Obsessive Compulsive Disorder

ocd

Obsessive Compulsive Disorder ? OCD ? Dari semalam eh bukan dari dulu lagi aku rasa benda ni kena cakap dekat sini, sebagai satu tulisan dan pendapat aku jelah. Sekarang ni istilah ni sangat popular, ada yang kata dia bangga jadi OCD, tapi tak kurang juga ramai pula yang membenci jadi OCD. Itu pun sebelum ni terbaca pendapat Lyna Noh dan Salwa Mohd Saleh tentang OCD. Perfect 99.9999%

Orang kata bila kita suka sangat penelitian, check sana sini, susunan mesti sama, color mesti sama, gila kau cerewet, hahah itu bahasa melayu, memanglah cantik. Ada orang bila buat kerja, memang sangat sistematik, dia check banyak kali sampai betul-betul perfect 99.9999 % . Bagus sebenarnya ada penelitian macam tuh, ikut sistem dan sangat pentingkan kualiti.

Perasaan Yang Tak Terkawal

Tapi ianya boleh jadi OCD, ye, bila perasaan nak semuanya perfect tuh tak dapat DIKAWAL. Ye ulang sekali lagi, TAK BOLEH DI KAWAL. Sebab tuh perkataan di D dibelakang , DISORDER. Maksudnya, bila perasaan kau nak semua benda tuh perfect, sampai tak boleh bertimbang rasa, tak boleh tengok rumah sepah sikit, semua benda tengtang OCD.as, perasaan yang tak terkawal tuh baru kau masuk dalam kategori OCD. Kau punya cerewet sampai menyusahkan orang lain, kau mula stress sampai kesihatan terganggu, tidur tak cukup, dan mental terganggu akibat memikirkan sesuatu, yang sebenarnya kau tak boleh nak kawal.

https://youtube.com/watch?v=lkBNkr0pgUk

Mamazila OCD Jadi Raksasa Pink

Nak faham lagi situasi OCD nih, korang kena tengok bagaimana Nizam Razak cerita betapa cerewetnya seseorang, dan jadi tahap OCD. Dalam episod 11 musim ketiga, Mamazila, isteri kepada Papazola mengamuk dan menjadi raksasa pink, disebabkan OCD dia yang sangat teruk. Sebab itu dia dikurung dalam stage terakhir Mahliga Syahdu.

Mamazila bertukar menjadi raksasa bila melihat rumah En Kumar, ayah Gopal yang sangat bersepah, sampai baldi dijadikan lampu. Episod 11 musim ke-3 boboiboy ini adalah episod terbaik macam mana perasaan seorang suami yang ada isteri ada OCD yang teruk. Terbaik gila episod ini.

Jadi kalau korang rasa diri korang cerewet, sistematik, itu bagus, tapi bila tak terkawal perasaan sampai stress, itu dah masuk OCD ok ? obsessive compulsive disorder ?

3 Sebab Stress

Stress ni bahaya kalau tak di atasi dengan cepat, sebab akan menganggu kehidupan seharian seseorang. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan di tahap maksima.

Jom kenali sebab² stress

1. Kecewa dengan diri sendiri
Ada masa kita harapkan sesuatu utk di capai, tapi mungkin tidak dapat seperti apa yang kita impikan. Maka akan jadi tekanan bila mana kita terlalu berharap.

2. Stress dengan orang sekeliling
Kadang² orang sekeliling banyak menyumbang pada masalah tekanan pada seseorang. Walaupun dengan hanya kata² banyak memberi kesan negetive kepada mereka yang sangat kurang keyakinan. Tambahan jika beserta perbuatan yang dapat meningkatkan lagi stress pada mereka yang di timpa tekanan.

3. Stress dengan keadaan sekeliling
Stress yang ini ramai hadapi, pkp tak dapat kemana², nak bercuti pun takut², terperap di rumah memang akan buat kita tertekan. Sebab segala aura negetive tidak dapat di keluarkan. Terkumpul dan terus tersimpan. obsessive compulsive disorder ?

obsessive compulsive disorder

Pergi Kelas Motivasi Banyak Kali Tapi Asyik Stress Memanjang

Bukan nak cakap sesiapa tapi aku nak cakap kat diri sendiri jugak. Kau pernah ke kelas yang membakar jiwa kau ? Contoh kau pergi kelas macam macam magnet rezeki, magnet kekal, magnet kematian, dan mcm mcm lagi. Oh ok asyik pulak stress lagi ?

Paling penting, sebenarnya kita kena selalu beringat berzikir baca quran, dalam tuh pun lagi banyak motivasi. Ada satu bagus lagi pagi pagi pergi bersenam aktif dan tolong orang, itu pun motivasi. Tapi dah cukup ke buat semua tuh ? Hooo belum lagi.

Saintis menemui SEROTONIN, hahhaa ni cecair baik punya dalam neuron transmitter dalam otak. Cecair ni dikatan punca kepada kehidupan yang lebik baik, lebih tenang, lebih bermotivasi. Kekurangan cecair ni membawa kepada kemurungan, stress, dan macam macam lagi, yang berkaitan dengan psikologi negatif dan ketenangan bukan sekadar zikir, tapi juga permakanan yang sihat.

Saintis termui lagi, asid amino bagus untuk penghasilan serotonin dalam otak nih. Tambahan lagi vitamin yang baik seperti lecithin, omega3, vitamin b kompleks dan elektrolit, yan cukul, buatkan otak kita cerdas, dan baentiasa rileks dan cool. Sebab tuh orang pening kepala, bagua makan vitamin b compleka shaklee. Lecithin pulak bagus untuk funhsi otak dan memori. DHA dalam omega 3 bagus untuk memori dan elakkan alzeimer dan macam macam lagi.

Jadi, kalau rasa dah cukup bermotivasi, tali masih marah marah orang, depreasi, kena check balik nutrisi, ok ? obsessive compulsive disorder ?

stress kena happy

Tips Kurangkan Stress oleh Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK)

Pagi tadi, saya sangatlah Stress dalam kesesakan jammed yang teruk, macam biasalah suami isteri kena dengan Sinar Pagi layan lawak abg jem. Macam biasa adalah seorang pemanggil yang merayu macam mana nak kurangkan stress yang sukar hendak di buang. Dr Fadzilah Kamsah macam biasa, bagilah beberapa tips kurangkan stress, yang sesuai untuk golongan ibu yang bekerja pejabat, pergi pagi balik petang.

1) Program otak semasa dalam kereta untuk pulang

Bagi ibu ibu yang bekerja, dan isteri, tak kirah siapa pun, semasa pulang dari tempat kerja, kita berlatih untuk programkan otak kita, supaya kita sihat dan cergas dan tenang. Kita katakan diri kita, tidak akan stress, programkan, rumah untuk program rumah, bermain dengan anak, melayan suami dan sebagainyalah, janji program minda kita supaya lebih positif. Semasa di dalam kereta, bagi yang tidak memandu, cuba tanggalkan kasut anda, tenang, dan membaca doa supaya Allah dapat membantu kita untuk berasa tenang dan tidak stress.

2) Baca Al-fatihah, 3 kul sebelum masuk rumah

Bacalah doa al-fatihah, surah 3 kul, ayat kursi sebelum masuk rumah, biasalah syaitan bernama dalsim memang suka porak perandakan rumah yang elok dan aman dan damai. Biasanya, bagilah salam ketika hendak masuk rumah, dan masuklah rumah dengan kaki kanan. Ingat tu, kaki kanan masuk rumah, kaki kiri keluar rumah, sebab rumah kita, kenalah anggap tempat ibadat kedua selepas masjid atau surau. Rumah kita tempat anak-anak kita menimba ilmu, dan sebagainya.

3) Ambil Supplement

Penting juga bagi anda untuk mengurangkan stress, kerana stress ni, boleh menyebabkan badan kita sakit. Bak kata adik ipar aku Ainal Faezah kerja doktor, punca penyakit kat Malaysia ini ialah Stress, Stress dan Stress. Salah satu vitamin yang bagus ialah dengan pengambilan vitamin B, yang bagus untuk mengubah lemak menjadi tenaga. Satu kajian lain pula mendapati, minyak ikan Omega 3 membantu mengurangkan lemak. Yang boleh mengurangkan rasa tekanan dan panas yang disebabkan oleh lemak trans yang tidak sihat.

4) Bersenam

Yang ni, tidak dapat elak, perlulah bersenam, dan sentiasa aktif. Bawalah anak anak jalan jalan, takpun kayuh basikal, kemas rumah, angkat berat, kejar biawak dan sebagainya. Jangan biarkan diri kita tidak berpeluh kerana malas bersukan atau bersenam. Ianya satu stress relief yang bagus bila kita bersukan , melupakan kerja yang banyak, dan membantu kita lebih produktif.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply