Masalah Anak Bantut

masalah anak bantut

Masalah Anak Bantut. Bantut atau masalah tumbesaran kanak-kanak secara umum bermaksud saiz fizikal atau ketinggian yang tidak normal berbanding umur.

Masalah Anak Bantut

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan melaporkan kadar kanak-kanak terbantut meningkat kepada 20.7% pada 2016 berbanding 17% pada 2006. Masalah ini tidak hanya berlaku dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah tetapi juga berlaku dalam keluarga berpendapatan tinggi kerana terlepas pandang. Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Risiko darah tinggi masa hamil.

Patutlah kita kena selalu p check up. Setiap kali check up check darah, ambil tekanan darah. Sangat penting semua ni. Penting untuk kita & baby. ada kawan opis Ainul cite. Kawan dia darah tinggi masa hamil. Mungkin terlalu tinggi. Bersalin czer & koma.

bersalin czer dulu, masa nak czer pun kejap kejap nurse datang check bp. Bersalin normal pun sama. Alhamdulillah 3 kali mengandung , bersalin BP normal. Apapun jangan tunggu mengandung baru nak jaga. Kita bermula dari sekarang.. NOW !?

Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.

Bagaimana pra-eklampsia memberikan kesan buruk kepada bayi? Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan anda. Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan.

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL, Risiko HB rendah semasa mengandung,  jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat!

PUNCA HB RENDAH

  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurangan asid folat
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu:

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH?

  1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti : Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping, Daging ayam: bahagian dada , Kerang: 20 biji Ikan bilis
  2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
  3. Pengambilan suplemen tambahan yang boleh mengatasi masalah hb rendah.

sumber : anakkusayang

5 CARA MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL

5 PETUA TURUNKAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan seperti biasa dengan pengawasan rapi.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan adalah:

1. MEMATUHI TARIKH TEMUJANJI / PEMERIKSAAN

Paling penting, ibu hamil perlu mematuhi tarikh temujanji untuk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan sekerap mungkin.

Sekiranya berlaku perubahan mendadak pada tekanan darah, maka pihak hospital dapat mempreskripsikan ubat dan rawatan yang sepatutnya berdasarkan tempoh kehamilan.

2. MENGAMALKAN DIET SIHAT

Menurut sumber, darah tinggi semasa hamil tidak sama jenisnya dengan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Maka, sesetengah pakar berpendapat ia tidak berkait secara langsung dengan pemakanan bergaram.

Walaupun begitu, seeloknya ibu hamil perlu mengekalkan diet yang sihat sepanjang kehamilan untuk meminimakan sebarang risiko darah tinggi semasa hamil.

3. KEKAL AKTIF

Antara faktor yang menjadikan seseorang lebih cenderung mengalami darah tinggi semasa hamil adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, dan umur melebihi 40 tahun.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengamalkan senaman ringan dan mengekalkan gaya hidup aktif. Tak perlu pergi gym, berjalan-jalan di taman pun dapat memberi kesan yang baik. Namun, berbincang dengan doktor sekiranya anda selalu melakukan rejim senaman yang berat.

4. ELAK STRES

Salah satu faktor pemicu terjadinya peningkatan tekanan darah adalah kerana terlampau stres. Dalam keadaan terlalu letih, risau, atau stres, sistem peredaran darah boleh terjejas hingga berlakunya peningkatan tekanan darah.

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan jangan teragak-agak mendapat bantuan apabila perlu.

5. MINUM AIR SECUKUPNYA

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak.

PATUHI JADUAL UBAT-UBATAN YANG DISARANKAN OLEH DOKTOR

Sekiranya anda dipreskripsikan dengan ubat, pastikan semua ubat-ubatan dimakan mengikut jadual. Jangan risau, semua ubat ini adalah selamat dan diberikan mengikut dos yang sesuai.

Perlu diingat bahawa tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kelahiran bayi pramatang, keluruhan plasenta, atau bayi IUGR (terbantut tumbesarannya). Maka, sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat.

Di samping itu, ibu yang mempunyai darah tinggi semasa hamil adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan bukannya bersalin sendiri di rumah atau ‘gentle birth’ yang dipantau oleh bidan. Sebaliknya, pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply