Membongkar Mitos Kolesterol Jahat

membongkar mitos kolesterol jahat

Membongkar Mitos Kolesterol Jahat adalah satu kerja yang sukar. Sebelum ini ramai faham tentang kolesterol jahat ini penyebab sakit jantung. Jom kita baca pelbagai pendapat tentang masalah kolesterol.

Buku ini membongkar mitos tentang kolesterol.

Hasil dari mitos bahawa kolesterol adalah punca sakit jantung menyebabkan syarikat farmasi untung puluhan biliion setahun hasil jual ubat anti kolesterol.

Walhal penyebab sakit jantung bukanlah kolesterol tinggi krn kajian menunjukkan 75% pesakit jantung mempunyai paras kolesterol yg sederhana dan rendah. Penyebab paling utama sebenarnya adalah keradangan (inflamation).

Biasanya bila kolesterol kita tinggi, doktor akan bagi ubat anti kolesterol, statin, suruh kita jgn makan makanan2 tinggi kolesterol spt seafood, santan, kambing dan daging. Dia tak suruh kita berhenti makan gula pasir dan refined carbs

Sebenarnya, untuk mengelakkan keradangan kita perlu amalkan gaya hidup sihat spt
1. makan lebih banyak sayur dan buah yg anti keradangan
2. Ambil minyak2 sihat spt minyak zaitun, kelapa dara dan habbatus sauda.
3. Elak mental dan physical stress
4. Elak makan gula pasir, tepung gandum (gmo dan gluten), makan proses, trans fat dan minyak2 tinggi omega 6 spt minyak bunga matahari, minyak soya, canola dsb.
5. Eksesais
6. Puasa kering atau puasa basah (IF)

kalau nk tengok tahap keradangan secara tak langsung boleh tengok tahap triglycerides melalui ujian darah. Paras yg selamat adalah kurang dari 1.0. Semakin tinggi kandungan triglycerides menunjukkan semakin tinggi tahap keradangan badan kita dan risiko serangan jantung semakin tinggi.

Walau bagaimanapun ia tidak bermakna kolesterol tinggi tidak berbahaya. Ia bahaya, cuma yg lebih bahaya dari itu adalah keradangan. Ubat anti kolesterol hanya menyekat enzim dari menghasilkan kolesterol, ia tidak merawat punca salur darah yg mengalami keradangan. Semoga bermanfaat

Mitos dan scam paling besar dalam perubatan modern adalah KOLESTEROL.

Satu bid’ah yg bermuara kpd Ancel Keys. Mitosnya begini:

Kolesterol adalah punca kepada sakit jantung. Sebenarnya punca sakit jantung bukan kolesterol tapi jahat (LD)) tapi kolesterol jenis small dense LDL iaitu kolesterol yang teroksida. Kolesterol teroksida disebabkan oleh banyak faktor termasuk gula berlebihan, karbohidrat dan fruktosa. Ubat statin memang mengurangkan kolesterol tapi yg dikurangkan bukan kolesterol sd LDL tapi kolesterol jenis big and fluffy LDL.

Jadi strategi sepatutnya ialah mengurangkan gula dan karbohidrat melalui kaedah intermittent fasting dan low carbs and high fats. Tapi kenapa masih ramai yg tak faham tentang kolesterol dan insulin resistance? Sebab ini adalah masalah sistemik.

Masalah yang berpunca dari sistem. Apa sistemnya? Sistemnya ialah perubatan modern ada tendensi utk menjual ubat dan merawat semua penyakit dgn ubat ibarat kata pepatah “one pill fo one ill”. Sebab itu kita selalu dgr bhw diabetes tidak boleh dirawat atau tak boleh sembuh. Walhal rawatan bukan hanya dgn makan ubat.

Maka benarlah firman Allah bhw “kerosakan di daratan dan di lautan kerana tangan manusia”. Ahli tafsir mungkin kena masukkan fakta bhw “kerosakan” itu adalah bila kita ubah sifat semulajadi sesuatu ciptaan spt cth berikut:

1. Laut kita cemari dgn minyak2 dan nuklear menyebabkan ikan2 dicemari

2. Susu kita buang lemak kita jual sbg low fat milk

Nak bagi sedap kita tambah gula

3. Gandum kita modify bagi lebih besar kita buat genetically modified organisms (GMO)

4. Buah2, sayur2 dan bijirin kita sembur racun tak organik utk keuntungan dan ‘survival’

5. Buah2 kita tak makan, tapi kisar dan bubuh gula. Kita minum buah, bukan makan buah. Ayaq nyoq pun kita suruh brader tambah gula. Takdok pekdoh.

6. Dah elok2 lemak ada dari minyak semulajadi yg sihat spt minyak kelapa, kelapa sawit dan minyak zaitun kita pi makan minyak2 bahaya yg tinggi omega 6 spt minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak2 sayuran dan trans fat. Fat tiruan spt marjerin dan shortening

7. Lembu elok2 makan rumput kita bagi dia makan antibiotik dan growth hormone.

Boleh tambah lagi kalau nak tambah tapi cukuplah tujuh. Fan liverpool kalau klik haha mungkin sbb depa dah baca sampai habis.

Pilihlah minyak Sihat.

Kita ditakut2kan dgn lemak tepu. Konon lemak tepu punca sakit jantung. Jadi kita pun dgr lah pendapat makan rebus, bakar, gril. Hambar. Boring. Padahal itu semua dakyah barat sebab nak buruk2kan minyak sawit. Kita pun membenci minyak sawit dan beli minyak2 barat spt minyak soya, minyak bunga matahari dan minyak canola yg tinggi omega 6.

Sebenarnya minyak2 tu tak sihat krn bila diguna utk goreng ia akan ditukar jadi trans fat. Minyak2 tu juga la yg diguna utk buat trans2 fat mcm marjerin, krimer dan shortening. Dan itu ada dalam kebanyakan makanan proses yg kita suka makan.

Tapi bila sakit jantung, kita salahkan santan, sup gear box, kambin, kari nasik kandaq dsb. Padahal tak ada bukti saintifik yg mengatakan santan punca sakit jantung atau lebih tepat kolesterol punca sakit jantung. Punca sakit jantung atau artherosklerosis adalah pengambilan gula berlebihan, tepung gandum dan trans fat.

Benda2 ni yg menyebabkan keradangan salur darah. Salur darah jadi keras dan sempit. Jadi bila sempit ia jadi mudah tersumbat. Sbb tu org yg fit dan ahli sukan pun boleh kena sakit jantung, bukan sbb dia tak fit tapi sbb badan dia radang. Kalau ada darah beku lagilah bahaya. Sekarang banyak kes darah beku…google lah blood clot..

Jadi, adakah kolesterol tinggi tu tak bahaya?

Jawapannya, kita kena tengok secara menyeluruh, kena tengok.juga tahap keradangan badan. Ada ujian nama HSCRP yg boleh ukur keradangan badan. Selain itu, kita boleh juga tgk bacaan triglyseride (TG) dan HDL.

Kalau LDL tinggi, HDL dan TG rendah…risiko sakit jantung rendah..

Kalau LDL rendah, HDL dan TG rendah..maka risiko pun rendah

Kalau LDL rendah tapi HDL dan TG tinggi maka risiko tetap tinggi.

Kalau LDL tinggi, HDL tinggi, dan TG rendah…tak perlu risau

Kalau LDL tinggi, HDL rendah dan TG tinggi…ini bahaya.

Jadi, kita tak boleh hanya usahakan turunkan kolesterol dgn makan ubat itu dan ini. Sudahlah ubat itu ada side effect kpd buah pinggang, tak menjamin pula utk mencegah dari sakit jantung. Kajian menunjukkan 75% pesakit jantung, masa kena serangan jantung paras kolesterol mrk adalah rendah.

Jadi tak perlu tergesa2 ambil ubat anti kolesterol. Yg penting kawal keradangan dgn:

1. Makan sayur2 dan buah setiap kali makan… makanlah 50% sayur dan buah, 10% karbo dan 40% protin

2. Makanlah hari2 minyak2 sihat spt minyak zaitun, minyak sawit merah (yg kita gelakkan dulu), minyak habbatus sauda, minyak ikan, dan minyak kelapa dara. Minyak2 ni bersifat anti keradangan dan anti oksidan. Ringkasnya minyak sihat.

3. Kurangkan makan gula pasir, tepung gandum (guna tepung beras), trans fat dan makanan proses yg jadi punca radang. Makanlah makanan2 asli (real food). Kalau karbo tu ambik karbo tinggi serat spt roti wholegrain atau beras perang, herbaponni, parboiled yg rendah GI.

4. Berhentilah isap rokok.

Akhir sekali, kita bukan sembang kari, kajian dah ada dan diterbitkan dalam jurnal perubatan berprestij. Bacalah kajian yg saya printscreen di Pukapuka dan Tokelau island yg penduduknya banyak makan lemak santan tapi tak ada sakit jantung.

Sy difahamkan org eskimo pun makan lemak, tak ada institut jantung eskimo. Datuk nenek kita makan kari hari2 (terutama org kedah), sihat saja. Umur 80, 90 tak ada sakit jantung. Baru sekarang kita dengar setiap tahun 19 ribu orang kena sakit jantung.

Tapi yg kena tu muda2. 30an, 40an, 50an. Mungkin ada kaitan dgn gaya hidup baru. Makanan2 proses. Pagi sarapan roti putih atau roti canai tinggi GI dan bergluten dan teh tarik tinggi gula, tengah hari makan nasik putih banyak, sayur sejemput je dan kopi ais/teh ais, balik opis singgah beli teh bijik viral pulak…

petang bancuh milo dan roti sapu jem malam makan nasik sepinggan penuh dan seperti biasa sayur sejemput. Buah tak makan sbb tak beli pun. Sambil tengok Tv makan lagi…bukan makan buah atau kacang2 sihat tapi makan potato chip kaya garam dan msg. Mana tak sakit?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply