Nasi Penyebab Kencing Manis ?

nasi penyebab kencing manis

Nasi Penyebab Kencing Manis ? Beras tidak secara langsung menyebabkan diabetes, tetapi pengambilan nasi dalam kuantiti yang banyak atau terlalu kerap boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis 2. Diabetes jenis 2 berlaku apabila badan tidak dapat menggunakan insulin dengan cekap atau tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Faktor risiko diabetes jenis 2 termasuk berat badan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan genetik.

Beras, terutamanya beras putih, mempunyai indeks glisemik yang tinggi, bermakna ia boleh menyebabkan lonjakan kadar gula dalam darah selepas pengambilan. Penggunaan berulang makanan dengan indeks glisemik tinggi boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil nasi dalam bahagian yang munasabah dan seimbang dengan makanan lain yang kaya dengan serat dan nutrien.

Diet yang sihat dan seimbang, termasuk mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi putih dan menggantikannya dengan sumber karbohidrat dan serat yang lebih kompleks, seperti beras perang, bijirin penuh dan sayur-sayuran, boleh membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Walau bagaimanapun , faktor lain seperti aktiviti fizikal, genetik, dan faktor gaya hidup juga memainkan peranan dalam risiko menghidap diabetes. Jadi, adalah penting untuk memberi perhatian kepada pelbagai aspek gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit ini.

Makan Nasi Semalam Elok Untuk Pesakit Kencing Manis?

Makan Nasi Semalam Elok Untuk Pesakit Kencing Manis?: Biasanya jika nasi yang kita masak ada lebihan, kita akan simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan semula esoknya. Jadi, di sini kita sudah boleh berjimat dan tidak membazir. Tapi tahukah anda bahawa makan nasi semalamn juga baik untuk kesihatan seseorang khususnya pesakit kencing manis.

Nasi yang disimpan semalaman (Bukan nasi basi ya!)sebenarnya ada beberapa zat di dalamnya bertindak balas kimia dan memberi kebaikan untuk tubuh badan manusia. Selain itu kandungan kalori yang ada di dalam nasi semalam sudah berkurangan 60 peratus, jika dibanding dengan nasi yang baru masak. Ini baik untuk pesakit kencing manis atau gula dalam darah tinggi.

Cara memasak nasi yang betul akan membuat nasi jadi tahan lebih lama dan juga berkhasiat.

Caranya adalah dengan menambah minyak kelapa apabila beras mendidih di periuk. Isikan 1 atau 2 sudu minyak kelapa nasi sedang menggelegak akan menurunkan kadar kalori nasi, sekaligus menyihatkan kerana ketika memakannya zat patinya tidak terus diolah menjadi glukosa dan diserap tubuh.

Menurut saintis yang juga seorang ahli mikrobiologi, Martin Goldberg, nasi semalam yang hendak dimakan seeloknya tak dipanaskan lagi. Memanaskan nasi semalam boleh menjadikan bakteria jenis Bacillus cereus yang hidup didalamnya, dan sporanya membiak dan mengeluarkan neurotoksin. Ini boleh mencetuskan penyakit, kata Martin. Jadi! nasi semalam disarankan terus dimakan tanpa dipanaskan semula.

Penutup: Entri Makan Nasi Semalam Elok Untuk Pesakit Kencing Manis? ini diolah semula dari laman sidomi. Nasi semalam memang sedap sekali terutamanya buat nasi goreng. Pernah juga dengar petua orang dulu-dulu elok makan nasi semalam ni. Tapi sekarang baru tahu kenapa ia elok untuk kesihatan rupanya. Jom kita amalkan makan nasi semalam. Sekadar perkongsian, Meraban Tapi Berinformasi.

Omak nak share sikit ilmu tentang kencing manis.

Kalau jumpa doktor, first thing doktor nasihatkan ialah bab makan, betul tak? Doktor tak terus-terus start ubat. Rawatan pertama ialah makanan dan senaman. Dan ada yang doktor start Metformin dos rendah. Pastu doktor akan cakap “Acik jaga makan tau, exercise” Betul tak?

Sebab kedua-dua ni kalau dijaga dengan baik, In shaa Allah mesti penyakit kencing manis terkawal, gula dalam darah cantik. Tapi Malaysia ni mewah dengan makanan sedap-sedap. Belum yang viral-viral lagi. Alah tak yah kata viral lah, memang tradisi kita breakfast makan nasi lemak, mi goreng, roti canai, teh tarik. Pendek kata memang heavy lah ! Makan tengahari, lepak mamak ngeteh, tu cerita lain pulak.

Kalau tengok statistik kencing manis, Malaysia menang silver trophy lah kat dunia. Tempat no.2 ni bukan petanda baik. Tapi merisaukan. Selepas 5-10 tahun, hampir semua pesakit mesti dapat komplikasi. Bezanya cepat atau lambat je. Kalau gula tak kawal dengan baik. Lagi cepat kena.

Gula berlebihan dalam darah ni tak bagus tau ! Boleh merosakkan salur darah. Salur darah jadi sempit, dan darah tak dapat mengalir dengan lancar. Nak sambung lagi tak belajar pasal kencing manis? Kalau nak, komen NAK dekat bawah . nasi penyebab kencing manis ?

Perasan tak? Kencing manis, darah tinggi, jantung ke kolesterol ni bukan penyakit berjangkit.

Bukan boleh kena dalam semalam. Bukan dapat sekelip mata. Ni hasil apa yang kita makan bertahun tahun. Ya betul. Orang dulu dulu, banyak yang makan manis. Nasi tinggi kanji. Kopi manis leting. Sihat jek. Kuat jek. Tapi tengok jugak la cara hidup dorang macam mana.

Nak masak, kene giling rencah. Hidup kan api guna kayu. Basuh baju guna tangan. Seterika baju guna arang. Tu tak masuk lagi citer santan. Kelapa kena kopek, parut, perah. Nak pegi mana mana, jalan kaki. Kalau jauh, kayuh basikal.

Budak budak main ting ting, layang layang, mandi sungai. Tu tak kira lagi yang panjat pokok. Peluh berjurai, baju lencun. Habis seme gula yang dorang makan jadi tenaga. Takde simpan stok. Antibodi badan pun kuat.

Sekarang? Jauh beza.

Pastu bila kita cakap yang kayu manis biasa tu tak bagus. Minum banyak banyak boleh rosakkan hati. Laju jek dia jawab; atok nenek kita dulu minum takde jadi apa pun. Sihat jek. Tu lom lagi puak yang kata Kayu Manis Ceylon ni mahal. Lagi tak menahan, dia kata, kedai india pun ada.

Dik. Yang original, memang dari Sri Lanka. Sebab tu nama dia Kayu Manis Ceylon. Kalau dari India, Tu dah jadi kayu manis Bombay. Pastu, kalau kira bebetul, murah jek tau. Stick tu tiga ploh hinggit jek. Boleh minum sebulan lebih. Kalau hat powder, lima ploh hinggit untuk lebih dua bulan.

Makanan viral yang belas hinggit skali hadap dia kata berbaloi. Kayu Manis Ceylon yang banyak khasiat ni dia kene pikir 100 kali sebelum beli. Gitu la kan . nasi penyebab kencing manis ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply