Minuman Diet Paling Berkesan

Minuman Diet Paling Berkesan

Minuman Diet Paling Berkesan. Alhamdulillah, hari ini dah mula bola sepak Piala AFF Suzuki 2014. Nampaknya tengok kawan-kawan ASB pun dah mula berdiet. Paling ketara sekali ialah tuan pengerusi ASB, Fahmy Bin Barney yang kelihatan bersemangat dan sihat. Oklah, untuk tuan Fahmy, Naja, dan Munzir, saya nak share untuk anda 2 minuman diet yang bagus untuk anda, boleh cuba dirumah ok ? Minuman diet paling berkesan itu ialah:

  1. Jus Kiwi Terbaik Dan Sedap
  2. Minuman Alfalfa Yang Menyegarkan

1. Jus Kiwi Minuman Diet Paling Berkesan

Alhamdulillah, Ainul dulu pernah dapat offer, dapat free buah kiwi, untuk dibuat promosi. Hoo, memang kitorang pulun makan buah kiwi. Selain, dari kesedapannya, ternyata jus kiwi ini memang best, hahahaha, sampai suruh kawan-kawan rekemen tolong makan. Oklah jom kita tengok sikit apa yang best pasal buah kiwi.

Kebaikan Buah Kiwi

Oklah, kenapa nak makan sangat buah kiwi ini ? Oklah, apa kata kita buat ulangkaji sikit. Macam biasa nak dapatkan kebaikan buah kiwi ini tak susah pun, google je, dah terus dapat. Oklah, hasil dari pembacaan dan copy paste artikel orang putih, bagus juga kalau nak dijadikan minuman diet paling berkesan

  • Membantu sistem pencernaan
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Melindungi dari kerosakan DNA
  • Meningkatkan imunisasi
  • Rendah Indeks Glisemik (GI)
  • Bagus untuk usus
  • Membantu membuang toksin
  • Penting untuk kesihatan jantung
  • Sesuai untuk pesakit Diabetes
  • Bagus untuk kesihatan mata
  • Memberi lebih alkali dalam badan
  • Baik untuk kulit

Cara Mudah Nak Buat Jus Kiwi

Alhamdulillah, kalau nak tahu cara paling mudah nak buat jus kiwi, bolehlah tengok video ayah saya di atas. Dia buat dengan tenang dan rilek, hooo, memang feel. Oklah, cara buat dia pun tak susah, janji kena ada buah kiwi, jangan buah mangga pulak.

Artikel Menarik

So khasiat buah ini macam macam ada, tapi kena jaga-jaga juga bab buah ini. Tapi takpa, nak lagi mantap lagi kefahaman korang tentang minuman diet, apa kata baca artikel yang dicadangkan di bawah:

2. Teh Alfalfa Yang Menyegarkan

Ramai dah tahu, terutama penjual alfalfa, tak kisahlah yang jual produk vitamin, produk lain pun, semua tahu Alfalfa ialah Raja Segala Makanan, bak kata orang jawa celup korea. Alfalfa ini memang best, sampai nak kurus pun, orang suruh makan Alfalfa. Tapi dulu ada cerita best, tentang seorang pengidap kanser. Ramai SID pun dah cover cerita ini, pengambilan Alfalfa secara konsisten membuatkan dia lebih baik dan bertambah sihat, dan sekarang pun dah jadi kaya raya.

Minum Dengan Teh Panas

memang sedap woo, tengoklah muka admin kat atas tuh, hahaha, memang layan weih. Hhahaaa, so bagus untuk detoks, sebab Alfalfa ini boleh minum dengan air panas. Tapi kalau boleh nak lagi power, minum dengan air panas. Kalau minum dengan teh, takut boleh menghakis zat-zat yang ada.

Lagi Manfaat Alfalfa

Memang best, kalau nak cerita pasal Alfalfa, bagus nak dijadikan minuman diet paling berkesan,  tapi kalau nak menarik jom kita baca tentang kebaikan Alfalfa di bawah ini:

Bagus Tak Minuman Tenaga Untuk Diet ?

Persoalan mula timbul, benarkah minuman sebegini benar-benar mengembalikan tenaga? Bagaimana pula dengan kesan jangka masa panjangnya? Ini berikutan beberapa buah negara telah mengambil langkah mengharamkan penjualan minuman tenaga ini secara terbuka, di antaranya ialah Australia, New Zealand, dan beberapa buah negara Eropah yang lain (di France, minuman sebegini hanya dijual di farmasi). Mungkin fakta-fakta berikut boleh dipertimbangkan.

1 – Kebanyakan minuman tenaga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi, iaitu kira-kira 5 hingga 8 sudu teh gula untuk satu hidangan (setin), walhal kita dinasihatkan untuk tidak mengambil gula melebihi 7 sudu teh gula sehari!

Gula, yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang mudah diserap ke dalam darah, merupakan sumber tenaga segera yang bagus. Walaubagaimanapun, pengambilan gula melebihi kadar yang diperlukan amatlah rugi. Ini kerana, apabila paras gula dalam darah meningkat banyak secara mendadak, paras insulin (bertanggungjawab membawa gula kedalam sel sebelum menukarkannya kepada glikogen) juga akan meningkat. Ini akan merangsang otak untuk menghasilkan serotonin, sejenis neurotransmitter yang membuatkan orang mengantuk semulajadi pada sebelah malam. Sebab itulah apabila anda terlalu kerap mengambil minuman tenaga, anda bukan kelihatan lebih cergas, sebaliknya anda mudah menjadi lesu dan mengantuk.

2 – Semua minuman tenaga mengandungi kafein. Kafein boleh diambil tetapi haruslah diingat bahawa kafein merupakan sejenis stimulan. Ia bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosin yang membuatkan kita mengantuk apabila ia melebarkan pembuluh darah. Tanpa adenosin yang telah dihalang oleh kafein, pembuluh darah di otak akan mengecil, menjadi lebih ketat dan sempit. Apabila ini berlaku, denyutan jantung akan bertambah (sebahagian daripada mekanisma pertahanan tubuh badan) untuk meningkatkan tekanan darah sehingga darah ‘mampu’ mengalir ke otak dan otot. Ini bersamaan peningkatan metabolisma, dan anda akan mendapat tenaga ekstra daripada peningkatan metabolisma ini.

3 – Walaubagaimanapun, pengambilan kafein secara berlebihan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Secara purata, mengambil kafein di bawah 300mg adalah masih selamat. Tetapi angka begini tidak mustahil dicapai sekiranya anda mengambil 2-3 hidangan minuman tenaga sehari (kerana sebotol atau setin minuman tenaga mengandungi sekitar 50mg – 250mg kafein)! Apakah kesan buruk kafein? Kafein menghalang penyerapan kalsium kedalam tulang, dan ini meningkatkan risiko untuk anda mengidap osteoporosis (inilah sebabnya kanak-kanak yang sedang membesar tidak digalakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi, kerana itu hanya akan membantutkan pembesaran mereka).

4 – Ramai kaki-kaki gym mengambil minuman sebegini ketika bersenam, konon-kononnya untuk meningkatkan tenaga ketika work out. Tetapi mereka tidak sedar yang minuman berkafein bersifat diuretic, yakni badan akan menyingkirkan air daripada badan dengan banyak menerusi air kencing atau peluh. Anda akan kehilangan banyak elektrolit di situ.

sumber : sususejat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply