Pandang Ringan Jalan Kaki ?

pandang ringan jalan kaki

Saya dulu selalu pandang ringan dengan jalan kaki. Rasa macam tiada kesan sebenarnya sangat sangat membantu untuk turun lemak kita. Tapi sebenarnya tidak.

Aktiviti yang sangat sangat mudah seperti jalan kaki hanya 20 minit sehari,sangat membantu penurunan lemak lebih cepat.

Ramai tanya saya jalan jalan window shopping include tak?

Include sebenarnya. Cumanya sambil jalan makan atau lepas jalan makan itu yang buat tak jadi jadi turun. Jika kita tak ada masa untuk bersukan sebenarnya ok sahaja.Jalan kaki pun sangat sangat membantu.

Kita tak perlu untuk buat senaman yang intense,dan ini adalah hasil kajian tahun 2017 menunjukakn mereka yang banyak berjalan kaki lebih mudah untuk turunkan berat badan.

Ini sangat logic kerana pasti mereka yang berjalan kaki menggunakan banyak tenaga berbanding dengan mereka yang hanya duduk sahaja.

Dan pastinya 20 minit berjalan kaki adalah boleh dilakukan oleh semua orang,Tapi pastikan pemakanan juga terjaga dengan baik ya,jika tak memang tak berkesan juga. Tapi jika boleh 10,000 langkah sehari pun sangat sangat baik.

JALAN KAKI LOTUS NAMPAK TUDUNG TERBUANG

Lepas hantar anak ke tadika, kami plan nak ke lotus. Mula mula je nampak orang buang tudung. Mungkin dia ada masalah mental agaknya. Cantik lagi tudung tuh.

  • Lepas tuh sampai lotus, ambil gambar jap sebagai kenangan.
  • Lepas dah kepenatan, terus bedal nasi lemak dan teh tarik.
  • Lepas membedal, terus sahaja ke rumah berjalan.

Sambil melihat pemandangan indah. Sambil mendengar gagak gagak bergosip tentang artis malaysia. Diharap post ini akan membuatkan hidup anda dilimpahi rezeki berjuta juta tan beras. Alhamdulillah saya doakan semua murah rezeki.

JALAN KEAMANAN

Sebenarnya hari ini ada perhimpunan, tapi ditunda. Jadi tak tahu nak buat apa, akhirnya nak cuba jalan kaki dari masjid uitm ke frado ABC. Bukalah google map . Layan gile jalan kebukitan uitm nih. Fuh ni hari hari jalan kaki berbukit bukit boleh kehilangan lemak manis amboi amboi.

Bila dah sampai satu simpang , nampak hotel uitm. Jawabnya nampak jalan, lepas tuh nampak tangga. Tapi pilih lebih extreme, aku terus turun bukit, time hujan tak berapa lebat. Sib baik tak tergolek hahaha.

Sampai ke hotel uitm, jumpa prof emiretus Awang Sariyan dan terus tegur. Nasib baik penganjur tahu saya wakil datok zurinah hassan. Jadi saya dijemput sekali duduk. Macam biasa saya pun order teh tarik dan mee kari versi hotel. Alhamdulillah, perbincangan dengan pihak penganjur berjalan lancar.

Saya pun pilih nak sambung balik jalan kaki, baru mula on tracker.

Jalan jalan shah alam kampungku. Lalu dua roundabout legend. Satu roundabout uitm, satu roundabout pasar seksyen 6. Fuhh first time masuk dalam tuh. Perasaan dia seperti dalam filem Harrry Potter episod deathly hallow part 1.

Selepas tuh melalui pasar malam seksyen 6. Singgah sekejap solat Asar. Lepas tuh sambung balik jalam kaki terus ke seksyen 8. Jalan yang dipilih semestinya jalan belakang SKBA. Tersempak dengan budak main hujan.

Seterusnya jalan jalan dan sampailah ke kampungku seksyen 8 shah alam. Begitulah kerajinan jalan kaki bila kereta kita sedang dibaiki mekanik handalan speedster performance seksyen 7 shah alam. Sambil jalan tuh kita pasang playlist spotify kumpulan Blues Gang . Semoga perjalanan ini memberikan tekanan pada lemak perut supaya cair dengan cepat. Amin .

JALAN JALAN DAPAT POKOK

Seronok bila dah rajin berjalan kaki, dapatlah pokok dibawa balik. Semuanya berkat tegur menegur sesama jiran setia impian sini. Kami pula satu frekuensi sama, suka pada plant based diet. Jadi sembang tuh punyalah rancak. Macam macam kami bincang.

Benda paling best yang kami sembang tentang KETERJAMINAN MAKANAN aka food security. Hahhaaha auntie tu macam macam ajar pasal kebun nih.

Balik dapat buah tangan. Pokok pudina, malberi dan pokok basil. Cubalah tanam, dia kata tanam je terus. Mana tahu jadi, hahaha. tiup tiup puh hidup !!! pandang ringan jalan kaki.

BALIK KAMPUNG MESTI BERAT NAIK

Hari jumaat lepas, cuti sekolah, anak-anak dah plan dengan sepupu sepapat nak sleep over rumah Opah. Kalau pergi rumah mak mertua, confirmlah makan 3 kali sehari. Lepas tuh dia punya makan kaw kaw punya.

Antara time makan tuh, saya confirm makan nasi. Sayur mesti banyak. Ayam tuh ambil sikit. Tapi biasalah, ada je abang ipar bawa itik dan daging salai lepas jumaat tuh. Fuhh, sodap tuh. Hahha, mesti kena try. Lepas tuh biasalah, anak anak ada je tak habis makan, kita kena habiskan jugak. hahaa. Macam biasa, lepas makan minum kopi. Saya skrg dah ambil gule sikit. Tapi rumah mak, ada 3-1 pulak. Ambil suku try rasa , hahha sedap woo.

Macam tulah punya makan, sarapan sabtu makan roti canai, ahad sarapan nasi goreng. Memang tambah 3 kali. Lepas tuh petang ahad sambil layan korea, kakak ipar order grab goreng pisang. Hahaha confirm lagi petang ada sagu gula melaka. Biasanya setiap kali balik kampung seksyen 24 shah alam, memang berat akan naik dengan jayanya.

Tapi tgh hari semalam, bila timbang, eh bukan naik, tapi menurun.

Hoo. ajaib jugak nih. Hmm, terfikir jugak. Tapi ada beberapa aktiviti extra yang saya buat masa trip balik kampung kalinih.

1- Saya mula ajak wife jalan jalan pagi, hari sabtu dan hari ahad pagi tuh. Layan jalan sampai ke seksyen simpang seksyen 18.

2- petang pun jalan keluar pergi taman. Hari sabtu tuh pergi taman jauh sikit depan kolej tingkatan 6 sek24. Yang best tuh sempat join bebudak mude main sepak takraw.

3- Dari hari jumaat, sampai maghrib ahad tuh, tak pernah miss jalan kaki ke masjid. Jalan tuh memang laju. Hari jumaat still pakai selipar. Lepas tuh upgrade, jalan kaki pergi masjid mesti pakai kasut. Baru boleh speed sedap.

4-Dalam dua hari tuh, hari ahad pagi ada membuang. Hari isnin pagi, lepas jalan kaki balik solat subuh pun ada membuang.

Lesson dari trip balik kampung, memang kena rajin berjalan.

Trip jalan kaki dari rumah ke masjid setiap 5 waktuh tuh memang cantik sangat. Lepas tuh kita ikut sunnah rasulullah jalan laju. Perasa jugak bila start jalan laju, mudah pula membuang ditambah dengan kopi hitam. Dulu rajin minum kosong, cuma skrg ni akan tambah gula sikit. pandang ringan jalan kaki

Jadi kena rajin bergerak setiap masa. Siapa yang berjogging/gym masa bercuti atau balik kampung tuh memang padu. Berjalan laju pun dah rasa impaknya. Kalau dapat berkebun lagi padu !!!!. Moga sharing bermanfaat !!! #jurnalkurusjoelabu

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply