Minuman Probiotik Penyebab Kanser ?

minuman probiotik penyebab kanser

Minuman Probiotik Penyebab Kanser ? Isu tentang minuman probiotik seperti vitagen, yakult dll boleh menyebabkan kanser memang sedang hangat diperkatakan. Ini adalah kandungan info yang disebarkan, buat yang tidak tahu.

Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.
Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser.
Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.
Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.
Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser
Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser
Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum…
Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup.

copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.
Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah,mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia.

Sejauh mana kesahihan info ini?

Saya membuat pembacaan dan mendengar pendapat dari rakan Doktor. Minuman Probiotik Penyebab Kanser ?

Pendapat Pertama

Dr Zubaidi ada menyatakan pendapat beliau iaitu, dakwaan di atas adalah tidak munasabah atas beberapa faktor.

  1. Ia tidak mempunyai bukti yang sahih.
    • tiada nama doktor dan hospital mana doktor itu bekerja. Maka kita tidak boleh mendapatkan maklum balas daripada doktor tersebut.
  2.  Kemungkinan berlaku salah faham semasa pembawa berita mendengar khabar tersebut. Ia boleh jadi doktor menyatakan minuman itu tidak sesuai untuk pesakit kanser
  3. Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi mereka yang sihat termasuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

Namun begitu, kerana kuman
probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, maka ia tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang lemah.

Antara individu yang tidak sesuai mengambil minuman kuman probiotik termasuk :

1. Pesakit HIV / AIDS

2. Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.

3. Pesakit diabetes

4. Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kimoterapi dan radioterapi

5. Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang menjalani rawatan dialysis

6. Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE

7. Pesakit yang mendapat rawatan steroid

8. Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.

Dr Zubaidi bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh
meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser.

Pendapat Kedua

Pendapat rakan Doktor saya :

Dakwaan itu tidak benar.

Berkenaan kanser, pesakit kanser yang sedang dalam rawatan kimoterapi  memang tidak boleh makan/minum kultur hidup. Ini kerana imuniti berada di tahap yang rendah. Kanser ni “multi factorial”. Ia bukan terjadi disebabkan oleh satu faktor sahaja… 

Tetapi untuk orang lain, bakteria tu tidak menyebabkan kanser terjadi.

Cuma, kalau benda terlalu manis, tidak bagus untuk diambil dalam kuantiti yang banyak… terutamanya kanak-kanak. Dan, untuk makluman, ramai juga budak-budak yang tak tahan dengan kultur hidup ni juga.

Cuma pernyataan yang mengatakan vitagen tu penyebab kanser adalah salah.

 Pendapat Ketiga

Yang ini saya dapat dari seorang rakan.

Probiotic yg ada dalam vitagen, yakult, yogurt dan yg sewaktu dgnnya adalah bakteria baik yang biasanya kita jumpa dalam usus, salur air kencing dan pada bahagian alat sulit.

Contohnya adalah probiotik, lactobacillus,  bifidobacteria, acidophilus.

Probiotik ni berfungsi untuk :

  • mengatasi atau mengurangkan tempoh cirit birit
  • memberi kesan anti radang yang baik.. Jadi ia mampu mengurangkan alahan kepada kanak-kanak.
  • mengelakkan kanser terutama kanser usus dengan mengurangkan kepekatan enzim penggalak kanser di dalam usus.
  • Membantu dalam penghadaman yang lebih baik. So bagus untuk mereka yang ada masalah kembung.
  • Disebabkan probiotik adalah flora biasa yang ada dalam salur darah dan alat sulit kita, ia sebenarnya membantu mengatasi infeksi di bahagian tersebut
  •  Ia membantu mengurangkan masalah gastrik dengan membunuh bakteria H. Pylori yang terdapat di dalam perut yang menyebabkan gastrik terjadi
  • Ia bantu mengatasi masalah sembelit dengan cara melembutkan najis.

Menyemak kembali Ujikaji Klinikal 143 (saya tidak pasti bagaimana bentuknya kerana saya bukan doktor. tolong betulkan jika saya salah), mereka tidak menjumpai kesan yang berbahaya untuk pengambilan probiotik.

Namun begitu, ada beberapa kajian yang dijalankan mengenai kultur darah dan csf@air tulangbelakang yg dibuat dikalangan pesakit bacterimia @ jangkitan bakteria dalam darah. Kajian mendapati terdapat 0.1% probiotik di dalam darah atau csf. 

Dan  kes-kes itu semuanya mempunyai kaitan dengan pesakit yang mempunyai imuniti yang rendah seperti pesakit kanser, diabets, kegagalan buah pinggang, penyakit hati, HIV, pesakit yang sedang rawatan kimoterapi, radioterapi, mengambil steroid, wanita hamil. 

Kajian Probiotik Bagus ?

Namun begitu, penyelidikan tersebut hanya menunjukkan kehadiran probiotik tetapi tidak mengesahkan bahawa ia adalah penyebab bacterimia. Dalam ertikata lain, probiotic yg ada dalam kultur darah dan csf tu tidak boleh dibuktikan sebagai penyebab bacterimia. Mungkin juga ia dijumpai sebab ada kontaminasi  dalam prosedur.

Kesipulannya, jom nikmati minuman itu.. hehehe… Ia tidak menyebabkan kanser berlaku. Makan ikut sunnah nabi, iaitu bersederhana…

Namun, bagi anda yang mempunyai imunisasi yang lemah, berhati-hatilah…

Jadi, bagaimana pendapat anda?

Jom tinggalkan pendapat anda diruangan komen di bawah.

Sharing is caring. Jika rasa bermanfaat, share ya..

Terima kasih

6 Faedah Probiotik Untuk Perut

Apa itu probiotik ? hooo bagus sebenarnya probiotik ini, antara khasiat probiotik ialah seperti di bawah nih

1) Meringankan dan mengurangkan gejala alahan laktosa(susu)
– Enzim laktase menukarkan laktosa(dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa untuk
tubuh kita.
– laktosa yang tak dihadam boleh menyebabkan cirit birit, senak perut, kembung perut dan sakit
abdomen.

2) Meningkatkan penghadaman

3) Meningkatkan penyerapan mineral
– mineral penting seperti kalsium, magnesium, dan fosforus di dalam badan

4) Menghasilkan vitamin
-membantu menghasilkan vitamin C dan beberapa vitamin B

5)Mengelakan gejala cirit-birit
-melegakan dan memendekan tempoh kekerapan cirit-birit

6) Menguatkan sistem ketahanan badan
– sifat anti kolonial kepada bakteria yang memudaratkan.
-menghalang penghasilan bahan toksik.

Selain probiotik,vitamin dan mineral juga perlu untuk badan kita supaya mencapai kesihatan yang optimum. Nanti kita sambung lagi tentang pengambilan suplemen.

Jumpa lagi. Minuman Probiotik Penyebab Kanser ?

Madu Baik Untuk Gastrik ?

NI DIA SEBAB APA MADU BAIK UNTUK GASRIK ? Petua Dan kesihatan. Sumber Probiotik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi.

Probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi. Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah:
– Madu
– Dadih
– Yogurt
– Minuman susu kultur
– Makanan diperam (budu, cencalok, belacan)

• Madu mengandungi antara 4% hingga 5% fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.
.
.
? Antara fungsi Probiotik ialah:
– Menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik
– Membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrien
– Menghasilkan vitamin, seperti vitamin B-12
– Membantu menyihatkan usus
– Menyembuhkan penyakit gastrik
.
.
? Kandungan Asid Amino

• Madu mengandungi antara 0.05% hingga 1.0% dengan asid amino. Proline ialah asid amino utama dalam madu.

• Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

• Dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Minuman Probiotik Penyebab Kanser ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply