Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan

Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan

Semua orang tahu yang manfaat omega-3 ni, minyak ikan yang bagus untuk kesihatan. Dulu tengok iklan pasal budak yang pergi sekolah sorang-sorang, cikgu tanya dia, semua dia jawab budak lain demam. Hahha, itulah penangan minyak ikan di pasaran. Oklah, kali ini jom kita tengok balik apa kebaikan omega-3 nih, gambar memang ambil dari google je .

Kebaikan dan Manfaat Omega-3

Bolehlah dikatakan omega-3 ni bagus untuk jantung, otak,mata dan tulang. Omega-3 mampu mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, stress, alzhemier, parkinson, penyakit sendi dan macam macam lagi. Banyak lagi manfaat omega-3, boleh baca lagi di sini.

Sumber OMEGA-3?

Biasalah, minyak ikan adalah sumber terbaik omega-3, tengoklah biasanya ikan yang ada banyak  omega-3 ini biasanya ialah ikan laut dalam. Kenapa ye, itulah cara mereka memanaskan badan yang berada di laut dalam yang sejuk dengan tekanan yang tinggi. Boleh tengok gambar di atas beberapa jenis ikan dan jumlah omega-3 yang ada. Bapak aku pun ada cakap, ikan rilek je tak sejuk, sebab badan dia kuat, sebab itulah kena makan ikan, barulah badan tahan sejuk dan kurang demam.

Kenapa Ibu Mengandung Perlukan Omega-3 ?

Omega-3 ini penting untuk bayi dalam kandungan. Ianya bagus untuk berat badan bayi, dan ianya mencegah dari kehaliran pra-matang. Ianya bagus untuk perkembangan sistem saraf bayi tersebut. Pengambilan omega-3 boleh mengurangkan stress untuk ibu tersebut.

Boleh Kuruskan Badan ke ?

Hooo banyak jugak penyelidikan yang dijalankan tentang manfaat omega-3 untuk menguruskan badan. Minyak ikan mampu membakar lemak serta mengurangkan kolestrol. Boleh baca lagi pengalaman puan Ainul Mustafa di sini. dan di sini.

Kebaikan Lain Omega-3

  1. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  2. Membantu meningkatkan kesuburan.
  3. Pengambilan secara berterusan memyerikan kulit, kulit lebih licin dan kemerah-merahan.
  4. Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  5. DHA dan EPA mampu menentang trombosis
  6. Merendahkan kepekatan darah dan tekanan darah tinggi.
  7. Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar
  8. Mengekalkan tekanan darah normal
  9. Mengurangkan ketegangan dileher atau sakit kepala
  10. Merendahkan kolestrol
  11. Menghindarkan pembekuan darah didalam badan.
  12. Mengawal masalah obesiti
  13. Mencegah arteriosclerosis, myocardial infacrtion
  14. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  15. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  16. DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting dalam 3 bulan terakhr perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
  17. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
  18. Mencegah penyakit alzheimer.
  19. Memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain
  20. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  21. Membaiki alahan kulit, psorisis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupuserythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  22. Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  23. Meningkatkan enterogastritis, merangsang hati selepas pembedahan.
  24. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  25. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
  26. Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  27. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  28. Membaikpulih gout dengan berkesan.
  29. Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.
  30. EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophernia.

Megatron OMEGA-3 ?

MEGATRON ? Yang tak kena mengena dikk( buat gaya abg jemm). Ok bertemu lagi kita dalam ruangan sihat cergas edisi blog. Rasanya korang tentu ada yang nak siap pergi solat berjemaah asar. Dah masuk waktu ni. Ok jom.

Sebelum ni, kita ada cerita tentang khasiat lecithin . So kali ni, saya nak cari benda lagi best dari tu, iaitu OMEGA-3. Apa cerita omega-3 ni, bagus sangat ke ? JOM kita layan gambar-gambar dibawah.

NI salah satunya ialah lemak sihat , tentulah minyak ikan yang ada OMEGA-3 ni.

Korang tahutak sebenarnya, stress boleh menyebabkan kegemukan, badan kita akan inflammation bila jumpa lemak trans dan lemak tepu, tapi dia akan menjadi CALM bila jumpa OMEGA-3, lemak baik.

Banyak kelebihan omega ni, kiranya bagus untuk keseluruhan badan.

Makan Ikan Muka Cantik ?

Salam sejahtera, hahaha, saya baca tajuk nih, saya rasa pernah tulis pasal makan ikan dulu, tulislah macam-macam, tapi  yang ni menarik jugak. Betul  ke makan ikan muka cantik ? Hahhaha, oklah nak cerita nih macam-macam contoh kita boleh tengok, tak susah pun.

Dulu aku pernah ada supervisor, phd dan master, dan muka diorang memang jenis awet muda, hahaha, ini cerita  betul punya. Tahu tak muka diorang ni bersih, oh ye, memang aku perati tabiat makan diorang. Lagi lagi supervisor phd aku, dia makan ikan, tak pernah aku tengok dia  makan ayam ke , daging ke, jarang wei, hahahha. Muka awet muda, selain itu pergi kedai order air kosong je, memang diet gile.

Aku pernah tulis macam-mana nak cantik , tapi nak ceritakan kat sini, korang pernah tak tengok orang yang duduk di kepulauan, yang memang makan ikan nature  , tak goreng, tak masak, ye  tuh orang jepun. Orang jepun, memang diakui kulit cantik, sebab diet mereka macam tuh, mereka suka makan mentah,  tak goreng, takda minyak, lepastuh minum green tea, memang ada harapan nak kulit cantik.

Bila sebut pasal ikan, kena memilih jugak ikan nih. Sebab korang pun tahu, dunia sekarang, penuh dengan pencemaran macam kat pahang tuh. Hahhaa, ikan yang biasa mungkin dah kena pencemaran minyak, jadi jawabnya, ikan laut dalam pilihan terbaik. Sebab apa ? kerana mereka ni makan makanan yang tak tercemar, tak diusik, kat situ semuanya makan natural dan sangat bagus. Sebab tuh aku nak masuk cerita pasal nak share dengan korang 2 vitamin penting dari hasil ikan laut dalam.

Omega-3 – minyak paling cool dalam dunia, omega 3 ni bagus untuk jantung, imuniti,  kesihatan budak budak, dan macam-macam lagilah. Nak cantik pun, bagus makan omega-3, sebab ia boleh mengurangkan keradangan pada wajah muka.
Kolagen – yang ni memang semua orang suka. bab kolagen nih, ramai salah faham, sampai ada kata kolagen ada pada tumbuhan. Hahhaa,  itu tak betul, kolagen hanya ada  pada haiwan, termasuklah spesis manusia.

Nak diceritakan lagi,  kalau hidup kita  tak makan ayam, takpa, tapi nak cerita, makan ikan lagi bagus, daging ikan takde lemak, ayam ada, tinggi kolesterol lagi.  Jadi, makan ikan fresh, laut  dalam,  itu yang terbaik.

Minyak Sacha Inchi

Ia membekal antioksidan yang tinggi iaitu Omega 3,6 & 9 yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
Minyak ini juga bagus untuk kesihatan kulit dan rambut yang sihat.

1. Pengganti minyak ikan yang sekarang tercemar dengan merkuri.
2. Mengandungi Omega 3, 6 dan 9.
3. 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.
4. Melembutkan pembuluh darah
5. Naikkan HDL dan turunkan LDL.
6. Baik untuk jantung, urat saraf, otak, sembelit, buah pinggang & dapat membantu diabetes, high blood, cholesterol, obesity, arthritis & gout, libido menurun, storke, anti aging, psoriasis, eczema, acid reflux, buasir, autoimmune.
7. Diiktirafkan sebagai minyak sayuran terbaik di dunia berbanding dengan flaxseed, canola, linseed.

Cara Penggunaan:
Pengguna biasa/Tujuan penjagaan kesihatan :
Minum 1 sudu (5ml) setiap hari

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply