Makanan Wajib Kena Elak

makanan wajib kena elak

Makanan Wajib Kena Elak ? Akibat terlalu makan mee maggi setiap hari, lihat hasilnya yang amat mengerikan…Ini adalah kisah benar. Usus budak ini terpaksa dipotong sebanyak dua kali kerana makan mee maggi setiap hari.

‪Mee‬ Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

‪Sardin‬

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

‪Minuman‬ 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

‪Panadol‬

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan….

kredit: Kisah Dunia

makanan wajib kena elak

Jangan Percaya Makanan Sunnah ?

Beberapa hari lepas ada beberapa orang mesej saya, bertanyakan tentang makanan-makanan sunnah yang ada di Turki, saya pun bertanya semula apakah yang dimaksudkan. Mereka pun sebutlah tentang madu, minyak zaitun, buah delima dan lain-lain lagi. Mereka juga sarankan saya mengkonsumsi makanan sunnah supaya lebih sihat.

Saya jawab, “Di Turki, setiap pagi kami makan buah zaitun, tomato segar, madu, cheese dan lain-lain lagi. Minyak zaitun ini memang diguna harian dalam masakan. Jus delima yang pekat itu pula memang biasa dimasukkan dalam salata (salad). Cuka anggur, cuka epal… Bla bla bla…”

Jika hendak dikirakan, semua itu saya dapatkan ditempat orang memprosesnya sendiri, jadi lebih asli. Tetapi seasli dan se-original mana pun makanan sunnah ini, tidak pula saya lihat hospital di Turki ini kosong dan tiada orang sakit. Saya tidak faham mentaliti orang kita yang semuanya menggunakan ‘sunnah’ bagi melariskan produk makanan kesihatan.

Produk dibacakan Al-Quran ?

Tempohari pulang ke Malaysia, saya sempat melihat produk yang katanya dalam madu sudah dibacakan ayat Al-Qur’an (khatam), dalam minyak urut pun sudah dibacakan ayat Al-Qur’an dan tak boleh langkah, masa sapu kena selawat berkali-kali agar lebih berkesan, kismis untuk anak cerdik (pun sudah dikhatamkan) dan banyak lagi. Harga pula mahal.

Jika habbatussauda’ itu bukan main lagi besar ceritanya. Walhal di Turki memang biasa biji habbatussauda’ itu kita taburkan atas makanan atau dimakan begitu saja dengan madu. Tak heboh mana pun. Dan orang di Turki ini tetap sakit, doktor tetap ramai. Fakulti perubatan saban tahun penuh dengan pelajar-pelajar baru yang hendak belajar medik. Sebab kadar orang sakit bertambah setiap masa (walaupun hari-hari makan makanan ‘sunnah’).

Jadi di mana praktikaliti atau kewajarannya ya? Penyakit tetap datang walaupun makan makanan sunnah. Memperdaya masyarakat dengan fakta yang kurang tepat. Masalah berbohong atas nama ‘sunnah’ itu sangat-sangatlah tidak beretika perniagaannya. makanan wajib kena elak

Makanan Untuk Anak Pintar

Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat dan sempurna sifatnya. Selain itu ibu bapa juga mendambakan seorang anak yang bijak dan cergas.

Makanan juga mempengaruhi otak anak yang bijak dan cergas sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Pemakanan yang berkhasiat dan dari sumber yang baik amatlah dititikberatkan untuk kelahiran anak yang sihat dan selamat. 

Asid folik

Untuk dapatkan anak yang bijak, ibu boleh mengusahakan sejak dari awal trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang penting untuk pertumbuhan otak janin yang sihat iaitu asid folik.

Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa wanita merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas disahkan hamil.

Ia boleh mengurangkan risiko mendapatkan anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), membantu perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang.

Buah-buahan saranan Rasululah s.a.w

Didalam al-Quran ada menyebut tentang makanan yang disarankan dimakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak cerdas. Antaranya adalah :

Pir : Buah ini mengandungi banyak air yang manis dan penuh vitamin. Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah ini dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati” Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantikan anak kalian”.

Kurma : Ia mengandungi antara lain zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Iman Ali bin Abi Thalib berkata: “Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab).”

Luban (kemenyan arab) : Rasulullah s.a.w bersabda: “berilah makanan dari Luban (kemenyan arab) isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.”

Tembikai : Selain mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot. Juga baik untuk nutrisi janin dari segi pekembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasulullag s.a.w bersabda: ” Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”

Kelapa ; Rasulullah s.a.w bersabda; “Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik.” makanan wajib kena elak

sumber: vitaminsihat2u

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply