat mcm orang perempuan (apa barang pakai baju lama, baju baru la cun), kanan kiri atas bawah kawan-kawan semua sama cumel aka perut ke depan sikit (lagi buncit lagi happy katanya) dan nak bersukan ? Sori bang, keje banyak, dok dang nak jogging ke ape ke. Lebih gusar kalau ciri-ciri ini ada kat suami-suami kita. Letih weih nak pujuk laki buang lemak. Lemak adalah ASSET bagi mereka.

Apa Isteri Boleh Buat ?

Kalau belum buat detox, cepat-cepat lah buat. Tak payah nak tunggu tengah bulan pun xpe. Raya dah nak dekat ni. Lagi awal kita mula lagi banyak Kilo dan Inci yg kita boleh buang tau dan lagi cerah sinar iman di muka. Wow! 

Sambil kita dah berjaya detox & cuba nak eatclean, libatkan juga suami sama makan. Supaya sama-sama sihat. Tak mahu lah kita je yg sihat cun melecun kan? Kan best kalau gambar raya tahun ni sama-sama selim melim. 

bakar lemak dengan omega-3

Manfaat Omega-3 Membakar Lemak

Alhamdulillah, hari ini last day promotion omega guard, tapi hari ini saya nak ulang tayang sikit bagaimana omega-3 ini dapat membantu untuk membakar lemak jahat dalam badan kita ini. Kita tengok dalam omega-3 ini banyak manfaat, tapi yang ramai suka tentu sekali nak jadi kurus. Hahaha, apa kata kita tengok cara omega-3 bakar lemak

Fungsi Leptin Yang Berbeza Dengan Teh Lipton

Hahhaha, nampak macam sama, tapi leptin dalam omega-3 lebih bermanfaat dari teh lipton, walaupun teh lipton minum sangat sedap diwaktu petang sambil tengok abam africa main bola sepak. Bolehlah dikatakan fungsi leptin lebih kurang macam ini . Ayat dibawah adalah cedokan dari blog nutrihijau:

  • Leptin memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita dan dengan itu, kita akan makan dengan sedikit. Jadi dalam masa yang sama, kita boleh maintain dan kurangkan berat badan.
  • Leptin dapat meningkatkan tahap metabolisme badan melalui peningkatan output hormon tiroid. Setiap sel dalam tubuh bergantung kepada hormon tiroid untuk mengawal metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat, mudah untuk kita menurunkan berat badan.
  • Jika tindak balas badan dengan Leptin kurang lancar, sebaliknya pula berlaku di mana kita akan berasa lapar yang teramat dan akan menyebabkan kita sentiasa makan dan mengumpul lemak pada tubuh. 

Kenapa Insulin Lagi Power Dari Wan Nur Azlin ?

Hahaha, insulin ramai ditakuti oleh pesakit diabetes, memang menyeramkan bunyi insulin, tak seperti Wan Nur Azlin yang cun suatu ketika dulu, masa aku sekolah rendah. Oklah, bila kita sebut pasal insulin, pengambilan omega-3 dapat membantu menurunkan paras insulin :

  1. Kajian dari “Journal Of Obesity” menunjukkan pengambilan minyak ikan sehari dapat meningkatkan pembakaran kalori lemak sebanyak 26 % .
  2. Satu lagi kajian dari “Journal Of Nutrition” menunjukkan tikus yang diberikan minyak ikan dapat memetabolisme lemak dengan lebih banyak, berbanding yang tidak diberikan suplemen minyak ikan

Boleh dikatakan banyak lagi kajian demi kajian yang dilakukan, dan menunjukkan kebaikan omega-3 untuk membakar lemak. makanan membakar lemak

Manfaat Omega-3 Yang Lain

Ternyata minyak ikan memang banyak fungsi dan sangat berguna kepada manusia. Fungsi lain omega-3 yang boleh kita perolehi ialah:

  1. Menurunkan risiko penyakit jantung 
  2. Menyihatkan mata
  3. Menurunkan kadar kolesterol 
  4. Meningkatkan kesihatan otak
  5. Mengurangi stress
  6. Anti inflamasi
  7. Mengurangi risiko strok
  8. Baik untuk wanita hamil
  9. Mengurangi rasa sakit saat datang bulan 
  10. Mencegah penyakit alzheimer
  11. Baik untuk penderita diabetes 
  12. Membantu penyerapan vitamin
  13. Meningkatkan perkembangan anak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply