Manfaat Herba Mas Cotek

Manfaat Herba Mas Cotek

Sudah ramai yang tahu tumbuhan manfaat herba mas cotek ini. Banyak juga produk-produk yang ada di pasaran yan berasaskan tumbuhan ini. Tumbuhan ini selalunya lebih sinonim dengan wanita.

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.

Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Untuk perubatan pokok ini biasanya:

– Berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam.

– Digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
– Mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
– Air rebusan akar dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. manfaat herba mas cotek.

manfaat herba mas cotek

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga. manfaat herba mas cotek

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanan dara.
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine /sakit kepala
Paru-paru berair
Pemulih tenaga batin
Sakit puan
Senggugut
Sakit pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Rangsangan hormon lelaki
Mengecutkan rahim peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantikkan dan melicinkan kulit
Demam/ Selesema

Beza antara vitamin dengan jamu/herba

ramai yang bertanya kenapa kami cadangkan vitamin berbanding dengan jamu dan apa beza keduanya..Bezanya….

Jamu

sebenarnya diletakkan dalam rangkaian herba dan pada masa ini kandungan jamu banyak ‘unknown’ dalam kandungannya dan jika kita lihat secara detail dilabel jamu mereka hanya meletakan nama bahan yang terdapat didalam jamu tersebut bukan peratusannya.Jadi sekarang kita perlu fahami fungsi badan, jamu apabila memasuki perut kita ia akan terurai menjadi vitamin dan mineral kerana badan tidak pernah menerima kacip fatimah atau lain2 tetapi ia mencari vitamin dan mineral yang terdapat didalamnya dan disinilah PERBEZAAN UTAMANYA.

Jika kita mengambil jamu maka perut kita yang bekerja keras utk menguraikan dan menyerap vitamin dan mineral yg terdapat didaalm jamu..dan jika perut kita tip top kita dapat kesemuanya kalau tidak hanya sebahagian …di sini yang rasi dan tak rasi serta rasa panas itu…

Beza dgn vitamin

ia menjamin penyerapan 100% zat vitamin dan mineral ke dalam badan kita. jadi perut kita tidak perlu kerja keras utk mengurai vitamin lagi…maka ia hanya perlu serap shj…inilah yg menjadikan badan kita cepat sihat dan baik serta bertenaga kerana badan kita dapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk proses pemulihan

Sebab itu kita perlu ingat…badan hanya menerima secara semulajadi vitamin dan mineral shj selain daripada itu..ia perlu diuraikan.

Jadi kenapa kita nak ke Johor dari kl kita lalu pahang dulu kan bagus lalu highway utara selatan je terus sampai…

Pokok Cekur Ubat Tradisional Melawan Malaria Selain Herba Mas Cotek ?

Mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih. Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin. Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan. Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu. Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.

Cara-Cara Penanaman Cekur

Cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program “Bumi Hijau” yang dianjurkan oleh kerajaan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar.

Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.

Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang.

Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) .

Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.

Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :

1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid.
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10.Sakit sendi.
11.Muntah

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

sumber: gaya hidup sihat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply