Masalah Obesiti

woman showing apple and bitten doughnut
Photo by Andres Ayrton on Pexels.com

Masalah Obesiti ? MACAM MANA NAK MERDEKA DARI OBESITI ? KENA HIJRAH DARI LIFESTYLE TAK SIHAT KEPADA LIFESTYLE YANG LEBIH BAIK

Semalam dah buat satu post pasal merdeka dari obesiti , so korang mesti tanya, macam mana nak merdeka dari obesiti, sakit kronik bla bla bla. Jawapannya ialah HIJRAH, dari lifestyle tah hapa hapa kepada lifestyle yang lebih berdisiplin.

Betul, korang pernah tengok satu kartun, ramai orang kita suka cari ubat short cut. Ubat darah tinggi, ubat kencing manis, buat jus tuh jus kampung, jus sunnah dan macam macam lagi. Tapi end up ubat tuh jadi efek sementara. Samalah makan supplement , kesan dia bagus, tapi bila stop, habis jahanam.

Bila Allah dah detikkan hidayah, melalui ujianNya, kena kena sabar, buka hati dan jawab ujian dengan jawapan bersandarkan quran dan sunnah. Jadi bila kau sentiasa positif, disiplin, kau akan dapat resultnya. Ada yang cemerlang, ada yang biasa biasa, dan ada yang sikit je.

Takpa, ko kena terus buat dan terus belajar belajar dan belajar. Itulah kemanisan dalam Hijrah, nak merdeka dari masalah kau. Macam abam joe masalah berat badan nih, dah bertahun mimpi nak kurus, tapi bila dah semangat, terus konsisten dan belajar dan keep belajar pasal diet, weight loss , dan macam macam lagi.

So again, hijrah ini sangat bermakna kepada kami. Tak pernah fikir nak kurus kering macam sekarang. Bolehlah menjerit MERDEKA, HIJRAH !!!! masalah obesiti

susu tin masalah obesiti

Susu Dalam Tin Penyebab Obesiti Dalam Malaysia ?

Lepak mamak pekena teh tarik, kopi tarik? In-trend dengan bubble tea, teh ais kaw cincau? Atau sedap lagi ABC bawah pokok? Ya, memang rasa sedap, manis dan kaw tapi tahukah apa yang diletakkan dalam minuman itu? Susu kan?

Betulkah ‘susu’? Ataupun susu segar? susu cair? susu pekat? krimer? atau krimer manis? Ataupun panggil ja semuanya ‘susu tin’? “Lorhhh ada macam2 jenis ka?” Ingatkan semua ‘susu dalam tin’ tu sama ja. Salah kefahaman tu. Hakikatnya, kebiasaannya tak guna susu tapi akan digunakan krimer atau krimer manis sahaja. Krimer ni apa pulak? Rujuk ni:

Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)

Jenis susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair oleh orang kita.

Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened condensed full cream milk)

Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Kebiasaanya ramuan
utama bukan susu tapi GULA. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan.

Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)

Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu tu pula telah dikeluarkan dan diganti (atau
senang cerita ‘diisi’) dengan minyak tumbuhan.

Susu Isian Manis (sweetened filled milk)

Sama seperti susu isian sejat dan ditambah GULA (gula adalah ramuan utama).

Krimer Sejat (evaporated creamer)

Ianya berasaskan minyak tumbuhan, selalunya minyak sawit yang telah diproses dan dilunturkan
menjadi putih seakan susu. Juga terdapat dalam jenis serbuk (krimer kopi). Banyak digunakan dalam
minuman pracampur/ 3 dalam 1, bubble tea, carrot ‘susu’, masakan, nasi minyak, kuih, dessert dan ABC.

Krimer manis (sweetened creamer)

Sama seperti krimer yang berasaskan minyak tumbuhan dan telah ditambah dengan GULA
(kandungan gula adalah ramuan utama) dan biasa digunakan dalam minuman panas seperti teh tarik,
sirap bandung dan sebagainya di kedai makan.

Kalau lagi hipster – krimer yang berperisa (coklat, strawberi, karamel) makan ngan roti. Biasanya, krimer akan diberi nilai tambah dengan menambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.

Selama ini anda gunakan yang mana satu atau hasil yang menggunakan produk yang mana satu?

Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT PENUH KRIM (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).

Jadi, tak hairanlah bila negara tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya. Bangga? Fikirkan semula, amalkan kesederhanaan!

Nota: Kebiasaannya, susu diimport dalam bentuk pepejal susu dan lemak susu yang kemudiannya diproses/ dicampur semula ke bentuk cecair sebelum dipek untuk dijual (recombined milk). Jadi, pada label ramuan akan dilabel lemak susu, pepejal susu. Malah, ada krimer sejat/ krimer manis yang masih mengandungi pepejal susu, namun kandungannya tidak sebanyak minyak tumbuhan+gula yang menyebabkan produk tersebut tidak memenuhi kriteria perlabelan sebagai susu.

Apa pun, rajinlah baca label dan kenali jenis produk. Label produk mungkin berubah mengikut formulasi terkini. masalah obesiti

Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus ?

Ramai yang nak kurus. Pembedahan Bariatrik. Ok ke? Ia seakan menjadi trend di kalangan selebriti beberapa tahun kebelakangan ini.
Di Amerika Syarikat, pembedahan ini amat popular untuk mengatasi masalah obesiti dan juga mengurangkan masalah metabolik seperti diabetes.

Tapi, tahukah anda, ada beberapa jenis pembedahan bariatrik yang boleh dijalankan oleh Pakar Bedah terlatih. Yang mana satu pilihan yang paling baik bergantung kepada beberapa faktor seperti kesihatan pesakit secara keseluruhan, faktor kesan sampingan, samada ia pembedahan terbuka atau secara laparoskopi dan juga kecekapan pakar bedah itu sendiri.

Bercakap tentang kesan sampingan,

gastric bypass atau Roux-en-Y, merupakan kaedah yang paling cepat berkesan tapi paling banyak kesan sampingan.
Antaranya ialah:
1. Pembentukan batu hempedu (dalam 40% daripada pesakit)
2. Malabsorption – kekurangan nutrisi dan vitamin seperti vitamin B12, thiamine, asid folik, zinc, vitamin D, vitamin K dll. Pesakit perlu mengambil suplimen dan vitamin sepanjang hayat.
3. Leaking (kebocoran dari tempat sambungan)
4. Dumping syndrome, terutamanya selepas makan makanan tinggi karbohidrat, jadi pesakit boleh muntah dan merasa ‘bloated’.

Bagi pembedahan ‘gastric banding’

ia lazimnya dijalankan secara laparoskopi jadi pesakit cepat pulih daripada pembedahan namun ia memerlukan satu ‘band’ dimasukkan untuk mengecikkan ruang perut (rujuk gambar). Kaedah ini boleh menerukkan masalah refluks sekiranya ada. Ada juga kemungkinan ‘band’ tersebut menjadi longgar dan tertanggal menyebabkan pembedahan terpaksa diulangi.

Kaedah terakhir iaitu sleeve-gastrectomy, ianya juga kaedah yang popular kerana kurang kesan sampingan. Namun ia juga boleh menerukkan masalah reflux dan juga boleh menyebabkan leaking. Sekiranya leaking atau kebocoran berlaku, pesakit akan mengalami sakit perut yang teruk dan boleh muntah-muntah.

Bila diteliti, tiada pembedahan yang bebas daripada kesan sampingan. Setiap intervensi untuk mengatasi obesiti bukan semudah menjalani pembedahan, ia masih perlu disiplin dan nasihat daripada pakar nutrisi yang bertauliah. Sememangnya nak obese itu mudah, nak menghilangkannya itu payah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply