Mutasi Protein Spike Covid-19 Malaysia

Mutasi Protein Spike Covid-19 Malaysia

Mutasi Protein Spike Covid-19 Malaysia. SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI “PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) telah melakukan analisis terhadap lebih daripada 261 turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 (COVID-19) dari sampel klinikal.

Mutasi Protein Spike Covid-19 Malaysia

Ini merangkumi kes-kes COVID-19 di Malaysia daripada gelombang pertama sehingga gelombang ketiga. Analisis ini memberi fokus kepada pemantauan terhadap semua jenis mutasi gen terutama pada anjakan protein yang memainkan peranan penting dalam proses pengecaman reseptor dan proses membran sel (receptor recognition and cell membrane fusion process). Sebelum ini, IMR telah mengesan beberapa bentuk varian mutasi virus SARS-CoV-2 (COVID-19) termasuk mutasi D614G dan A701V.

Penemuan kewujudan varian South African B.1.351
Terkini, IMR telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan varian South African B.1.351 di kalangan kes positif COVID-19 tempatan melalui survelan genomik (genomic surveillance). Strategi survelan genomik ini melibatkan sampel-sampel yang disahkan positif sepanjang Januari 2021 sehingga ke 31 Mac 2021 daripada:

Kes-kes positif dari kluster-kluster tempatan di Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan;
Kes-kes positif dengan sejarah perjalanan ke negara lain; dan
Kes-kes kematian disebabkan COVID-19.

Untuk makluman, penemuan varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada bulan Disember 2020 di dua buah negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan. Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut telah juga turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, dan Korea Selatan.

Kewujudan varian South African B.1.351 di Malaysia telah mula dikenalpasti di kalangan empat (4) kes tempatan pada bulan Mac 2021. Hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat kes tersebut mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik. Dua (2) kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang merupakan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Walau bagaimanapun, cara penularan atau jangkitan varian B.1.351 kepada pekerja kes tersebut sukar untuk dikenal pasti dan disahkan. Satu (1) kes pula adalah daripada Kluster Kebun Baru dan 1 (satu) kes lagi adalah merupakan ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 yang tinggal serumah.

Susulan daripada penemuan pertama varian B.1.351 tersebut, lebih banyak ujian jujukan genom telah dijalankan dengan menggunakan sampel positif COVID-19 dari lokasi geografi termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat lima (5) kes lagi dikesan dari lokaliti ini yang telah dijangkiti dengan varian tersebut. Empat (4) kes adalah daripada Kluster Kebun Baru dan satu (1) kes adalah daripada Kluster Jalan Lima.

Kluster-kluster yang terlibat
Kluster Jalan Lima telah tamat pada 29 Mac 2021 di mana kluster ini telah melibatkan 57 kes secara keseluruhan dan 447 individu telah disaring. Kluster Kebun Baru pula masih aktif dan dijangka tamat pada 25 April 2021 (sekiranya tiada lagi pertambahan kes). Sehingga 31 Mac 2021, kluster ini telah melibatkan 1,111 kes secara keseluruhan (111 masih aktif dan diasingkan untuk rawatan atau isolasi) dan 1,565 individu telah disaring.

Varian B.1.351 didapati mempunyai pelbagai mutasi “spike protein”, termasuk L18F, D80A, D614G, D215G, A701V, K417N, E484K, N501Y and L241_A243del. Walau bagaimanapun, varian ini tidak mempunyai mutasi H69_V70del seperti yang terdapat pada varian UK B.1.1.7. Analisa jujukan genom juga menunjukkan kebarangkalian asal-usul jangkitan daripada kes positif COVID-19 melibatkan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di KLIA berdekatan dengan kawasan Sepang diikuti penularan jangkitan ke kawasan penduduk tempatan di daerah Kuala Langat.

Oleh itu, sehingga 31 Mac 2020, sejumlah sembilan (9) kes positif COVID-19 telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 daripada jangkitan tempatan di Malaysia. Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

Tindakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan IMR
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang serta pihak IMR akan terus melakukan turutan jujukan genom penuh virus dari sampel klinikal untuk memantau kehadiran varian ini dan juga varian lain. Sejak awal Januari 2021 hingga hujung Mac 2021, sejumlah 117 jujukan genom penuh SARS-CoV-2 telah diperolehi bagi pelbagai mutasi COVID-19. Manakala untuk sepanjang tahun 2020, sebanyak 144 jujukan genom telah dimuat naik di sistem pengkalan maklumat iaitu di laman GISAID. Tindakan ini akan terus dilaksanakan secara aktif.

KKM akan terus berwaspada dan melaksanakan pelbagai langkah kesihatan awam untuk mencegah berlakunya limpahan varian baru ke Malaysia. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada umum. Semoga segala usaha untuk mengekang penularan varian baharu COVID-19 ini akan membantu negara membendung jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Di Lembah Klang, kadar penggunaan katil ICU COVID-19

secara keseluruhannya telah mencecah 113%. Manakala di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, angka ini telah mencecah 117%.

Foto-foto berikut menunjukkan keadaan di HTAR yang penuh sesak dengan pesakit kritikal COVID-19. Wad-wad biasa juga digunakan untuk merawat pesakit-pesakit ini kerana kadar penggunaan sudah melebihi 100%.

Hospital-hospital KKM kini terpaksa menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu.

Virus COVID-19 berada di dalam komuniti. Patuhilah SOP dan duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT DI LEMBAH KLANG

Dari 1 Januari 2021 hingga 19 Jun 2021 (Minggu Epidemiologi (ME) ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah:
• Selangor – 151,725 kes (38.0 peratus);
• WP Kuala Lumpur – 44,517 kes (11.2 peratus);
• Sarawak – 40,889 kes (10.3 peratus).

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. 3 daerah tertinggi melaporkan kes COVID-10:
• Daerah Petaling – 3,905 kes;
• Daerah Hulu Langat – 2,783 kes;
• Daerah Klang – 2,482 kes.
Gambar di lampiran adalah taburan pemetaan kes sporadik (biru) dan kes kluster (merah) di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadic. Taburannya makin meluas dan ketara. Walaupun PKP 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf).

Oleh itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi. Duduklah di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

Bantu KKM dengan “lockdown” kendiri untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19. Jangan tunggu lagi. Kita jaga kita.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply