Makanan Yang Mengurangkan Kolesterol

top view photo of soybeans on bowl near drinking glass with soy milk
Photo by Polina Tankilevitch on Pexels.com

Makanan Yang Mengurangkan Kolesterol ? Anda takut kolestol anda tinggi ? Kalau tak takut, itu sungguh menakutkan, kolestrol tinggi ini menyumbang kepada penyakit darah tinggi dan serangan jantung, bahaya wooo. Takpa di sini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Jadi , bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). 

KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi.

BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

IKAN TUNA

Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

KACANG TANAH

Kacang tanah yg d ipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh

KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai. makanan yang mengurangkan kolesterol.

 sumber  rujukan disini

makanan yang mengurangkan kolesterol

Makanan Kesihatan Buat Penyakit Darah Tinggi Dan Kolesterol

Alhamdulillah, hari ini saja kami dah pos VIVIX shaklee kepada seorang cikgu di Negeri Sembilan. Semuanya suka dengan khasiat vivix . Ayah mertua saya pun sekarang ni pening kepala, tapi blood pressure normal, itu pun dah mula amalkan vivix. Cerita kolesterol dan darah tinggi ini memang adik beradik, kolesterol bila dah tinggi, habis salur darah sempit, boleh jadi darah tinggi, kencing manis, dan macam-macam lagi.

Permakanan Sihat Sangat  Penting

Walaupun ambil vitamin Shaklee, permakanan sihat sangat-sangat penting. Saya  tulis mula-mula ini supaya kita semua jaga permakanan. Kalau nak tahu kehebatan detoks, bukan sahaja boleh kuruskan badan, tapi juga boleh turunkan darah tinggi. Jadi, permakanan yang baik sangat  penting, sebelum ambil apa jua makanan kesihatan yang terdapat di luar sana. 

Aktiviti  Keluarkan Peluh

Selain itu, jangan lupa keluarkan sedikit peluh, bekerja duduk depan komputer, dalam air-cond lagilah tak bagus, kalau tak jaga makan. Kena keluarkan sikit tenaga, untuk badan kita rasa cergas dan bertenaga. Jantung baik untuk meningkatkan kemampuan darah dibawah keseluruh badan. Senaman boleh kurangkan kolesterol.

Faktor Umur

Ada juga beberapa kes di mana tekanan darah naik haya disebabkan faktor umur. Biasalah tuh, umur badan tak sama dengan umur kelahiran mak kata tahun masihi. Umur badan perlu dikira dengan mesin yang tepat, dan perlukan semua pihak memberi kerjasama. Umur ini menyebabkan sel makin lama makin tua, dan sel tersebut tak seanjal dahulu. makanan yang mengurangkan kolesterol jadi wajib tahu.

kesan kolesterol tinggi

KESAN KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan atherosclerosis iaitu pengumpulan atau timbunan kolesterol dan bahan buangan lain didinding arteri. Ini akan menyebabkan terjadinya plak di dinding arteri yang menyempitkan laluan darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi seperti:

SAKIT DADA

jika arteri yang membekalkan darah ke jantung dipenuhi plak, (arteri koronari), ini boleh menyebabkan anda mengalami sakit dada atau juga dipanggil angina. Bayangkan inilah rupa arteri yang sihat dan yang penuh dengan kolesterol

SERANGAN JANTUNG

Jika plak didinding arteri tadi retak atau terkoyak, ini boleh menyebabkan gumpalan darah dibahagian tersebut dan boleh menghalang laluan darah ke jantung. Lebih teruk lagi jika ianya runtuh, serpihan tersebut boleh menghalang dan menyekat terus laluan ke jantung dan menyebabkan serangan jantung. Video ini menunjukkan bagaimana serangan jantung berlaku apabila kolesterol menyekat laluan salur darah

STROK

Seperti juga dengan jantung, tetapi kali ini melibatkan laluan ke otak. Jika laluan ke otak terhalang, anda akan mendapat serangan strok yang boleh menyebabkan kerosakan otak. Apabila plak arteri pecah atau terkoyak, gumpalan darah boleh terbentuk dan menghalang aliran darah ke otak. Ini boleh menyebabkan kematian tisu otak dan kecacatan yang kekal.

HIPERTENSI

Kolesterol tinggi juga boleh menyumbang kepada perkembangan hipertensi atau tekanan darah tinggi. Plak arteri yang terbentuk boleh menyebabkan peningkatan ketegangan pada dinding arteri, yang boleh meningkatkan tekanan darah secara keseluruhan. Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko untuk pelbagai penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung, strok, dan penyakit ginjal.

PENYAKIT KAROTID

Kolesterol tinggi juga boleh menyebabkan penyakit arteri karotid, di mana plak terbentuk dalam arteri karotid yang membekalkan darah ke otak. Plak ini boleh menyebabkan penyumbatan aliran darah ke otak, yang boleh menyebabkan strok atau kecacatan neurologi yang lain.

GANGGUAN PEMBULUH DARAH

Kolesterol tinggi juga boleh menyebabkan gangguan pada pembuluh darah di seluruh tubuh. Plak yang terbentuk boleh menghalang aliran darah ke organ-organ penting seperti jantung, otak, dan ginjal. Gangguan pembuluh darah ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan komplikasi yang berkaitan.

PENYAKIT JANTUNG KONGESTIF

Kolesterol tinggi dapat menyebabkan penyakit jantung kongestif, di mana jantung tidak berfungsi dengan efisyen untuk memompa darah ke seluruh tubuh. Plak yang terbentuk dalam arteri koronari boleh menghalang aliran darah yang mencukupi ke jantung, menyebabkan kelemahan otot jantung dan peningkatan tekanan pada dinding jantung. Keadaan ini boleh menyebabkan kelelahan, sesak nafas, dan akhirnya gagal jantung.

Untuk mengelakkan kesan yang berbahaya daripada kolesterol tinggi, penting untuk menjaga gaya hidup yang sihat termasuk pemakanan yang seimbang, senaman secara berkala, mengurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol, serta mematuhi arahan doktor dalam mengambil ubat-ubatan yang diresepkan. Pemeriksaan kolesterol secara berkala juga penting

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply