Oat Bagus Tak ?

Oat Bagus Tak ?

Oat bagus tak bagus?

Oat yang telah banyak diproses seperti instant dan quick oat mempunyai nilai Indeks glisemik yang tinggi. Ini kerana semasa diproses kandungan serat dan nutrien dalam bijirin oat akan terbuang sekali dan menyebabkan indeks glisemiknya berubah.

Secara ringkas, oat ialah carbs dan carbs itu mengandungi gula. Kadar penyerapan oat terutamanya oat instant atau quick oat adalah lebih cepat berbanding minuman manis dalam tin. Mencanak gula naik!

Bila gula dalam darah tinggi bukan sahaja bahaya untuk pesakit kencing manis, ianya juga meningkatkan keradangan dalam badan serta meningkatkan risiko sakit jantung, kanser, sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit metabolik lain. Banyak sistem dalam badan boleh punah disebabkan gula dalam darah yang tinggi.

Biasa kita dengar nak diet makanlah oat. Sekarang dah hampir masuk tahun 2023, boleh letak tepi nasihat tersebut. Tukar gaya pemakanan dengan real food yang betul, barulah anda akan dapat hasilnya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: